24 kumpulan ajaran sesat aktif di Lembah Klang

dipetik dari arkib Berita Minggu – 22 Mei 2005

KUALA LUMPUR: Dua puluh empat kumpulan ajaran sesat dikesan masih aktif dan beroperasi secara bersembunyi di sekitar Lembah Klang dengan sebahagian besar pengikutnya berumur 35 tahun ke atas.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, antara kumpulan itu dikenali sebagai Tarikat Muhammadiah, Al-Arqam, Ajaran Haji Kahar, Ajaran Qadiani dan Ahmadiah.

“Kumpulan terbabit bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan kebanyakan pengikutnya golongan intelektual dan wanita yang mudah dipengaruhi,” katanya pada kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md Zin selepas merasmikan Seminar Wacana Islam Liberal.

Mustafa berkata, beberapa negeri lain di Semenanjung masih berlaku kegiatan penyelewengan agama secara senyap-senyap.

“Kumpulan ini dikatakan masih aktif memandangkan ketua atau ‘Tok Guru’ mencari makan dengan mengajar ajaran berkenaan. Pada masa yang sama kumpulan berkenaan mempunyai pengikut setia dan keanggotaannya lebih cenderung kepada wanita memandangkan golongan itu mudah ditipu serta terpengaruh.

“Siasatan Jakim juga mendapati mereka yang berusia 35 tahun ke atas dan kurang pengetahuan agama antara golongan sasaran kumpulan berkenaan, memandangkan mereka mempunyai minat tinggi untuk mempelajari sesuatu terutama mengenai agama,” katanya.

Siasatan Jakim mendapati ada 124 kumpulan ajaran sesat di negara ini sejak 10 tahun kebelakangan ini, bagaimanapun 100 daripadanya dapat dihapuskan selepas pemantauan yang kerap dan berterusan.

Malah, tindakan berterusan Jakim dan jabatan agama negeri yang menghapuskan saki baki anggota kumpulan itu turut menjadi faktor kebanyakannya berkubur, walaupun ada segelintir ahli cuba menghidupkannya.

Sementara itu dalam teks ucapannya, Abdullah meminta lebih banyak seminar seumpama itu diadakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep Islam Hadhari yang bersifat kesederhanaan ‘wasatiyyah’.

“Konsep ini bukan saja terbatas kepada aspek agama semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai bidang untuk menjadikan umat islam tidak ketinggalan berbanding bangsa lain.

“Islam Hadhari turut menjadi penambahbaikkan kepada penerapan nilai Islam dan pada masa yang sama menjelaskan kepada masyarakat dengan tepat mengenai percanggahan antara fahaman Islam liberal dengan Al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Abdullah berkata, Islam liberal banyak menimbulkan penyelewengan dan melahirkan keraguan kepada ummah, ia sekali gus merosak pemikiran masyarakat Islam kepada agamanya.

“Penguasaan ilmu pengetahuan perlu ditekankan dalam melahirkan umat Islam yang berilmu, mempunyai akidah serta pegangan agama yang kukuh. Pada masa yang sama dapat menghayati ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

About these ads

3 thoughts on “24 kumpulan ajaran sesat aktif di Lembah Klang

  1. bagaimana dengan islam hadari tak sesat ke sebagaimana yang kita tahu dalam islam hadari lelaki perempuan bebas bergaul, tak tutup aurat tak pa, rasuah, riba, arak kenapa pehak jakim tak komen

  2. Tak paham zaman sekarang, tapi zaman dulu sampai sekarang sama jerk.. masa Ibrahim a.s sampaikan kebenaran pun org kata sesat tapi agama yang disampaikan itu benar, masa Isa a.s sampaikan kebenaran pun ramai org kata sesat sampai kena salib, masa Muhammad s.a.w sampaikan kebenaran pun org kata dia sesat tapi hasilnya 1/4 dunia sudah pun islam. Andaikata suatu hari nanti Allah turunkan Imam mahdi dan Nabi Isa a.s tegakkan agama-nya mengikut peredaran zaman tentulah sekali lagi mereka akan di panggil sesat selaras dengan sunnatullah. Harap-harap Allah tunjukkan kita jalan yang lurus.. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s