Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) April 30, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi. Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini. Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum
29 April 2009 / 4 Jamadilawal 1430
Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak April 26, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.3 comments
dari Berita Harian: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090425001610/Article/
Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.
Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.
“Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.
“Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.
“Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.
“Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya.
Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.
“Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.
Bincang dengan Majlis Mufti April 25, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
dari Utusan Malaysia
IPOH 24 April – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.
Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
”Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kabinet berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa memeluk agama lain.
Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Keputusan itu merujuk kepada mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.
Harussani berkata, agama Islam tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana mahu memuaskan kehendak pihak-pihak tertentu.
”Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Harussani memberitahu, banyak pihak meminta kerajaan negeri membantah penganjuran program Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mulai esok.
Bagaimanapun, katanya, program berkenaan dibuat oleh TLDM dan tidak melalui kerajaan negeri.
”Saya tidak bersetuju dengan sebarang program berbentuk hiburan yang melalaikan,” katanya.
Pada 2004, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Jom Heboh adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak muda.
100 NGO bantah keputusan Kabinet April 25, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 24 April – Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya.
Beliau berkata, ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.
”Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.
”Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama wakil daripada lebih 100 NGO Islam di Sekretariat PGSM di sini hari ini.
Mohamad Isa mengulas keputusan Kabinet itu yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.
Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.
Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya.
Setiausaha Agung Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Kabinet seharusnya mengambil kira pandangan kebanyakan ulama yang secara jelas menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anaknya mesti menganut agama itu.
Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.
”Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam,” ujarnya.
Nyatakan BANTAHAN anda! April 25, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.1 comment so far
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan (dipetik dari The New Straits Times):
Nazri urged the public and non-governmental organisations to provide feedback.
“We would like to hear from the public, if they feel there are loopholes. We welcome feedback. It cannot be resolved by the government alone. As the prime minister said, the era where the government knows everything has ended.”
Maka, wahai seluruh umat Islam yang prihatin dan cintakan Islam nyatakanlah BANTAHAN anda!
Apakah mungkin beliau ingin melihat bantahan yang bersungguh? Apakah Perdana Menteri memerlukan kita semua sebagai orang ramai untuk bersuara dan menyatakan bantahan untuk membatalkan balik keputusan yang telah dibuat. Apakah ini satu “test-water” sahaja untuk melihat reaksi orang Islam? Ruang diberi dengan terang. Jangan kita tersilap kerana berdiam diri.
Keputusan Kabinet Tidak Ada “Legal Force” Malah Mengelirukan April 24, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.1 comment so far
Di kalangan frateniti peguam dan pengamal undang-undang amat arif bahawa apa yang diumumkan Dato Seri Nazri Aziz berhubung keputusan kabinet dalam isu hak penjagaan anak-anak kepada ibu bapa yang memeluk agama Islam tersebut tidak mempunyai “legal force”.
Ianya hanya sekadar keputusan bidangkuasa eksekutif walhal yang akan mengimplimentasikannya adalah pada bidang kehakiman. Dari segi perundangan, keputusan kabinet tersebut banyak bercanggah dan melanggar peruntukan yang sedia ada. Malah keputusan kabinet tersebut teramat mengelirukan orang awam.
Bagi orang awam, bagaimana mungkin orang-orang bukan Islam membuat keputusan berhubung hukum-hakam agama Islam. Dalam hal ini, keputusan datang dari 5 orang panel yang terdiri dari 2 orang bukan Islam.Apakah kabinet bertindak atas desakan yang dilakukan oleh pihak bukan Islam? Desakan ini nampak jelas apabila dikhabarkan Perdana Menteri baru telahpun memberi ruang untuk mendengar pihak yang mengadu walhal Najib tidak pula memberi ruang untuk mendengar pihak yang satu lagi.
Ada yang bertanya bahawa bukankah bidang dan hal ehwal agama adalah dalam bidangkuasa Majlis Raja-raja? Tidakkah ianya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja sebelum kabinet memandai dalam hal agama?
Keputusan kabinet juga dikatakan “subjudice” kerana kes ini masih sedang dalam perbicaraan di mahkamah. Macammana boleh kabinet mendahului mahkamah?
Dan kalau mengikut kaedah duluan (precedence), sudah jelas dan nyata dalam kes-kes yang sebelum ini bahawa mahkamah telah membuat keputusan mereka dan sepatutnya digunapakai oleh para hakim untuk membuat penghakiman. Kes Subashini sebelum adalah jelas dan nyata.
Peruntukan Persekutuan 121 (1A) jelas memberi kuasa kepada mahkamah syariah. Kenapa pula kabinet boleh mengatasi dalam kes ini?
Amat diharapkan agar kes terbaru ini tidak dipolitikkan. Pihak DAP dan MIC telah sejak dari awal terkedepan mengambil kes ini dan membuat beberapa kenyataan akhbar sebelum ini. DAP dan MIC turut memperalat anak-anak kecil untuk dibawa ke hulu dan ke hilir dalam sidang media mereka. Seperti disebut dalam kenyataan NGO-NGO Islam bahawa kes ini bermula dari krisis rumah tangga dan boleh diselesaikan secara terasing – kenapa dibebankan masyarakat seluruhnya dan yang akan datang dari kes terpencil seperti ini. Kenapa kes ini perlu dijadikan kayu pengukur untuk menghukum orang lain?
Jika anak-anak mesti kekal dalam agama asal ibu bapa mereka – apa jadi pula jika kedua-dua ibubapa memeluk Islam?
Yang paling penting ialah, dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga dan memelihara kemurnian agama Islam dan perlu juga dilihat selari dengan Peruntukan 12.4
“Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan” Persekutuan.
Penentuan Status Agama Anak Perlu Lihat Hukum Syarak Dan Perundangan – Jakim April 24, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
dipetik dari Bernama – http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=406634
PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) — Penentuan status agama anak apabila apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu dilihat kepada hukum syarak dan perundangan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata menurut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.
“Berdasarkan peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12 (4) ini adalah ‘parent or guardian’, bukannya ‘parents or guardian’ yang mana ia bermaksud ‘ibu atau bapa atau penjaga’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohamad berkata, Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.
“Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
“Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju,” katanya.
Wan Mohamad berkata, dari segi hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam, kerana jika orang itu bukan beragama Islam dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.
Katanya, hak seorang muallaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan, dan seseorang yang memeluk Islam itu tidak sewajarnya dianggap ingin melarikan diri dari tanggungjawab.
Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.
Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya — Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 — kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.
Merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu, Wan Mohamad berkata semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu memandangkan perbicaraan masih belum selesai.
Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia merupakan undang-undang utama Persekutuan, katanya.
– BERNAMA
Get Views From Muftis First, Govt Urged April 24, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
POH, April 24 (Bernama) — Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria has urged the government to get views from the Malaysian Mufti Council before making any decision regarding Islam to avoid confusion.
He said the government decision that a child’s religion must be in accordance with the common religion of the parents at the time of marriage should have been discussed by the council beforehand.
“In Islam when the father or mother is a Muslim, the child automatically becomes Muslim unless the child is above 15 years of age and can choose his own religion,” he said here today.
He was commenting on the Cabinet’s decision yesterday, announced by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, that when a parent converted to another religion, the children remains with the religion of their parents at the time of marriage.
In KUALA LUMPUR, several Islamic non-governmental organisations urged the government to review the decision, saying that it was made without taking into consideration the existing laws and views from the relevant parties.
The decision denied the rights of people who converted to Islam, said Malaysian Syariah Lawyer Association president Mohamad Isa Abdul Latif at a press conference attended also by other bodies including the Malaysian Islamic Youth Movement and Pan-Malaysian Dakwah and Welfare Association for Muslim Converts.
– BERNAMA
Look At The Law To Determine Child’s Religious Status – Jakim April 24, 2009
Posted by membelaislam in Uncategorized.add a comment
dipetik dari Bernama – http://bernama.com.my/bernama/v5/newsgeneral.php?id=406633
PUTRAJAYA, April 24 (Bernama) — To determine the religious status of a child when a parent converted to Islam, one has to look at the Islamic as well as the existing Malaysian laws, said the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) Friday.
Its director-general, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, said that under Article 12(4) of the Federal Constitution, the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian.
“Based on this provision, the consent of just one party is sufficient in determining the religion of a child because the word used in Article 12(4) is ‘parent or guardian’ not ‘parents or guardian’ which means ‘mother or father or guardian’,” he said in a statement here.
He said Section 95 of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 provides that a child who has not attained the age of 18 years may convert into Islam if his parent or guardian consents to his conversion.
“Among the cases that can referred regarding the right to determine the religion of a child is Subashini Rajasingam Vs Saravanan Thangathoray, where the Federal Court ruled that the father had the authority to convert his child to Islam under Article 12(4) of the Federal Constitution.”
“This was because according to Article 12 (4), the religion of a person below the age of 18 years shall be decided by his mother or father or guardian, therefore in this case the husband had the right to convert his child to Islam even though his wife had disagreed,” he said.
Wan Mohamad said that from the “syarak” (Islamic law) angle, the person with the right to take care and raise a child must be a Muslim because if the person is not a Muslim, there is a worry that it will harm the religion of the child under his care.
He said the rights of a Muslim convert under the law should also be protected, and a person who embraced Islam was not supposed to be considered as trying to shirk his obligations.
Yesterday, the Cabinet decided that a child’s religion must be in accordance with the common religion of the parents at the time of marriage even though his mother or father later embraced another religion.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, when making it public, said the decision was among the long-term solutions reached by the Cabinet in view of many cases such as the one involving Mohd Ridzuan Abdullah and wife Indra Gandhi being expected to emerge in future.
Mohd Ridzuan, or Patmanathan a/l Krishnan, 40, formerly a Hindu who has embraced Islam, was reported to have changed the religion of his children — Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, and Prasana Diksa, one, — to Islam on April 12 and applied for custody rights at the Syariah Court though their mother was still a Hindu.
On the case that was being tried by the Perak Syariah High Court, Wan Mohamad said all parties should be patient since the hearing was still ongoing.
All parties should also abide by the provisions of the Islamic law and the Federal Constitution, he said.
– BERNAMA