jump to navigation

AWAS – Kedai Buku Di Kuala Terengganu April 17, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Sudah menjadi buah mulut orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu namun masih ramai lagi mereka yang terus terperangkap dan tertipu. Pemilik sebuah kedai buku yang mempunyai beberapa rangkaian kedai di sekitar Kuala Terengganu didapati terlibat dalam usaha memurtadkan anak-anak gadis Melayu kita. Selain dari itu ramai juga mereka yang telah diperkosakan.

Pengakuan beberapa bekas pekerja yang sudah serik dicabul kehormatan menceritakan pengalaman pahit mereka. Pemiliknya memang lebih suka mengambil kakitangan-kakitangan perempuan, anak-anak gadis dari kampung sekitar yang kurang pendidikan agama, lemah iman dan yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.

Sesetengah yang berani dan teguh iman, mereka sanggup berhenti dari terjerumus dengan maksiat yang berleluasa serta terancam keimannya. Malah semakin ramai dari mereka yang bersuara menceritakan kebobrokan nafsu serakah pemiliknya. Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan.

Seorang dari bekas pekerja mengaku turut pernah cuba dimurtadkannya. Kesedaran akhirnya menyelamatkan anak gadis yang sudah bersuami ini dari tersesat dan gugur imannya.

Walaupun sudah menjadi buah mulut ramai, namun di kalangan sesetengah orang-orang Melayu kita masih tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai dan terus memberi sokongan serta melanggani kedai-kedai buku ini. Dalam pada itu, sememangnya ada juga yang tidak sedar, namun sesetengah mereka yang telahpun maklum apa yang dilakukan oleh pemilik kedai terhadap anak-anak gadis, mereka tetap terus melanggani kedai-kedai buku ini.

Baru-baru ini, di antara para pelanggannya, didapati terpampan pelekat “Selamatkan Gaza” pada kereta Wiranya, walhal dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai yang dilangganinya itu mungkin lebih dahsyat dan lebih dekat di hati dari apa yang Israel lakukan nun jauh di sana.

Di kalangan “salegirls” yang diambil bekerja oleh pemiliknya diletakkan syarat mesti berpakaian seksi. Jurujual ini dihantar ke sekolah-sekolah untuk menjual buku sambil menarik perhatian guru-guru dengan pakaian dan lagak seksi mereka. Ramai guru-guru yang sudah merungut. Ada di kalangan pendidik yang sayangkan anak-anak gadis kita telah “ban”kan jurujual dari kedai ini untuk ke sekolah mereka. Namun, tetap ada pula guru-guru yang “agak gatal” patang dihulur “manisan” begini lapar menunggu.

Sesuatu tindakan drastik mesti dilakukan. Mereka yang peka dengan agama dan bangsa Melayu mereka MESTI bertindak untuk menyedarkan kawan-kawan serta sahabat handai mereka.

*****************************************

Lanjutan dari posting di atas – kami mendapat beberapa maklumat tambahan berhubung kebenaran perkara di atas termasuk dari kakitangan kerajaan – ramai dari kalangan pendidik.

psi

Comments»

1. ummu kasyfi - April 7, 2009

Assalamualaikum, berita ni agak merungsingkan akak, sebagai warga kuala terengganu. Boleh nyatakan nama kedai supaya senang kami memboikotnya dan memberitahu ahli keluarga yang lain supaya berwaspada

2. syazwan balkis - April 8, 2009

kenapa masyarakat kita tidak sedar lagi dari mimpi… bangun lah… bangunlah selamatkan umat islam pada hari ini!!!….ini adalah tanggungjawab semua..jangan biarkan agama islam kita cemar dari orang yang tidak bertanggungjawab……

3. Shukri Hashim - April 15, 2009

Memang pernah kecuh di kalangan para pendidik suatu masa dulu. Di kalangan kami, kami sudah tidak terima jurujual mereka ke sekolah kami kerana selalunya menggoda. Kedia ini ada dua di bandar KT dan cawangan lain di Bukit Payung dan Gong Badak. Di luar Terengganu pun ada cawangannya. Tak tahu samada berterusan lagi masalah ini selepas ana sudah pindah ke negeri di bawah bayu. Lupa pulak nak tanya kawan2 lama.

4. jimtrg - April 15, 2009

salam,boleh dedahkan dengan lebih details lagi..

5. dokpayohtahulah - April 16, 2009

pustaka sri intan ke? aku dengor ada macam penthaus kat atas kedai dia depan stesen bas lama.

6. ss - April 18, 2009

bg sy nme kdai tsebut prlu dibritahu spya prkara yg lebih teruk dpt dbendung dr awl.

7. SMS - April 26, 2009

salam…
boleh nta beritahu nama kedai tersebut spy kami warga negeri terengganu boleh berwaspada….adakah pustaka seri intan?

8. misz - May 5, 2009

pustaka seri intan la kot…

coz pernah tengok ikklan keje kosong kat luar kedai tu, nok wanita sahaj..dan dari umur 18-23 or 25 je x silap…

xmboh tua2, xmboh laki… apa ke hal nya??

9. anak orang kuala ibai - May 7, 2009

budak2 kite ramai yang lapar sangat nok cari pitis…. tu masalah jugok.
ada budak senior sorang tu dah 30+ dah dok nikah lagi. dah jadi manajemen leni… siapa tak nak dapat gaji besar… buleh beri kereta ke ayah….

10. J-smartie - May 14, 2009

cara dicerita ni memanglah pustaka seri intan. ni bukan cerita baru – tak kurang dari 7-8 tahun dah aku dengar.
cuma aku tak paham kenapa orang kite dok pergi bbeli di situ lagi.
kedai melayu belambak.kedai seri intan ni memang nak mampuskan kedai melayu. dulu dia dah mampuskan kedai cinanya sendiri – kedai dayang!
cubalah letak niat betul2. beli keadi melayu tolong orang melayu. beli kedai seri intan tolong besengkongkol dengan maksiat.

11. pah4ever - May 15, 2009

salam

Kalau dah kenal kedai tu, tolonglah hebahkan kpd semua samada kenalan atau bukan.

12. kedah lanie « Dewan Pemuda PAS Sarawak - May 15, 2009

[...] Ganu Kite : AWAS Kedai BUKU ini..!!   AWAS – Kedai Buku Di Kuala Terengganu [...]

13. AWAS – Kedai Buku Di Kuala Terengganu « Ibrahimbaba’s Weblog - May 16, 2009

[...] AWAS – Kedai Buku Di Kuala Terengganu May 16, 2009 Posted by ibrahimbaba in Islam, Kuala Terengganu, Melayu, Terengganu, masalah sosial, sosial. Tags: anak Melayu, cabul, kedai buku, Kuala Terengganu, maksiat, sekolah, Seri Intan trackback dipetik dari http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/17/awas-kedai-buku-di-kuala-terengganu/ [...]

14. Aku Kate Doh - May 17, 2009

Aku dulu memang pernah kerja kedai ni. Toke dia aku kenal laa.. Name ye aku tahu. Dulu kedai Dayang Pastu Jadi Sri Intan. banyak cawangan ye. Pah kelate pun 2 ke 3 buah. Care ye layan pekerje ye memang baik. rupanye ade niat jahat. Orang laki kerje nge ye dok ramai. Orang puang beng kirelaa. Comel-comel belake. Ade asrama puang kat kompleks belakang The Stor(Pusat). Toke ye orang kuat gak kat Tranung.

15. zul - May 18, 2009

Salam,

Saya rasa satu perkara yang bodoh, menulis artikal supaya orang berwaspada dan memohon orang ramai supaya tidak memberi sokongan terhadap kedai tersebut, tetapi tidak nyatakan nama kedai tersebut.

menjadi kemuskilan adakah cerita di atas betul atau tidak? jangan hanya pandai mengarang cerita tanpa bukti yang sahih

dop tahu kdai mn nk awas nie... - May 23, 2009

salam..sy sependapat dgn en. zul..penulis tidak menyatakan dgn tepat nama kedai tersebut..seolah2 penulis hanya mereka2 cerita..adakah penulis nk buat soalan teka teki disini??dpt hadiah ker? terus terang aje..kalo benar2 sahih….berani kerana benar!..
Allahuakbar!!

16. Naim - May 18, 2009

rasanya pustaka sri intan lah sbb cawangannya sume kat MBKT…aku bese juga beli notebook n alat tulis kat situ…stafnta sume popuan muda, cantik2 n lawa2 belake…

17. datin - May 18, 2009

kalo sgguh nk mbanteras dan mcegah org ramai, bgtau lah nama kdainya..
laporkan pd pihak bkuasa dan bgtau jbatan agama utk tndakan..
x kan nk bgtau org yg mlayari internet jek utk mbanteras pkra ni..
kalo sgguh , biar SUNGGUH!!!

18. cilipadi - May 18, 2009

yaAllah…baru leni sy tahu bende ni..pd yang tahu lebih dulu tu knp xwar2 kan..

19. penah blaja si2!! - May 19, 2009

Ya Allah,ye ker??ms sy blaja kt sn dl,slalu gak p kedai psi gong badak coz kdai stationary yg dkt..xtau lak citer ni @ dgr!!nnt nk sebar kt junior2..agar jgn g si2!!!

20. oniey - May 19, 2009

pustaka seri intan ?? kalau tak silap kat Kelantan pun ada cawangan dia kan ?

21. coconut - May 21, 2009

tahu gok writer ni… awas.. tp dop kabo. ni teloh menimbulkan syak di hati kami. stakat aku analisis ni, psi lah jodoh terbaik.
tp seksi gane? kalu nop banding dgn joyah2 kole berang, seksi joyah2 tu lagi.

22. tozo - May 25, 2009

AKU STUJU DGN COCONUT. MCM YE JE PSI. TAPI PEKERJA DIE TAKDE LA SEKSI SANGAT. PAKAI TUDUNG MCM PEKERJA MELAYU DI KEDAI CINA LAIN JUGE…

23. admin - May 25, 2009

blh bikin kempen boikot kedai ni …

berapa bnyk sgt la kedai buku di KT ni ..

kedai alatulis pun orang panggil kedai buku jgk .. hehe ..

kalau dak seri intan .. kedai buku banggol .. habis cerita…

sila tanda yg berkaitan ,,,

dr. aiman - November 10, 2009

narat kedai buku banggol weh..boss dye wara’ la..laen r kalu boss yg non-muslim punyer..

dr.Erwan - November 10, 2009

btol2..ana kenal ngan boss k.b.b…nk jd pekerja kdai dye,xleh pakai seksi2..kene pakai bju kurung..so,kalu nk kate k.b.b..memang xmasuk akal..jom dr.aiman..pertahankn kdai yg diasaskn oram islam..bukan senang nk jmpa peniaga islam yg berjaya..kalu berjaya pun,ramai yg jelezzz..

membelaislam - November 20, 2009

Bukan KBB

24. Ayen - June 2, 2009

xdop bukti lagi boh… jgn wak tuduhan membuta tuli… Al-Quran pun kabo gitu boh… jgn sbb racist abih bangse lain kite nok bahang… Allah dok suroh wat gitu… Siasat dulu sape2 yang bole siasat…. Ada bukti baru leh nk cerite gitu gni… Kalo buatnye saloh, muflis kedai hambe Allah tu, sape nok jawab? Mu nok tanggung ke guane? Dok tanggung sini, tanggung kiamat kekgi… Mu pilih la, bukan senang nok tuduh2 org ni wei… aku emphasize, SIASAT DULU! SIASAT DULU SIASAT DULU!… kite org Islam, buat care Islam…

25. 1boikot - July 6, 2009

celaka punye taukeh kedai buku. Ape name dia?
Boikot!!! Boikot!!!!

26. julai - July 7, 2009

…………Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan………………

27. ogos - August 10, 2010

pembaca yg baca artikel….klu nk jd bijak u all siasat la…klu sah ceritanya boikotla…xpayah cite byk2…klu dh ad org smpaikan, ade kebenarannya, yg dok pertahankan walhal sndri pn xtahu pn apa guna, jd cam org kurg berilmu lak….sndri mau pikir la…

28. mirara - September 4, 2010

ha’a btol lh..siasat r dlu..pe kes bsing2..penulis artikel pn stu bgtaw je lah scere direct..ni maen teka teki lak..ingt teka silang kate ke?? haha..bla dh ade bukti terus boikot!!! ape Da!!

29. LPLS=LUpiKirLahSndirI - November 30, 2010

aku pernah masok gak dalam kdai buku niee .. fuhh skali aku tengok tauke( mata sepet ) memang mesra amat ngan pekerja dye siap main boleh gurau lagi … cemburu akuu … kedai yg aku maksud kn dpan bank harimau kuat ….. hehe

30. hamba allah - July 5, 2011

janganlah mudah percaya dengan sesuatu berita yang sampai.. sebagai umat islam, jangan suka memfitnah.
org yg di maksudkan tu takde pape, kite pulop yg lebih2.
tak taulah ape agenda menyebarkan berita ni.
di doakan semoga di beri petunjuk dan hidayah,
org yg di sangka tu bertambah kaya dengan bisnes, tapi kite pun kaya dgn dosa.

31. Achik Ana Suzana - August 10, 2011

dh lama tp dokkan tak dop tindakan drp mana2 pihak untuk menutup kedai ni n memblackliskan nama pemiliknya…aduhh mmg bala ni..

32. Ezra - August 12, 2011

Belilah di Kedai Buku Banggol, orang islam punya… Dia bayar zakat pun kita ada saham… anyway perlu bukti untuk tuduh seseorang

33. eluk7 - August 13, 2011

tau la geng2 ni..tau da ad pnyakit kdai 2 cri la kdai len..huhu,mcm2 da akhir zman n..yaallah slmat kn ak n shbt2 ku..

34. Orang Muda - August 18, 2011

WEI, KABO R NAMA KEDA TU SENANG….!!! KALU X CAMNER ORANG NK BUAT TINDAKAN.

35. hajarulaswad - October 8, 2011

mention la btol2 NAME KEDAI TU,supaya kami sebagai pngguna ni x konfius


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.