jump to navigation

Mubaligh Kristian aktif di penempatan Orang Asli October 26, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
add a comment

KOTA BHARU 25 Okt. – Kerajaan negeri menyedari kehadiran ramai mubaligh Kristian yang memasuki beberapa penempatan Orang Asli di negeri ini untuk menyebarkan fahaman mereka secara aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, usaha yang dilakukan itu semakin berleluasa ketika ini dan sukar dibendung.

Jelasnya, kerajaan negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih kalangan Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun katanya, kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki.

“Kita mengakui memang banyak usaha penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri.

“Malah ada beberapa kawasan yang sangat jauh dan memakan masa sehingga lima jam berjalan kaki pun mereka sudah sampai sedangkan kita sendiri belum pernah ke tempat itu,” katanya.

Mohd. Amar menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohd. Amar berkata, mubaligh-mubaligh Kristian mempunyai sokongan dana yang kuat untuk melancarkan aktiviti mereka sehingga ke kawasan yang sukar dijejaki.

Selain itu katanya, golongan itu mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka.

Sehubungan itu Mohd. Amar berkata, kerajaan masih lagi meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang sanggup berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli.

“Insentif ini masih ada sampai sekarang selain banyak lagi usaha kita seperti memilih golongan ini menjadi peserta ladang rakyat dan diberi bayaran elaun,” tambahnya.

petikan: Utusan Malaysia

Memorandum Bantahan NGO-NGO Islam Terhadap SIS/JAG/WAO October 16, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
add a comment


MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

(A) Latarbelakang

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –

“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”

Memorandum sebegini  juga pernah dikemukakan  kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik  beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-

  • Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)
  • Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;
  • Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN
  • Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1.     MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2.     MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3.     MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4.     MENDESAK MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN YANG MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM SUPAYA MENGUNDURKAN DIRI.

5.     BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6.     MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

1 OKTOBER 2009

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

Jemaah Islah Malaysia (JIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

PUM gesa kaji undang-undang syariah elak diperlekeh October 11, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
add a comment

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan mengkaji semua Undang-undang Kanun Jenayah Syariah negara supaya menepati tuntutan syariat serta hukuman Islam sebenar serta tidak diperlekeh pihak tertentu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Salleh Ahmad, berkata undang-undang Islam lebih adil kerana tidak menzalimi seseorang, sebaliknya lebih kepada mendidik dan memberi pengajaran, termasuk apabila membabitkan hukuman sebat.

Katanya, musuh Islam juga sentiasa mencari peluang memburukkan Islam dengan mendakwa undang-undang syariah seperti hukum sebat zalim dan ganas seperti isu hukuman rotan dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang turut ditentang badan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh orang Islam sendiri.

“Kita (PUM) menggesa kerajaan kaji semula undang-undang (syariah) sedia ada kerana dari segi pelaksanaannya, ia sebenarnya belum cukup Islamik.

“Dalam Islam hukuman ke atas orang Islam melakukan kesalahan jenayah minum arak, minimum hukuman rotan ialah 40 kali bukan enam sebatan, tetapi bukan bertujuan mencederakan seperti sebatan mengikut undang-undang sivil,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan hukuman syariah dan isu berhubung menghina Islam selepas Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri anjuran PUM di Masjid al-Muhsinin di sini, semalam.

Mengenai tindakan pihak tertentu di Indonesia mahu melancarkan perang ke atas Malaysia dan membakar bendera negara ini, Salleh berkata tindakan itu hanya dilakukan kumpulan kecil saja yang tidak direstui kerajaan mereka.

“PUM percaya golongan ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di republik itu juga tidak bersetuju dengan perbuatan itu kerana mereka menyedari ramai rakyatnya bekerja di Malaysia dan mendapat layanan baik,” katanya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.