PM wants religious experts to address pluralism among Muslims February 19, 2011
Posted by membelaislam in ajaran sesat, Rights of Muslims.1 comment so far
source: Bernama
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak called on religious experts on Friday to help address the spread of pluralism that, he said, could undermine the faith of Muslims in the country.
He said that although the phenomenon was under control and restricted to certain quarters, it had to be checked immediately in case its spread confused and misled Muslims.
“It is the responsibility of religious teachers, Jakim (Islamic Development Department of Malaysia), the muftis and mosque imams to explain the actual situation in terms of faith.
“We respect the other religions and the other religions have their rights in terms of the laws and federal constitution, but it is not the same in terms of faith. That is what we want to explain.
“Do not misunderstand. Some people may misunderstand and say that I am denying and demeaning other religions. That’s not the case. I am only stating the difference in terms of faith because pluralism is wrong in Islam.
“That’s the point I want to make here. It is hoped that the people understand, and this must be explained to Muslims,” he said.
Najib was asked to comment on hedonism, pluralism and liberalism being seen as the new threats among Muslims.
Earlier, when addressing religious teachers at the Putra World Trade Centre, the prime minister said it was the responsibility of practitioners of Islam to uphold religious truths based on the Quran and Sunnah (sayings of Prophet Muhammad).
He said that, of late, hedonism, liberalism and pluralism had emerged as the new threats among Muslims.
“We believe that if there are people who say that all religions are the same before God, that is wrong in terms of faith. What more if there are Muslims who spread pluralism; that is even more harmful to Muslims.
“We have to rectify this. We can respect other religions. We should not insult other religions. But, in terms of faith, they cannot be equated with Islam,” he told the 700 religious teachers.
The prime minister urged religious teachers to undertake reform in the effort to draw the interest of the young to religious classes held in mosques.
He said studies showed that 65 percent of those who attended religious classes in mosques nationwide were aged about 50 while less than five percent were adolescents.
“This was conveyed to me. I hope we can find ways to attract the young to attend the religious classes. Perhaps, we may have to use multimedia or Power Point presentation or such.
“Youths are the ones we are banking on to become the quality human capital to generate the transformation we aspire for,” he said.
Najib announced a rise in the allowance of the religious teachers, from RM40 to RM100, from last month, in recognition of their role in the propagation of Islam. – Bernama
Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka? February 11, 2011
Posted by membelaislam in Hina Islam, Interfaith Council (IFC), Kes Kalimah Allah.5 comments
Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia.
Kenapa begitu?
Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu.
Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang “skeptics” serta mudah menerima “face-value” helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian.
Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, “cover story” mereka adalah bertajuk Muslims and the “Son of God”, membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.
Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ“, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan.
Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).
“This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?]
Artikel tersebut juga memetik seorang “missiologist” (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks“. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).
Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus“.
Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture“.
Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases“.
Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively“.
Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka.
Untuk baca keseluruhan artikel tersebut sila klik di sini.
Isu Kawalan Pencegahan Maksiat Hari Valentine February 11, 2011
Posted by membelaislam in Hina Islam, Rights of Muslims.2 comments
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
PER: KAWALAN PENCEGAHAN MAKSIAT PADA HARI VALENTINE
PPMM amat kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikaikan inisiatif umat Islam dan Jabatan Agama Islam melaksanakan perintah Allah berdasarkan konsep amar ma’aruf nahi mungkar khususnya berhubung dengan isu sambutan Hari Valentine pada 14 Febuari ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah haram di sisi agama Islam. Oleh yang demikian umat Islam tidak dibenarkan menyambut Hari Valentine tersebut. Walaupun telah terdapat keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak tahun 2005, sebahagian umat Islam masih lagi merayakan sambutan Hari Valentine ini. PPMM menyeru Jabatan Mufti negeri-negeri agar mewartakan fatwa pengharaman menyambut Hari Valentine ini bagi umat Islam agar tindakan lebih tegas dapat diambil oleh Pihak Berkuasa Agama.
Sambutan Hari Valentine sebenarnya berakar umbi dari agama Kristian yang mengingati hari St Valentine dihukum bunuh. St Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. St Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya. Ia dikatakan sebagai lambang kasih sayang antara manusia dan Tuhan serta antara manusia sesama manusia.
Orang Islam dilarang menyambut Hari Kekasih itu kerana sambutan Hari Valentine tidak berpaksi kepada ajaran agama Islam. Malah dalam Islam kasih sayang adalah sepanjang hayat dan tidak dihadkan pada hari-hari tertentu sahaja. Berkasih-kasihan di dalam Islam juga mempunyai batasan yang dikawal oleh Hukum Syarak. Selagi seseorang itu tidak diikat dengan pernikahan adalah haram seorang lelaki dan perempuan terkinja-kinja berpelukan antara satu sama lain.
Sambutan Hari Valentine ini juga langsung tidak akan mendekatkan diri umat Islam kepada Allah malah mereka juga mungkin akan menanggung risiko aqidah mereka akan terjejas apabila mereka menyambut Hari Valentine tersebut.
Islam adalah agama yang sempurna dan jika umat Islam mengambil perkara yang berdasarkan agama lain dan tidak diiktiraf oleh Islam, seolah-olah seseorang itu mengatakan Islam masih belum sempurna dan bertentangan dengan ajaran di dalam Al Quran. Malah sambutan Hari Valentine ini seringkali dicemari dengan pelakuan maksiat dan kebejatan moral.
Tidak ada salahnya pihak yang diberikuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam. Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
PPMM menyeru Pihak Berkuasa Agama Islam tegas melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini terutamanya pada Hari Valentine tersebut. Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini.
Sekian
Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia
11 Febuari 2011