Anti-Muslim Protestor Throws Crosses At Feet Of Man Praying By White House April 26, 2011
Posted by membelaislam in Hina Islam.1 comment so far
Picture (Video) speaks louder ….
Cubaan pesong akidah April 22, 2011
Posted by membelaislam in ajaran sesat, Hina Islam.1 comment so far
sumber: Harian Metro
KUANTAN: Satu kumpulan yang dipercayai cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dikesan mengedarkan risalah atau buku agama kepada pelajar sekolah menengah, di sini.
Kumpulan dianggotai lima lelaki itu dipercayai mahu ‘merekrut’ pelajar sekolah dengan mengedar risalah atau buku berkenaan tanpa menerangkan isi kandungan sebenar dan ia dilakukan ketika pelajar mahu pulang ke rumah masing-masing.
Seorang pelajar yang enggan dikenali mendakwa, dia sebelum ini dihampiri seorang daripada anggota kumpulan terbabit sebelum lelaki itu menghulurkan dua buku kepadanya.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa mengenai buku berkenaan membuka untuk melihat isi kandungannya sebelum mendapati ayat tercatat dalam buku itu mencurigakan sebelum merujuk kepada rakannya.
Katanya, rakannya turut mendakwa mendapat buku yang sama dan tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit cuba memesongkan akidah pelajar Islam.
“Saya bersama rakan mengesyaki kumpulan terbabit menyasarkan pelajar dalam usaha memesongkan akidah Islam. Ibu bapa tidak melarang saya bergaul dengan rakan bukan Islam, tapi diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan agama lain bagi mengelak murtad,” katanya.
Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka? April 21, 2011
Posted by membelaislam in ajaran sesat, Hina Islam, Interfaith Council (IFC), Kes Kalimah Allah, Rights of Muslims.4 comments
Dari komen-komen yang diterima seminggu dua ini nampaknya ramai yang tidak faham isu, cabaran dan implikasinya. Maka kami siarkan kembali posting lalu yang mungkin dapat memberi gambaran yang jelas berhubung tindakan kami MEMBELA ISLAM.
Kami turut hairan ada mereka yang atas platform pertubuhan Islam juga yang bersekongkol dengan puak Kristian, grup sosialis dan pejuang kebebasan wanita (women’s lib) dalam membantah usaha murni kami mempertahan kedaulatan Islam di tanah air ini yang dicabar.
Apakah ini gejala dari pemikiran liberal yang telah memasuki ruang berfikir mereka yang sebelum ini gemar mencabar tradisi keilmuan Islam dan ulama-ulama yang diwarisi semenjak dahulu?
Semoga Allah memelihara kita semua.
posting asal bertarikh 11 Feb 2011:
Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia.
Kenapa begitu?
Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu.
Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang “skeptics” serta mudah menerima “face-value” helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian.
Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, “cover story” mereka adalah bertajuk Muslims and the “Son of God”, membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.
Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ“, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan.
Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).
“This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?]
Artikel tersebut juga memetik seorang “missiologist” (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks“. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).
Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus“.
Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture“.
Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases“.
Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively“.
Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka.
Untuk baca keseluruhan artikel tersebut sila klik di sini.
Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Wajar Kekal Dalam Bentuk Asal – Jamil Khir April 21, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Rights of Muslims.add a comment
dari Bernama
Dewan Negara: Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Wajar Kekal Dalam Bentuk Asal – Jamil Khir
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan wajar dikekalkan dalam bentuknya sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata ini kerana Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia dengan semua kaum dan keturunan telah sepakat menerima peruntukan itu yang bersifat moderate yang membolehkan prinsip Islam dilaksanakan dalam maksud yang luas dan komprehensif.
“Ia termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama lain dan penerimaan itu merupakan hakikat penerusan kepada kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh negeri-negeri Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Khamis.
Ahmad ingin tahu apakah kerajaan berhasrat meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan perkataan rasmi dan perkataan Sunnah Wal Jammaah di dalamnya.
Jamil Khir berkata pindaan perkataan ‘agama rasmi bagi Persekutuan’ kepada ‘agama rasmi’ akan menyempitkan keluasan skop pemakaian peruntukan tersebut menjadikan agama Islam terhad kepada upacara-upacara rasmi, ritual dan keagamaan semata-mata.
Beliau berkata cadangan untuk meminda peruntukan Islam di bawah Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga perlu mengambil kira tujuan dasar di sebalik pindaan itu dan implikasinya kepada perundangan negara.
Katanya, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kerajaan sentiasa memastikan bahawa setiap dasar dan undang-undang yang digubal di negara ini adalah selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
“Berdasarkan alasan itu, kerajaan berpandangan tiada keperluan untuk meminda Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan itu sudah bertepatan dengan pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” katanya.
Berhubung cadangan untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah, Jamil Khir berkata kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana fahaman tersebut yang menjadi pegangan Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali telah diiktiraf dan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia.
Beliau berkata walaupun tidak diperuntukkan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang itu hendaklah berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini berdasarkan keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996.
Sementara itu menjawab soalan tambahan berhubung ketetapan terhadap ajaran pluralisme dan liberalisme di negara ini, Jamil berkata ajaran tersebut sebenarnya perlu ditolak.
“Muzakarah Fatwa sudah bermuzakarah dan mengambil ketetapan bahawa kedua-dua ajaran iaitu, pluralisme dan liberalisme ditolak di Malaysia dan penguatkuasaan terhadapnya dibuat dengan mengambil kira enakmen sedia ada dalam konteks negara,” katanya.
– BERNAMA
Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia April 19, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Rights of Muslims.Tags: apa tindakan kita, Islam tergugat, perhimpunan Islam tergugat
3 comments
Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
Tema:
Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita?
Anjuran: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Tarikh: 7hb Mei, 2011 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi – 1:30 tgh
Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Pengisian Majlis:
Ucap Utama, Forum dan Pelancaran Gerak Kerja PEMBELA
Panelis Forum Yang Telah Sah Kehadiran:
Dr. Haji Yusri Mohamad (Yayasan Sofa/ISSI)
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM)
Ustaz Haji Abdullah Zaik (ISMA)
Haji Zaid Kamaruddin (JIM)
Ustaz Mohammad Fitri Abdullah (Darus-Syifa)
Haji Ann Wan Seng (MACMA)
Hadirin yang dijemput:
Para pemimpin NGO Islam, AJK Masjid/Surau, AJK Kelab/Persatuan Kakitangan agensi kerajaan/swasta
Sila daftar segera (tempat terhad).
Hubungi melalui:
SMS 019-258-7512 atau emailkan kepada zramlee@yahoo.com
atau 014-863-2101 – aliffbasri@gmail.com
Sila ikuti pengumuman lanjut di sini
Banner Bantahan Di MRR2 April 14, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Kes Kalimah Allah, Rights of Muslims.add a comment
6 bidang banner bertemakan “Mempertahankan Kedaulatan Islam dan Membantah Bible Bahasa Melayu” digantung di beberapa jejantas sekitar kawasan Ulu Klang MRR2. Gambar-gambar di bawah dirakam sekitar tengahari tadi (14 April 2011).
Hala selatan:
Hala Utara:
Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam dan Membantah Bible Bahasa Melayu April 14, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Hina Islam, Rights of Muslims.Tags: bantahan, Bible Melayu, kedaulatan Islam, Kristian, Masjid Negara, Pembela
add a comment
Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam
dan Membantah Bible Bahasa Melayu
Anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Masa:
Selepas Solat Jumaat 15 April 2011
Tempat:
Perkarangan Masjid Negara
Nyatakan sokongan anda
“Bersama Pertahankan Kedaulatan Islam – Perkasakan Suara Umat Islam”
Perbandingan Kerajaan Islam Sepanyol (711M – 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara) April 7, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Rights of Muslims.4 comments
Sekadar perbandingan ringkas di antara Kerajaan Islam Sepanyol (711M – 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara) untuk dijadikan pengajaran.
Tempoh bertapak Islam di Sepanyol selama 780 tahun. Ianya runtuh bukan dalam satu hari tetapi satu demi satu daerah jatuh ke tangan musuh dan Kristian.
Tempoh masa Islam jatuh di bumi Sepanyol bermula dari Toledo (1085) adalah hampir 400 tahun sebelum yang terakhir.
Walaupun mulanya ianya satu kerajaan berpusat, namun akhirnya ia berpecah dengan pelbagai pemerintahan yang berbeza. Hingga tapak pemerintahan yang terakhir ialah di Granada.
Senario di Nusantara pula, sebelum penjajahan, pelbagai kerajaan Islam kita adalah bersatu di bawah Khalifah di Baghdad. Namun, pelbagai kerajaan Islam itu tumpas satu demi satu oleh penjajah.
Melaka antara yang terawal tumpas. Filipina yang satu ketika kerajaan Melayu Islam kini menjadi negara Kristian selepas keganasan dilakukan oleh tentera Kristian Sepanyol dan Amerika yang membunuh ratusan ribu umat Islam. Negara Patani Darul Salam jatuh kepada keganasan Kerajaan Siam. Begitu juga di wilayah IndoChina. Begitu juga nasib menimpa orang Islam Burma.
Singapura adalah dulu sebuah tanah air Melayu kini sudah menjadi negara asing bagi orang Islam. Satu demi satu pemerintahan Islam di Nusantara jatuh ke tangan musuh Kristian dan penjajah.
Jika melihat Islam di Sepanyol sebagai pengajaran, Islam di Nusantara sudah pun lebih 700 tahun (jika kita ambil tarikh Batu Bersurat di Trengganu) – mungkin lebih awal jika dikira dari bertapaknya Islam di Sumatera dll.
Apakah kita sudah memasuki fasa terakhir untuk kita mempertahankan Islam di Tanah Air kita ini?
Apakah Allah telah mentakdirkan untuk kita sebagai umat untuk menyelamatkan Islam di Tanah Air ini?
Hanya tinggal Indonesia, Brunei dan Malaysia sahaja lagi!
Kita tahu masalah di Indonesia. Dengan Liberalisme, Pluralisme dan kepelbagaian masalah lagi … fenomena itu turut kini menyusupi ke Tanah Air kita.
Kitalah pertahanan terakhir untuk menyelamatkan Umat Islam dan anak cucu kita agar terpelihara aqidah mereka.
Sedarlah wahai Umat Islam Nusantara.
Hishammuddin: Don’t jump the gun on Bible issue April 5, 2011
Posted by membelaislam in Kes Kalimah Allah.add a comment
sumber: The Star
KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has urged Malaysians not to speculate on issues relating to the printing of the Bible in Bahasa Malaysia locally.
“All I want is for all to be fair and reasonable in this issue,” he said.
He said currently, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala has been engaging with Christian organisations on the issue and the team with him are doing a good job.
“I don’t think anything has been finalised on the terms of the agreement, so do not speculate on what will happen once it is finalised,” he said after witnessing the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between Malaysia and Britain yesterday on cooperation in immigration matters.
He was responding to a question on whether the word “Allah” could be used in locally printed Bibles.
“What I’m hoping is for the people involved to sit down and find a reasonable solution.
“If the 10-point solution is accepted by the Christians, then the Government will do whatever it takes to accommodate it,” he said, adding that anything that came out of the discussions would be a “win-win” situation.
On Saturday, Idris announced that the Government had decided to allow the Bible in all languages, including Bahasa Malaysia and Bahasa Indonesia, to be imported and printed locally.
On whether the Government would withdraw the ban on the use of the word “Allah”, Hishammuddin said, it was pending a court decision.
“I don’t want to go into details because there will be reaction and counter-reaction.
“When there is change, there is always uncertainty,” he added.
The case is pending appeal by the Government over the High Court decision to allow non-Muslims to use the word “Allah” in printed publications.
PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala” April 3, 2011
Posted by membelaislam in Hina Islam, Kes Kalimah Allah, Rights of Muslims.Tags: ”Formula Idris Jala”, Bible Melayu
2 comments
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Kenyataan Media
3 April 2011
PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala”
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan bantahan kami terhadap kenyataan Senator Datuk Seri Idris Jala yang didakwa oleh beliau sebagai keputusan kerajaan dalam menangani isu Bible Melayu. Bantahan kami ini terhadap apa yang kami istilahkan sebagai ”Formula Idris Jala” ini adalah berasaskan alasan berikut:
1. Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira. Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?
2. Seperti yang kami tegaskan dalam kenyataan media yang kami keluarkan pada hari Isnin 28 Mac yang lepas, keputusan melepaskan Bible Bahasa Melayu untuk edaran adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936. Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.
3. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, ”Formula Idris Jala” ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini. Pendekatan ”Formula Idris Jala” ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan Perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara.
4. Apa yang turut menyedihkan, ”Formula Idris Jala” ini juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet. Beliau nampaknya telah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu YB Senator DS Jamil Khir dan TS Koh Soo Koon. Kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ini untuk menjelaskan kepada pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menjadi anggota JKMKAPA kenapa saluran ini dibelakangkan dalam menangani isu ini.
Justeru itu, PEMBELA menuntut agar Formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada. Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat. Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan ”Formula Idris Jala” ini di Mahkamah.
Selari dengan kenyataan media kami bertarikh 28 Mac 2011, kami menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara kita demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.
Dr. Yusri bin Mohamad
Jurucakap PEMBELA








