Ajaran Syiah ancaman serius

sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Mei – Ajaran Syiah kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat Islam di negara ini khususnya di Selangor yang dijadikan sebagai pusat untuk menyebar dan mengembangkan ajaran tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Rais Rasid apabila melihat semakin ramai umat Islam di negara ini terpengaruh dengan ajaran Syiah.

Katanya, jika dahulu kumpulan tersebut hanya menjalankan aktiviti keagamaan secara tersembunyi, tetapi kini pengikut dan penaung Syiah sudah mula berani mencabar pihak berkuasa agama secara terbuka.

Menurutnya, pengikut Syiah kini aktif menyebarkan dan mengembangkan ajaran tersebut dengan berselindung di sebalik majlis keraian bagi menawan hati dan minda orang Islam.

Terbaru, satu majlis kesenian dan kebudayaan bertemakan Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat dianjurkan oleh pengikut Syiah di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak, hari ini.

Difahamkan, majlis itu sepatutnya dirasmikan oleh seorang Menteri Kabinet, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun, terselit dalam majlis tersebut adalah satu acara bagi memperingati kelahiran anakanda Rasulullah, Fatimah Az-Zahra iaitu salah satu amalan pengikut Syiah dan mereka membuat jemputan kepada lebih 1,000 orang.

JAIS melakukan serbuan terhadap majlis itu pada pukul 12.30 tengah hari ini selepas mendapat aduan orang ramai dan empat lelaki yang dipercayai penganjur merangkap pemimpin Syiah ditahan untuk siasatan.

Ketika diserbu, kira-kira 300 ‘tetamu’ termasuk warga asing yang dipercayai dari Iran sedang menjamu selera dan ada di antara mereka sedang khusyuk berselawat mengikut cara Syiah.

“Syiah telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan haram dikembangkan. Mereka ini ditahan kerana kita melihat ada unsur-unsur untuk menyebar dan mengembangkan ajaran ini di sebalik majlis kesenian berkenaan.

“Kita lihat Selangor kini menjadi pusat penyebaran dan pengembangan Syiah dan ia merupakan satu ancaman yang serius kepada umat Islam di negara ini dan perlu ditangani dengan segera,” kata Mohd. Rais selepas serbuan itu.

Beliau berkata, semua lelaki tersebut yang berusia antara 30-an dan 40-an ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s