NGO Islam khuatir penyertaan Malaysia di Geneva

Sekumpulan NGO Islam hari ini menyatakan kekhuatiran mereka terhadap penyertaan Malaysia dalam persidangan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Mac ini.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, kebimbangan itu berdasarkan lobi aktivis lesbian, gay, dwiseks dan transeksual (LGBT) supaya Malaysia tunduk kepada undang-undang dan standard antarabangsa dalam isu itu.

“Pembela mendesak pihak kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Revolusi PPB tersebut,” kata Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya, merujuk kepada resolusi 17 Jun 2011.

Resolusi itu antaranya berkenaan pencabulan hak asasi manusia bersandarkan orientasi seksual dan identiti jantina yang disokong 23 negara.

Berhubung isu kebebasan beragama pula, PEMBELA menuntut semua pihak menghormati kedaulatan sistem perundangan negara yang memutuskan hak kebebasan beragama tidak termasuk tindakan murtad untuk umat Islam.

“Justeru, sebarang usaha untuk memburukkan rekod toleransi beragama di negara ini adalah pengkhianatan terhadap negara dan perlu dibanteras hingga ke akar umbi,” katanya.

dari malaysiakini

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s