Laporan Polis Terhadap Kenyataan Karpal Singh dan Donald Lim August 29, 2012
Posted by membelaislam in Artikel 3, Hina Islam, Rights of Muslims.add a comment
Pada 29 Ogos 2012, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang telah dibuat oleh Karpal Singh dan Donald Lim berhubung isu sensitiviti umat Islam.
Berikut adalah salinan laporan polis tersebut:
Majlis Agama Islam Boleh Ambil Tindakan Terhadap Cubaan Murtadkan Umat Islam August 5, 2012
Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Rights of Muslims.add a comment
Laporan berita dari Bernama:
YAN, 5 Ogos (Bernama) — Majlis Agama Islam negeri melalui peruntukan enakmen sedia ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
“Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak, video dan penulisan tidak dibenarkan kerana akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam terhadap kegiatan mereka,” katanya ketika mengulas isu pelancong asing yang menyebarkan fahaman Kristian di Pulau Pinang yang dilaporkan akhbar Khamis lepas.
Menurut laporan itu, dua lelaki yang dipercayai pelancong asing cuba menyampaikan ajaran agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Jamil Khir menasihati mereka yang menjalankan kegiatan itu agar memahami terlebih dahulu peraturan majlis agama di negara ini dan perlu mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata terdapat satu kes yang mengguna pakai enakmen berkenaan dan tertuduh dikenakan denda serta penjara di Pahang pada 2002 dan ini perlu dijadikan sebagai iktibar.
Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu sebuah mesin hemodialisis bernilai RM65,000 kepada Hospital Yan bagi menampung kekurangan mesin tersebut untuk merawat 37 pesakit sekitar daerah Yan.
Beliau berharap syarikat korporat, swasta serta individu lain turut menyumbang mesin tersebut untuk pesakit bagi memudahkan mereka menjalani rawatan tanpa perlu menunggu terlalu lama.
– BERNAMA
Artikel berkaitan: Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
Sidang Media PEMBELA di hadapan Kedutaan Myanmar – 14 Jun 2012 June 14, 2012
Posted by membelaislam in Rights of Muslims.add a comment
PEMBELA Demands For Immediate Action To Stop The Attrocities By Rakhines Armed Groups Against Rohingya Muslims June 14, 2012
Posted by membelaislam in anti-Islam, Rights of Muslims.1 comment so far
Date: 14 June 2012
H.E. U Tin Latt
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
Embassy of the Republic of the Union of Myanmar
No. 8 C, JALAN AMPANG HILLIR
55000, KUALA LUMPUR
Dear Sir,
DEMAND FOR IMMEDIATE ACTION TO STOP THE ATTROCITIES BY RAKHINES ARMED GROUPS AGAINST ROHINGYA MUSLIMS
PEMBELA, a coalition of not less than 70 Islamic Non-Governmental Organizations, wishes to express our intense anger, grief, desperation, helplessness and frustration by the recent and current events in Arakan, Myanmar but with the hope that it provides the impetus to the citizens of the world to seek a deeper understanding of the conflict and to show solidarity with the Rohingya, the real victims. We hope the world will finally wake up to the realization that a just and comprehensive resolution of the Rohingyas tragedy is urgently required.
The current Arakan crisis is the latest in the history of the Rohingya tragedy which started with their forced expulsion from the area. The Rohingya have since been displaced, made stateless, humiliated, dehumanized, terrorized and massacred. This gross injustice and inhumane actions to the Rohingya people by your government is being witness by the world when your government will be put on trial at the world court against human atrocities.
PEMBELA views with grave concern the current conflict that is triggered by sectarian violence in Arakan , Myanmar between Muslims and Rakhines.
The killing of 10 Muslims on the 3 rd June 2012 in Taungup by Rakhines will potentially be a full fledge community clash if the government is not serious in handling the issue amicably. Even within the curfew period enforced in Maungdaw since June 8th, 2012, resources are disseminating reports that the Rakhines are allowed by the police to burn houses of the Rohingya.
Currently the tension is escalating and we regret that the authorities are not acting swiftly against the Rakhines for their continued atrocities.
To make matters worse, the security personnel in Maungdaw were involved in the killing of 2 Rohingya when police personnel open fire at a group after Friday prayers.
The police are also reported to have allowed Rakhines to set on fire houses and shops belonging to Rohingya community in at least 4 villages until 9 June, 2012.
The security personnel are aggravating the tension when many are injured when they open fire at the villagers who are trying to help a burnt down village, Sawmawna. The Sawmawna village- three mile Nasaka gate – under Myothu Gyi village tract was set on fire by Rakhine racist which as we receive the report is still burning.
The security force – Army, police, Hluntin and Nasaka- fired to the air near the village of Pandawpin, Nyaung Chaung, Myoma Khayoungdan and MyothuGyi to stop the Rohingya who want to help the village “Sawmawna”.
We condemn the burning of a mosque that was reported executed by the Rakhines racists mob while the security personnel only stood by . The military restrict the movement of Rohingyasm to even protect their properties while the Rakhines are free to move and continue the atrocities.
We are following closely the news of the atrocities as it unfolds and will not be only distant observers while the injustice is perpetrated.
We urge the United Nations and OIC Countries to immediately interfere since there is no indication that the situation could be resolved as soon as possible. If the tension continues, it will evolve into the reigniting of the 1942 massacre .
We demand that the police officers protect innocent civilians.
We further demand those security personnel who are indirectly working hand in hand with the Rakhines killers to exterminate the Rohingya to be discharged and action taken to persecute them if found guilty of conniving with the attackers.
The continued pursued policies of exclusion and persecution against Rohingyas while some hardhearted Rakhine academic and politicians are engaged in racist and xenophobic plans to marginalize and exterminate them, are still the order of the day .
The government continues to treat them as aliens using this oppressive nationality law in a random manner. The depopulation of Rohingya and simultaneous populating of Rakhines in Arakan has since evolved into a systematic ethnic cleansing of the Rohingya , most cases in a brutal way. Records of Muslim properties being ransacked: shops, houses and mosques were looted, destroyed and burned, are indisputable.
In the situation of Rohingya, the 1982 citizenship law promotes Burmanization or Rakhinization aimed at exterminating the Rohingya
population from Arakan. The Rohingya Muslims have been living under constant fear since the introduction of the Citizenship Law in1982. Reports of abduction, torture, rape, extrajudicial killings are an open secret. The restrictive law has resulted in the present discrimination and the fanning of hatred against Rohingya labelled as foreigners , when in fact it has been historical proven that Rohingya is a legitimate citizen of the independent Burma. They are decedents of the Arakan Muslim civilization since the 7th century.
It is with these facts, which are the underlying root cause of the present tension and violence that we demand the government of Myanmar take appropriate measures to protect the vulnerable Rohingya community and find ways to compensate them for the lost of their properties , homes and land.
On behalf of PEMBELA
Mr. Aminuddin Yahya
Chairman
c.c
- The Honourable Mr. Ban Ki-moon
Secretary-General, United Nations
- The Honourable Dato’ Seri Anifah Aman
Minister of Foreign Affairs of Malaysia
Menyerah Memo Bantahan Di Kedutaan Myanmar – 14 Jun 2012 June 14, 2012
Posted by membelaislam in Rights of Muslims.add a comment
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) akan menyerah memorandum bantahan terhadap kekejaman dan pembunuhan orang-orang kaum Rohingya di Myanmar pada 14 Jun 2012 jam 11:00 pagi.
Alamat keduataan Myanmar:
No. 8(C), JALAN AMPANG HILLIR, 55000, KUALA LUMPUR
Wakil-wakil NGO Islam dijemput hadir sama memberi sokongan.
Pendedahan Kisah Gereja DUMC Memurtadkan 12 Orang Islam Yang Terdesak Atas Nama Kehidupan October 14, 2011
Posted by membelaislam in Article 11, Hina Islam, Interfaith Council (IFC), Rights of Muslims.2 comments
sumber:http://bahterasamudera.blogspot.com
Gerakan memurtadkan orang Islam terbongkar apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Di sini kami ingin mendedahkan gerakan dan dalang di sebalik gerakan kristianisasi terhadap orang Islam, pendedahan ini telah diperolehi daripada 2 orang yang berada di waktu JAIS membuat serbuan pada malam Majlis Thanks Giving Dinner yang telah diadakan di Gereja tersebut.
Pendedahan yang di buat oleh - RASIDAH BT AB. RAZAK. Beliau telah mula diperkenalkan kepada seorang lelaki Cina yang bernama RAYMOND KOH dalang yang bertanggungjawab di atas kerja-kerja menyebarkan dakyah kristian pada orang-orang Islam, dia menjalankan kerja-kerja ini bersama isterinya yang bernama SUZANA@LIEW SOW YOKE kedua-dua mereka adalah ahli HARAPAN KOMUNITI yang menguruskan tapak kompleks gereja DUMC tersebut. Pasangan suami isteri ini meletakkan sasaran 1 hari 1 orang, mereka yang berjaya dikristiankan oleh mereka akan diperalatkan untuk mengenal pasti sasaran seterusnya untuk dipengarauhi. Juga difahamkan bagi setiap orang Islam yang berjaya dikristianisasikan, pasangan ini akan menerima ganjaran berjumlah diantara RM30,000-RM40,000 ke dalam akuan peribadi mereka dari pertubuhan kristian berpengkalan di Australia.
Semenjak dikenalkan pada pasangan suami isteri ini pada tahun 2009, Rasyidah telah berjaya di pengaruhi oleh mereka, dan menyertai Harapan Komuniti dan sepajang penglibatannya di dalam pertubuhan tersebut, pasangan suami isteri ini banyak membantu dari segi moral, spiritual dan kewangan. Mengikut beliau, Raymond Koh adalah seorang yang pemurah dan sangat mudah untuk membantu dengan bantuan kewangan sehingga kehidupan beliau menjadi sangat selesa tanpa masalah keawangan.
Dengan itu hubungan beliau terhadap pasangan suami isteri itu sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan beliau, dan begitu juga beliau di anggap orang kepercayaan Raymond Koh dan isterinya. Pada pertengahan Tahun 2010, Rasyidah bersama 5 orang Islam telah dibaptiskan oleh Raymond Koh, isterinya Suzana dan saorang pastor yang tidak di kenali di sebuah kolam renang berhampiran kawasan perindustrian di Rawang, Selangor.
Mengikut pengalaman Rasyidah, pada setiap penghujung tahun, Raymond Koh bersama isterinya akan organise trip ke Genting Highland untuk mereka yang telah berjaya dipengaruhi di sebuah Villa yang di percayai milik Harapan Komuniti. Pada kebiasaannya jumlah yang akan turut serta dalam rombangan ini lebih kurang 100 orang, dan 50% dari jumlah ini terdiri dari orang-orang Melayu. Dan semasa di situ ceramah-cerama mengenai fahaman kristian akan diadakan disertai kupasan dan petikan dari kitab Injil.
Rasyidah telah dicalunkan oleh Raymond Koh untuk menghadiri kursus menjadi pastor di Sabah yang akan berlansung pada bulan Oktober selama 3 bulan.
Pendedahan yang kedua diperolehi daripada JOSHUA@ JAMALUDDIN BIN OTHMAN. Beliau telah pertama kali menemui Raymond Koh semasa dia tinggal sementara di asrama FAR EASTERN BIBLE COLLEGE (FEBC) di Singapura bersama Raymond Koh ketika menghadiri persidangan ‘OPERATION MOBILIZATION’ (OM) di sana. Pada Dis 1985 hingga Mei 1986, Joshua@ Jamaluddin bin Othman selepas pulang ke Malaysia telah tinggal di rumah Raymond Koh selama 6 bulan di alamat, Jalan SS1/1B, Petalaing jaya, Selangor, yang juga merupakan pejabat OM Cawangan Malaysia.
Aktiviti-aktiviti Joshua semasa itu adalah membantu menjaga urusan OM seperti hantar surat dan menjual buku-buku kristian ke gereja-gereja di seluruh Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan juga menghadiri kelas ‘PERHIMPUNAN DOA’ yang di adakan setiap Malam Isnin yang dipimpini oleh Raymond Koh sendiri, antara agenda perhimpunan doa adalah nyanyian lagu rohani dan membaca bible. Mei 1986, Joshua berpindah keluar dari rumah setelah Raymond Raymond berkawin dan punyai anak.
Pendedahan ketiga – di buat oleh PHILIPS CHEONG @ CHENG AH KOW pada tahun 1984, sering mengadakan perjumpaan ‘PRAYERS GROUP FOR NEGLECTED PEOPLE (NPs) di First Baptist Church, Jalan Pantai, Petaling Jaya, yang turut dihadiri oleh Raymond Koh dan pada tahun 1985 beliau telah dikenalkan kepada Joshua oleh Raymond Koh. Dan pada tahun 1986 dipelawa oleh Raymond Koh untuk memberi ceramah mengenai ‘UNDERSTANDING ISLAM’ di sebuah gereja di Batu Pahat, Johor.
KENYATAAN JOSHUA @ JAMALUDDIN OTHMAN, HILMY HJ. MOHAMED NOR DAN PHILIP CHEONG MENDAKWA 3 INDIVIDU DALAM ISU DUMC ANTARA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN KRISTIANISASI. MEREKA IALAH :-
![]() |
| 1. RAYMOND KOH |
![]() |
| 2. SUZANA @ LIEW SOW YOKE (ISTERI RAYMOND KOH) |
![]() |
| PASTOR DUMC DANIEL HO |
KENALI DAN CAM LAH MUKA-MUKA DIATAS INI, SEKIRA ANDA DI HAMPIRI MEREKA ATAS DASAR MEMBERI BANTUAN, INGAT AKAN AGENDA YANG TERSIRAT UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM.
SASARAN
RAYMOND KOH – Dalang gerakan kristianisasi ke atas orang-orang Melayu Islam dan meletakkan sasaran 1 hari 1 orang.
SASARAN MEREKA IALAH :-
a) Ibu tunggal,
b) Mualaf,
c) Miskin,
d) Pengidap hiv,
e) Mengandung tanpa bapa; dan
f) Sesiapa sahaja yang boleh dieksploit dengan wang ringgit.
![]() |
| Nagadaya Construction Sdn Bhd No. 1 Jalan SS4D/2, Taman Dagang, PJ, Selangor |
![]() |
| NO. 45, Jalan SS5/2, Petaling Jaya, Selangor |
![]() |
| NO. 5, Jalan PJS 10/16, Taman Subang Indah, Subang Jaya, Selangor |
![]() |
| NO. 65, Jalan SS23/33, Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor |
DARI 3 OGOS HINGGA 20 SEP 2011, 189 LAPORAN POLIS OLEH PELBAGAI PIHAK KHUSUSNYA NGO ISLAM MENGGESA SIASATAN DIBUAT TERHADAP DUMC.
|
NEGERI |
Jumlah |
|
| PERLIS |
- |
15 |
| KEDAH |
- |
15 |
| PULAU PINANG |
- |
2 |
| PERAK |
- |
26 |
| SELANGOR |
- |
59 |
| KUALA LUMPUR |
- |
2 |
| N. SEMBILAN |
- |
0 |
| MELAKA |
- |
9 |
| JOHOR |
- |
3 |
| PAHANG |
- |
23 |
| TERENGGANU |
- |
3 |
| KELANTAN |
- |
17 |
| SABAH |
- |
13 |
| SARAWAK |
- |
2 |
| JUMLAH |
- |
189 |
Pastor Daniel Ho tidak bersetuju mca yg bercadang untuk mengadakan protes di DUMC kerana tidak berminat dengan kunjungan parti itu;
Sebagai langkah untuk melindungi penglibatan pihak tertentu:-
i) wujud usaha untuk memujuk Sultan Selangor supaya melihat secara serius masalah yang wujud ekoran tindakan JAIS dan berpendapat ia akan memberi kemenangan kepada kerajaan negeri Selangor sekiranya baginda ‘at least mildly reprimand the reckless JAIS action and instruct officers to be sensitive”;
ii) mewujudkan portfolio keagamaan di bawah pejabat Menteri Besar;
iii) inisiatif mempromosi persefahaman antara agama dan dialog atau aktiviti bersama antara Islam, kristian/buddha dan lain-lain agama. Sebagai contoh penganjuran sukan di antara AJK surau/masjid dengan gereja atau aktiviti perkhemahan disertai remaja Islam/kristian dan dipertanggungjawabkan kepada Saari Sungib dan Fuziah Salleh. Melalui initiatif itu, Pakatan Rakyat boleh menapis persepsi negatif yang timbul dan pada masa sama menunjukkan PR mempunyai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah tersebut;
iv) PR membuat reformasi secara berhati-hati terhadap sistem yang ada sekarang khususnya bidangkuasa JAIS yang bukan dikuasai oleh kerajaan Selangor tetapi di bawah Sultan sebagai Ketua Agama Islam; dan
v) Teresa Kok bimbang tentang isu gereja ini dan berpendapat DAP tidak perlu menyatakan pendirian kerana pada akhirnya ia akan memberi kesan kepada PR secara keseluruhan terutamanya dalam isu penukaran agama. Perkara yang terbaik bagi DAP – pass the bug to PAS dan PKR‘to do the fighting’;
• DUMC bergerak secara haram. Pemimpin PR Selangor telah mengarahkan MBPJ supaya membatalkan operasi menyita gereja. Ronnie Liu turut mengugut akan menukar kakitangan penguatkuasaan MBPJ secara besar-besaran sekiranya operasi diteruskan dan Elizabeth Wong mahu MBPJ keluar kenyataan menafikan tentang operasi haram DUMC;
• Pastor Daniel Ho bimbang MBPJ akan ‘menutup’ pusat komuniti mereka (Dream Centre) atas alasan tidak memiliki permit. Hampir 80% gereja di Malaysia tidak berdaftar dan senasib dengan DUMC dan mereka sedang ‘melancarkan gerakan mencari’ gereja-gereja tersebut untuk dijadikan fakta sokongan kewujudan mereka pada masa depan;
• sebahagian daripada 12 orang Melayu tertekan setelah maklumat peribadi mereka disiarkan dalam media menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Harapan komuniti berusaha membantu mereka mencari rumah sewa;
• Raymond Koh bercadang utk memindahkan ahli keluarganya selepas melapor kepada polis setelah menerima surat ugutan dan peluru;
• pihak gereja akan menyediakan tempat tinggal untuk salah seorang dari 12, dengan membiayai sewa rumah dan RM2,000 sebulan sementara menunggu keadaan reda; dan
• salah seorang dari 12 – tertekan setelah isu DUMC didedahkan kepada umum dan butiran peribadi dipaparkan dalam laman sesawang sehingga dikutuk umat Islam. Juga bimbang mereka akan menjadi sasaran ugutan bunuh oleh anasir atau pelampau agama.
PEMBELA: Syabas Untuk Mu August 24, 2011
Posted by membelaislam in Hina Islam, Rights of Muslims.add a comment
PEMBELA: SYABAS UNTUK MU
kepada aktivis PEMBELA
yang gagah berani meneruskan program di Masjid Shah ‘Alam,
pada petang 17 Ramadhon 1432 H
Syabas PEMBELA;
17 Ramadhon,13 Sebelum Hijrah
Gua Hira’
dari kegelapan perut mu berabad lama
memancar Cahaya Pertama dari Utusan yang mulia
menerangi ‘alam semesta yang gelap gelita
memecah batu-batu celaka disegenap kota dan desa
mematah palang-palang puaka warisan Roma dahulu kala
akan diulang lagi oleh al-Masih ‘Isa.
17 Ramadhon, 8 Hijrah
Badar
di dada bukit batu itu
‘alam menjadi saksi
gerombolan Musyrikun hancur begitu
berkecai bersama tombak dan perisai menjadi abu
dan batu-batu sembahan tidak mampu
mempertahan diri keras membatu.
17 Ramadhon 1432 Hijrah
Masjid Negeri Shah ‘Alam
seribu lima ratus tahun kemudian
gempar seluruh ‘alam, bandar dan rimba
ada berita.
Petualang dan pengkhianat berbicara:
upacara mengambus palang puaka dibatal!
suara keras bertanya: angkara durjana siapa?
serentak menjawab: demi palang puaka!
Sang pengkhianat dan petualang mendamba rasa
Cahaya Kebenaran akan padam, kata mereka
’pabila program yang ditaja mansukh semena-mena
padan muka!
Syabas PEMBELA;
ketika sang pengkhianat dan petualang lari
dengan gema ngonggong
anda jadi galang ganti
tiang seri sejati
tegak kukuh di bumi Ilahi
bagai Hawari pembela ‘Isa
bagai Sahabi membela Nabi.
Syabas PEMBELA;
dalam dakapan Cahaya penuh barakah dan kemuliaan
anda berpencak
bijak
bagai bintang-bintang memagari bulan;
gagah satria
bagai Hamzah di medan perang;
cepat-cepat menjulang Cahaya Kebenaran
tegak kembali dipersada ‘Alam
’pabila sang pengkhianat dan petualang itu
lari lintang pukang
tersembam di tunggul-tunggul palang
penuh hina bukan kepalang.
Syabas PEMBELA;
tegak gagah bagai Gunung Badar
penuh ‘izzah membela Agama mengawal Ummat penuh sedar
suaramu bagai halilintar membelah bumi
memegang panji-panji Kebenaran Abadi
mengibar tinggi di langit Ilahiyy.
Beritau sang petualang dan pengkhianat dan tuan-tuan mereka:
kami penerus Badar
tidak kenal erti pudar
tidak kenal erti penat
tidak kenal erti kalah
tidak kenal erti khianat!
kami kenal Ahli Badar
kami kenal tempat mereka!
kami kenal sang pengkhianat dan petualang!
kami ada. Ada di sini siap siaga
kami pejuang tabah dan gigih
penunggang kuda Kebenaran
dengan sepuluh pedang di tangan
sedia di tunggang ke Jannah al-‘Ula
bukan hemar dan baghal
tunggangan penyembah palang puaka
pengangkut sang petualang dan pengkhianat
ke Putrajaya atau DC atau Tel Aviv.
Syabas PEMBELA;
Panji-panji yang anda julang
dari Masjid Shah ‘Alam 17 Ramadhon petang
memancar Cahayanya menembusi segenap ufuk
tiada tepi tiada batas tiada ceruk
mendakap hati dan darah
setiap Muslim yang bermaruah
serentak suara Takbir gemuruh:
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
kecuali sang pengkhianat dan petualang.
Kibaran panji-panji mu menggerunkan
sang pengkhianat dan petualang
mereka menanti giliran
seperti gerombolan Musyrikun
dihumban ke telaga buta Badar
dikerumuni ulat-ulat kehinaan
dibelit ular-ular jahannam.
Syabas PEMBELA;
Julang lagi panji-panji itu.
Julang lagi.
Julang tinggi-tinggi
tinggi lagi
tinggii laagiiii
laaagiiiiiiiiiiiiiiiii
laaaagiiiiiii tingggiiiiiiii
tinggggggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Nabiyy yang mulia bersabda mengingatkan kita:
al-Islam ya‘lu wa la yu‘la ‘alayh
Islam tinggi dan tiada yang tinggi mengatasinya.
Ketika sang pengkhianat dan petualang berlumba menunjuk diri
dengan gagah penuh bangga mengusung palang kecelakaan
menyungkur mencium tunggul-tunggul puaka
anda wahai PEMBELA
menyalakan api pembakar
membakar palang-palang maknawi
menghidupkan Cahaya petunjuk
menyuluh Ummah dengan bintang-bintang dan bulan
agar terang benderang segenap jalan
tiada celaka dan malapetaka
tidak dihempap palang puaka
tidak ditusuk tombak syirik bermata tiga
tidak dibungkus kain David enam mata
tidak dibakar api berhala.
Syabas PEMBELA;
Anda pembawa Cahaya
tidak padam tidak jua malap
sumbunya dari al-Munawwarah
minyaknya dari pohon Zaytun yang penuh barakah
biar sejuta sang pengkhianat dan petualang melangkah
menghimpun manusia, jin dan setan laga menyanggah
memadu jiwa dan tenaga
berhempas pulas membanting tulang
menghalang.
Syabas PEMBELA Syabas.
Ismail Mina Ahmad
24 Ramadhon 1432 H bersamaan 24 Ogos 2011
Taman Keramat, Kuala Lumpur.
10 Salah Tanggapan Mengenai Kedudukan Islam Di Malaysia August 23, 2011
Posted by membelaislam in Article 11, Artikel 3, Constitution, Rights of Muslims, rights-of-malays.add a comment
Kertas ini telah dibentangkan di “Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara” (SEMAIAN) di Masjid Negeri Shah Alam pada 17 Ogos 2011; ianya pertama kali dibentang di Konvensyen Pemacuan Tranformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia anjuran IKIM dan MAIS pada 5-6 April 2011
**************
10 SALAH TANGGAPAN MENGENAI KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
HAJI MAHAMAD NASER BIN DISA (DAMAI)
Setelah kemerdekaan dan pembentukan sebuah Negara Persekutuan menjangkau lebih separuh abad, kemampuan perundangan Islam Negara untuk menangani segala krisis dan cabaran mega yang sedang melanda Negara masih di tahap yang meragukan. Islam dimartabatkan sebagai Agama Negara, tetapi tahap pematuhan kepada prinsip ajaran Islam tidak dapat dinilai dan dipantau sebagaimana tahap pematuhan kepada prinsip Hak asasi manusia (HAM) yang dipantau oleh sebuah suruhanjaya bebas. Adakah pematuhan kepada prinsip HAM lebih utama dari pematuhan kepada prinsip agama Negara? Adakah agama Negara sudah bertukar dari Islam kepada Negara HAM? Prof Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr Muhd. Kamal Hassan menukilkan [i]–
Krisis-krisis besar yang lahir daripada tamadun manusia moden masakini, antara lain ialah:
a) krisis sistem ekonomi kapitalisme yang meluaskan jurang ketidakadilan dan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin,
b) krisis sistem politik dunia yang, atas nama demokrasi liberal dan hak-hak asasi manusia, mengekalkan ketidakadilan, kezaliman dan penindasan negara-negara yang kuat ke atas negara-negara, masyarakat-masyarakat dan minoriti-minoriti yang lemah, termasuk umat Islam Palestin, Kashmir, Xinkiang, Moro, Chechen dan Patani, dan
c) krisis budaya dan moral yang dijiwai oleh fahaman sekular Barat , modernisme, liberalisme,pluralisme, hedonisme dan pasca-modernisme.
Umat Islam kini berhadapan dengan krisis yang amat besar. Gejala sosial di kalangan umat Islam akibat dari kegagalan memartabatkan agama Islam sebagai agama Negara sebagaimana yang diikrarkan oleh Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengundang berbagai bencana sosial dan kehilangan penguasaan ekonomi yang seolah-olahnya mustahil untuk dicari semula. Selanjutnya Prof Ulung Negara itu meneruskan penjelasan –
Umat Melayu Islam di Asia Tenggara tentunya tidak terlepas daripada cengkaman krisis-krisis besar itu, dan implikasi ke atas sistem pendidikan yang mampu mendepani krisis-krisis besar itu amat serius. Di samping krisis-krisis dalam era globalisasi atau era dominasi sistem kapitalisme dan liberalisme ini, terdapat juga cabaran merebaknya gerakan Kristianisasi, aliran liberalisme atau neo-modernisme di kalangan cendekiawan Melayu Islam di satu pihak, dan ektremisme kelompok-kelompok Muslim radikal di pihak yang lain. Pada masa yang sama aliran budaya hedonistik, konsumeristik, individualistik serta ketagihan dadah atau narkotika dan ketagihan budaya maya di alam siber di kalangan remaja, peningkatan jenayah seks, gejala pembuangan anak dan lain-lain gejala sosial yang mengerikan ternyata semakin meluas. Ringkasnya umat manusia dan umat Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan Greenspan sebagai “The Age of Turbulence”(Greenspan, 2008), suatu zaman dalam mana kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapai kemuncak kegemilangannya dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan (dan yang amat bermanfaat), tetapi kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta pelbagai jenis malapetaka ekonomi, politik, budaya, intelektual dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T., bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaran agama Allah S.W.T. Tamadun timpang dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular Barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam.
Ternyata pola pemikiran yang beroperasi dan menjadi asas budaya dan tamadun hari ini adalah berasaskan pemikiran sekular Barat yang mendominasi pemikiran umat Islam dan pemimpin mereka. Idea-idea barat tentang bentuk Negara dan nature manusia dan masyarakat dipercayai dan dipegang dengan kuat di seluruh dunia Islam. Hal ketuhanan dan keagamaan dilihat dari perspektif hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama dan jauh sama sekali dari prinsip kepatuhan dan penyerahan kepada kekuasaan Ilahi. Di atas kepura-puraan hak kebebasan beragama, ajaran dan pegangan Islam mengenai nature kemanusiaan cuba dihapuskan dari pemikiran umat Islam dan digantikan dengan keagungan kekuatan daya intelektual manusia. Keagamaan hanya dieksploit untuk menghentam Islam dengan berbagai gambaran negative seperti ekstremist, fundamentalist, penindas terhadap wanita, kelompok gay , lesbian, minoriti dan berbagai lagi.
Walaupun begitu besar gelombang cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dan pemimpin mereka, Prof Ulung Negara amat optimis dan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan umat Islam bagi menghadapi berbagai cabaran ini.
Tetapi semua cabaran di atas — dari krisis ekonomi dan kemiskinan, politik, budaya dan moral sampai ke budaya korupsi, kolusi, nepotisme, dan tirani — merupakan dugaan dan cubaan (ibtilaa’) dari Allah S.W.T. bagi menguji kekuatan iman, kekuatan ilmu, kekuatan amal dan kekuatan rohani para Mukmin sejati yang menjadikan cinta kepada Allah S.W.T. dan Rasul serta iltizam untuk berjuang pada jalan Allah S.W.T. (jihaad fii sabiili’Llaah) sebagai nilai tertinggi dalam kehidupan di dunia. Malah cabaran-cabaran itu boleh dilihat sebagai peluang-peluang keemasan pejuang-pejuang pendidikan untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan bagi umat Melayu Islam yang:
a) membawa rahmat ke seluruh manusia,
b) membawa penawar bagi umat yang sedang sakit,
c) pembawa penyelesaian bagi umat yang berpecah, dan
d) mampu mengeluarkan umat dari kubang-kubang korupsi dan kemiskinan, dari jerat kegilaan harta dan kuasa, dan dari tipu muslihat hubb al-dunyaa dan tipu daya tamadun sekular dengan segala jenis deception (al-ghuruur) yang memperdayakan golongan pemimpin dan golongan yang berpendidikan tinggi selama ini.
Inilah ransangan untuk pemimpin umat Melayu Islam bangkit dari kealpaan dan kelekaannya, mengambil semula obor kepimpinan sejagat yang pernah dibawa tamadun Islam zaman silam.
Perubahan pemikiran yang perlu dirintis oleh umat Islam dan pemimpin mereka adalah dengan melakukan pelbagai koreksi atau pembetulan kepada berbagai salah tanggapan yang pada hakikatnya menjadi sumbangan terbesar kepada segala macam cabaran dan permasalahan yang mencengkam umat Islam. Umat Islam berkewajipan untuk melakukan transformasi pemikiran dalam menanggapi sistem perundangan Negara supaya roh sebenar Perlembagaan dapat dicapai dan direalisasikan secara berkesan. Berbagai-bagai persepsi salah yang selama ini membelenggu pemikiran kita wajib diperbetulkan.
Antara salah tanggapan terhadap perkara-perkara asas dalam Perlembagaan yang wajib diperbetulkan oleh umat Islam di Malaysia dalam proses transformasi perundangan Islam ini adalah:
Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.
Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation…”
Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan – demokrasi, sekular dan rasmitidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.
Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah digunapakai dan “diterima” oleh banyak pihak sejak Negara mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan? Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37 Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.
Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yang tidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh ahli politik ketika itu. Namun begitu dalam suasana hari ini di mana agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan?
Berdasarkan fahaman yang tersasar ini pemikiran sekular terus menular dalam pemerintahan Negara. Prinsip dan ajaran Islam tidak mampu mengawal dan dan mengawasi aktiviti pemerintahan Negara sama ada dalam penggubalan dasar atau undang-undang.
Prinsip ajaran Islam tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, serta lain-lain dasar yang pernah digubal. Apabila sahaja disebut tentang Islam, para pentadbir dengan petah dan secepat kilat menolaknya dengan dalihan “kita masyarakat majmuk”, “Islam tanggungjawab Negeri”. Lebih dahsyat dari itu ada yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menjerumuskan kepada kemurtadan – “kalau kita ingin maju, agama perlu ditinggalkan! Sedangkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah tertinggi Negara Dalam kes Lina Joy v Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi [2007] 4 MLJ 585 telah memberikan tafsiran yang lebih luas kepada Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.
Jelas bahawa Mahkamah tertinggi Negara telah mengubah tafsiran Islam yang sempit yang diberikan oleh Tun Mohd Salleh Abas dalam kes Che’ Omar kepada tafsiran yang luas . Akan tetapi kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit itu dan tidak mempedulikan tafsiran yang luas dalam kes Lina Joy.
Salah Tanggapan Ke 2 – Malaysia Negara Sekular
Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.[ii] Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”[iii].
Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan – Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; dan “ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”. Dari tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan dipersetujui iaitu – Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; namun limb ketiga yang berbunyi “tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” telah ditolak dan tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Dengan menggugurkan ayat ini perkataan “sekular” lenyap sama sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara Malaysia berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada sepatah pun perkataan “sekular” yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya kenapa Malaysia masih dianggap sebagai negara sekular?
Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang berbunyi “but other religion may be practiced in peace and harmony in any part of Malaysia”telah menukar pegangan negara dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam? Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang tertinggi negara.
Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran moden sekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme. Ia ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian ulama’ dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular bahawa pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali. Lantas mereka mengambil kesimpulan simplistik – Malaysia Negara sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.
Kedua-dua pendekatan di atas – mengikat pemikiran dengan pengaruh sekular barat dan pendekatan simplistik Perlembagaan sekular – pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua Utama Negara – YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara kerana ia diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah dengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan. Persoalan yang perlu diberikan perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; yang bukan suatu lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya ia adalah satu sumpah yang mengikat.
Ada pihak yang cuba memberikan hujah mengelirukan dengan mengemukakan kes Che’ Omar Che’Soh yang sering digunakan oleh pengamal dan pelajar undang-undang dan sesetengah orang Islam kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia adalah negara sekular. Cerita ini amat mengelirukan sama sekali kerana Tun Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya negara ini negara sekular. Bahkan Tun Salleh memberikan pendapatnya dalam kes berkaitan hukuman mati sama ada bercanggah dengan Islam dan bukan isu sama ada negara ini Islam atau Negara sekular.
Dalam isu ini Prof Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat:
Apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa sebaliknya, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan-tujuan agama.
Salah tanggapan ke 3 – Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan.
Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) – Islam Agama Negara sebagai undang-undang tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap hipocracykelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.
Kewajipan untuk memastikan segala aspek pemerintahan Negara perlu mematuhi prinsip agama Islam bukan sahaja berasaskan kepada kedudukan Islam sebagai agama negara, malah ia bertunjangkan kepada komitmen YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilafazkan dalam sumpah baginda. Sumpah Agong yang perlu dilafazkan selaras dengan kehendak perkara 37 Perlembagaan Persekutuan adalah sepertimana yang dilakarkan dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.
Salah Tanggapan ke 4 – Hak Kesamarataan agama – Equality of Religion
Walaupun Perlembagaan melarang diskriminasi atas dasar agama semata-mata, namun terdapat pelbagai pengecualian dalam hal kedudukan agama-agama. Mahkamah tertinggi Negara dalam banyak kes telah memutuskan bahawa Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama dengan agama –agama lain.
- “…kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai ‘agama bagi Persekutuan’ … Perkara 3 Fasal (1).
Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy
Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah keamanan, namun jika amalannya sudah menampakkan tanda-tanda tidak harmoni dan boleh memecah keamanan, maka amalan berkaitan perlu dihalang. Hakikat ini perlu ditegaskan dan diterima oleh pemerintah dan semua rakyat Malaysia bahawa - Negara Malaysia beragama Islam, bukan sekadar “agama resminya Islam” (sbgmana yang sering disalahtafsirkan) sebaliknya “agama Negara adalah Islam” – “Islam is the religion of Federation” art-3. Hanya Islam agama Negara, Malaysia bukanlah sebuah negara syirik yang menganuti berbagai agama. Malaysia bukan negara pluralisme yang mengiktiraf kebenaran agama-agama lain. Sumpah YDPA atas nama Allah jelas menunjukkan fahaman pluralisme tidak diterima dalam Perlembagaan. Agama-agama lain sekadar agama yang boleh diamalkan dan tiada kewajipan atas kerajaan untuk memelihara atau mempertahankan agama-agama lain.
Justeru, perkara 12(2) Walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan pertubuhan agama-agama menubuhkan institusi mereka sendiri, namun Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.
Suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission-IFC) pernah dicadangkan penubuhannya sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang termasuk ke atas agama Islam.
IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama. Mereka beranggapan kedudukan agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain di sisi perlembagaan negara
Salah Tanggapan ke 5 – Legasi Penjajah yang bercanggah dengan Islam dianggap sistem konventional manakala sistem Islam sekadar alternatif.
Sistem perundangan masih bersandarkan undang-undang common law Inggeris, sedangkan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan yang mewajibkan undang-undang sekular itu diteruskan. Bahkan undang-undang yang membolehkan ia terus bernafas di negara ini selepas Merdeka sebenarbya terletak dalam bahagian Temporary and Transition – Sementara dan Peralihan. Civil Law Act 1956 hanya membenarkan rujukan kepada Undang-undang Inggeris sekiranya keperluan setempat memerlukannya. Rujukan kepada prinsip undang-undang Islam dalam sistem perundangan langsung tidak dikembangkan. Hanya dalam aspek yang mendatangkan keuntungan ekonomi, rujukan kepada Islam diberikan seperti perbankan Islam.
Sistem pendidikan Islam hanya sekadar alternatif sedangkan ia sewajarnya menjadi sistem pendidikan mainstream berdasarkan kepada kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Kolej Islam Malaya yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Raja-raja Melayu serta umat Islam di Tanah Melayu dan Brunei suatu ketika dahulu pernah muncul sebagai Kolej Universiti wakaf yang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1955 dan berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam ternama berterusan “pengsan” hingga kini setelah Fakulti Pengajian Islam UKM ditubuhkan. Dalam hal ehwal pentadbiran pula hingga kini sebahagian besar jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri masih tidak mahu diberikan kepada lulusan agama. Apakah jawapan kita kepada gejala sosial berlaku secara meluas di kalangan remaja Islam? Bukan kah ia berpunca dari sikap pentadbir dan pembuat dasar di kalangan umat Islam sendiri yang sentiasa memandang sinis kepada apa saja yang bersifat keagamaan sedangkan kita juga turut menanggung sumpah Agong atas nama suci allah untuk memelihara Islam.
Salah tanggapan Ke-6 Memperjuangkan Islam dianggap cenderung kepada pembangkang.
Pihak-pihak yang menyuarakan supaya negara ditadbir menurut prinsip dan dasar Islam dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif – golongsan fanatik, pemecah perpaduan, extremist, fundamentalis, terrorist, talibanese dan disisihkan dari arus perdana. Suatu ketika dulu para pendakwah yang lantang menuntut Islam dimartabatkan dinyahkan sama ada dalam kurungan atau ditransfer jauh ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat. Mereka dilabelkan sebagai anti-establishment. Malah terdapat agensi-agensi tertentu yang bersifat nasionalisme dianggap patriotik mendominasi pentadbiran kerajaan melemparkan pelbagai tohmahan kepada golongan pelajar yang cenderung kepada agama, disisihkan dari program-program tertentu. Ada juga sekolah-sekolah, bahkan sekolah-sekolah agama turut serta mengekang para pelajar dari mendalami agama Islam menerusi kegiatan dakwah.
Sekarang apabila kita berhadapan dengan pelbagai tekanan dan cabaran sekularisme hingga menghasilkan gejala sosial yang tidak terkawal dan jurang perbezaan ekonomi yang amat lebar, kelompok nasionalisme ini terus-menerus menyalahkan golongan agama kerana kononnya tidak pro-aktif dalam menyebarkan ajaran agama untuk menyekat gejalan sosial.
Sedangkan hakikatnya pihak-pihak yang berusaha untuk mendaulatkan Islam adalah golongan mainstream yang menepati kehendak Perlembagaan.
Salah tanggapan ke 7 – Islam Tanggung jawab Negeri
Oleh kerana hal ehwal pentadbiran agama Islam secara tradisinya berada di bawah kuasa Sultan/Raja sebagai ketua agama, tuntutan supaya ajaran Islam dipatuhi dalam sebarang penggubalan/pelaksanaan dasar atau undang-undang di peringkat persekutuan sering kali diketepikan atas alasan tanggungjawab memelihara Islam adalah terletak di bawah urusan Negeri. Sedangkan sebahagian besar urusan pemerintahan dan pentadbiran Negara berada dalam senarai Persekutuan. Justeru adalah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk meastikan penggubalan atau pelaksanaan dasar bagi perkara berkenaan mematuhi agama Negara atau tidak menjejaskan agama Negara.
Prof Muhammad Imam ketika mengupas kewajipan mengenai Islam di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berpendapat[iv] –
This provision worded as it is, lends itself to a persuasive interpretation that it casts upon the ‘Federation’ a positive obligation to protect, defend and promote the religion of Islam and to assist, enable and facilitate Muslims, individually or collectively, to order their lives in accordance with the Injunctions of Islam.
Said Maulana S. Abdul Ala Maududi:
A very large part of the Islamic system of law, however, needs for its enforcement, in all its details, the coercive powers and authority of the state. Political power is essential for protecting the Islamic system of life from deterioration and perversion, for the eradication of vice and the establishment of virtue and, finally, for the enforcement of all these laws that require the sanction of the state and the Judiciary for their operation.
Dalam banyak keadaan sesetengah pihak di Persekutuan ataupun Negeri tidak begitu selesa untuk merangka atau melaksanakan dasar atas semangat dan roh bagi bagi tujuan memelihara agama Negara tetapi lebih memberikan penekanan kepada prinsip-prinsip lain seperti toleransi perpaduan, kemajuan material, kecemerlangan duniawi, pengiktirafan antarabangsa, hak asasi dan sebagainya. Dalam memerangi rasuah sebagai contohnya, penekangan lebih diberikan kepada undang-undang dan moraliti tetapi aspek pematuhan kepada ajaran agama amat kurang diberikan. Justeru berleluasalah politik wang, politik projek dan sebagainya yang amat bercanggah dengan prinsip Islam. Dalam hal ini Prof.Ulung Negara menyimpulkan –
Tetapi sekiranya set minda pembuat dasar masih bersifat fragmented dandualistik, dan keutamaan pertumbuhan ekonomi tidak digabungkan dengan keutuhan etika, integriti dan nilai-nilai kerohanian secara serius, masyarakat Melayu Islam akan terus berenang dalam arus perdana yang tidak semuanya menepati tuntutan agama Islam.
Hakikatnya semua pihak yang ada kaitan dengan pemerintahan Negara adalah terikat dengan Sumpah YDPA bagi memelihara Islam sebagai agama Negara ini, Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan menjadikan kewajipan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melafazkan sumpah untuk memelihara agama Islam pada setiap masa. Lafaz sumpah yang dimulakan dengan Wallahi; Wabillahi; Watallahi; itu pada hakikatnya adalah juga mengikat semua pihak yang terlibat dengan urusan pemerintahan Negara ini kerana Baginda adalah Ketua Utama Negara di bawah Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Perkara 39 pula kuasa eksekutif Persekutuan juga terletak hak pada YDPA. Oleh kerana Kabinet dan pekhidmat awam menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA, semua anggota kabinet dan pekhidmat awam terikat dengan sumpah YDPA tanpa mengira kedudukan agama mereka. Sebarang nasihat yang diberikan kepada YDPA di bawah perkara 40 Perlembagaan juga mestilah tidak boleh menjejaskan kedudukan agama Islam.
Salah Tanggapan ke 8 – Pihak Berkuasa Agama Negeri Berada di bawah Kawalan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yan tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak.
Salah Tanggapan ke 9 – Sejarah Islam Negara Bermula pada 1957
Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu, kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke-13 lagi. Fakta ini diteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Fakta sejarah juga membuktikan bahawa semasa Sistem Residen berkuat kuasa di Negeri-negeri Melayu, Raja-raja Melayu tetap berdaulat –
The Resident System did not change the status of the Malay States to be part of British Colony. In 1878 The Colonial secretary has written a letter to the Resident of Pahang –
The Residents have been placed in the native states as advisers, not as rulers, if they upon themselves to disregard this principle, they will most assuredly be held responsible if trouble springs out of their neglect of it.[v]
Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras oleh orang Melayu ketika itu. Justeru, Negeri-Negeri Melayu terus bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terus berdaulat, manakala Residen dan Residen Jeneral British hanya berperanan sebagai penasihat.
Menurut Prof. Dr Abdul Aziz Bari, meskipun perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada 31 Ogos, 1957, bukan bererti bahawa segala bermula di situ. Sebagai contohnya, selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dalam tahun 1948, negeri Melayu mula mempunyai perlembagaan sendiri. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar daripada peruntukan dalam perlembagaan tersebut dikekalkan. Antara perubahan penting yang diperkenalkan ialah peruntukan supaya raja Melayu menjadi raja berperlembagaan.
Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing. Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan Islam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi. Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Negara.[vi]
Mengenai Islam pula, kedudukan Islam adalah penerusan daripada peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu sebelum tahun 1957. Walaupun perlembagaan bertulis boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang baru, penetapan Islam sebagai agama negeri boleh dilihat sebagai usaha untuk mengakui dan menjelaskan nilai dasar negeri Melayu. Sebelum kedatangan British perkara ini mungkin tidak perlu kerana sebelum itu tidak wujud masyarakat bukan Islam yang besar jumlahnya. Mungkin boleh juga dihujah bahawa keadaan sebelum British juga tidak menghendaki perlunya Islam dinyatakan secara rasmi dalam undang-undang tubuh negeri Melayu.
Umat Islam berkewajipan untuk mempertahankan sejarah Kedaulatan Islam yang cuba dihakis oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Ini bagi mengelakkan berulangnya sejarah Kedaulatan Kesultanan Melayu Johor di Singapura yang terhakis dari lakaran sejarah Singapura. Begitu juga cubaan menghakis sejarah kedaulatan kesultanan Kedah di Pulau Pinang melalui My Balik Pulau. Pengajaran perlu diambil dari Hukum Kanun Melayu (Malay Digests) terus menerus dihakis daripada menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan kedatangan Common Law Inggeris.
Kini umat Islam sedang berhadapan dengan cubaan menghakis Kedaulatan Islam dengan mengutamakan salah tafsiran dan salah tanggapan mengatasi peruntukkan sebenar dalam Perlembagaan.Walaupun Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3(1)) memartabatkan Islam sebagai Agama Negara, Malaysia masih dianggap sebagai “Negara Sekular dengan Islam sebagai Agama Rasmi”.
Salah Tanggapan Ke 10 – Berpolitik Secara Islam; Jangan mempolitikkan Islam (political bargaining)
Kebelakangan ini, apabila tanggungjawab memelihara agama Islam dilaksanakan tanpa sebarang pemantauan, wujud kecenderungan sesetengah pihak untuk menggadai kepentingan agama Islam demi meraih sokongan politik. Nama suci Allah tergamak dibiarkan untuk digunakan secara sewenang-wenangnya oleh agama lain atas nama hak asasi manusia. Sedangkan hakikatnya ia sebahagian dari usaha untuk mengelirukan umat Islam dengan merendahkan nama suci Allah yang termaktub dalam al-Quran kepada hanya sebagai terjemahan kepada perkataan god dalam bahasa Inggeris. Justeru, mana-mana pihak berhak menggunakan nama Allah kepada makhluk-makhluk yang mereka anggap sebagai tuhan mereka. Adakah wajar demi kepentingan politik kita membiarkan orang-orang bukan Islam meng”allah”kan apa saja yang mereka anggap tuhan. Tentulah amalan sedemikian boleh mengakibatkan redha kepada syirik. Memang kita amat gembira jika penganut agama lain mahu menganggap Allah sebagai tuhan yang maha tinggi, tetapi perbuatan menyifatkan nama Allah hanya sekadar nama am yang bermaksud tuhan amatlah merbahaya dan satu penghinaan kepada ajaran Islam dan umat Islam yang beriman Allah adalah nama khas yang suci bagi Tuhan pencipta sekalian alam – lafzul jalaalah – bukan sekadar a mere word! ALLAH is the one and only god, other gods are not ALLAH!
Begitu juga keadaannya apabila pertimbangan politik memainkan pengaruh yang penting dalam isu Bible Bahasa Melayu, amatlah tidak wajar isu agama dijadikan bahan political bargaining. Berbagai perkataan bersumberkan ajaran Islam diselewengkan maksudnya dalam bible Bahasa Melayu itu, namun oleh kerana suara umat Islam sudah tidak lagi begitu penting, maka pelbagai pihak cuba menangguk di air keruh dalam situasi politk semasa.
Kesimpulan dan Cadangan
Adalah dijangkakan sekiranya semua salah tanggapan ini tidak diperbetulkan secara menyeluruh dan berkesan, agama Islam akan menjadi amalan ritual yang berpusat di masjid-masjid dan tanah perkuburan sahaja. Pada hari ini fahaman sebegini sudah menular dengan luas di kalangan umat Islam sendiri. Malah tanggapan negative terhadap institusi agama semakin meluas di kalangan generasi muda negara.
Kalau ditafsir secara betul, perlembagaan memberi laluan untuk negara ini menjadi Islam secara total. Sebaliknya jika ditafsir secara liberal, liberal lah jadinya negara ini. Sepatutnya semua dasar, polisi dan undang negara ini perlu digubal atas roh dan semangat artikel 3 – iaitu selaras dengan pegangan agama negara – Islam
Bersandarkan kepada kewajipan Pemerintah untuk memelihara Islam sebagai Agama Negara, kewujudan badan pemantau khusus untuk memastikan semua pihak termasuk pemerintah dan agensi-agensi kerajaan mematuhi prinsip Islam adalah satu keperluan mendesak. Prinsip kedaulatan undang-undang yang diamalkan dalam negara ini sejak merdeka masih berteraskan prinsip Common Law yang terus mengenepikan prinsip agama sekalipun Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan meletakkan undang-undang Inggeris yang diwarisi sebelum Merdeka boleh dipinda dan diselaraskan dengan keperluan semasa. Sex bebas masih dianggap sebagai hak kebebasan asasi sedangkan ia bercanggah dengan akhlak dan moral. Arak masih dijadikan sumber hasil negara dan menjadi hidangan berprestij sedangkan ia menimbilkan pelbagai masalah kepada negara.
Kedaulatan Agama Islam diwarisi oleh Kesultanan Melayu sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Negara Malaysia terbentuk hasil dari permuafakan Raja-Raja Melayu yang mewarisi kedaulatan kesultanan Islam dan bukan atas ihsan penjajah Inggeris. Undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu berpaksikan kepada ajaran Islam (syariah). Mahkamah Rayuan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga pernah memutuskan bahawa Syariah adalah lex loci (law of the land) bagi negara ini. Hakikatnya apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara ini wajib mendaulatkan Agama Islam dan bukan mengamalkan prinsip pluralisme agama. Agama-agama lain bebas untuk diamalkan sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Namun pemerintah tiada berkewajipan untuk memelihara atau memajukan agama-agama lain.
Jika prinsip Hak Asasi Manusia yang tidak dimartabatkan secara nyata dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi sehingga Kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah suruhanjaya, kenapa prinsip Agama Negara (Islam) tiada mekanisme pengawasan khusus bagi memastikan prinsip Islam dihormati dan kedaulatan agama Islam terus dijunjung. Adakah hari ini pemerintah dan rakyat lebih gerun dan akur kepada prinsip HAM yang pada hakikatnya tiada sepatah perkataan pun yang disebutkan dalam perlembagaan? Malah prinsip kemanusiaan berlandaskan ajaran Islam yang dipraktiskan oleh Raja-Raja Melayu dan umat Islam di Tanah Melayu jauh lebih berkesan dan memberikan manfaat kepada semua manusia tanpa mengira Agama.
Prinsip HAM akhir-akhir ini telah melampaui batas agama Negara. Hak kebebasan secara melampau telah dipromosikan hingga menjejaskan hak umat Islam untuk mengamal dan mematuhi ajaran Islam. Tuntutan untuk membolehkan umat Islam murtad, hak kepada LGBT, hak persamaan Gender secara melampau, hak kebebasan dari kawalan ajaran agama, hak kesamarataan agama, dan berbagai tuntutan lagi dikemukakan dalam suasana politik Negara yang dirasakan dapat memberi peluang keemasan untuk menggasak Islam.
Pelbagai tindakan dan kenyataan yang bersifat menghina agama Negara tidak dapat dikuatkuasakan oleh pihak berkuaasa agama Negeri kerana undang-undang mengenai agama Islam yang berkuatkuasa di Negeri-negeri hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam sahaja. Malah kebanyakan warga negara bukan Islam merasakan mereka tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan agama Islam. Justeru pelbagai perbuatan dan kenyataan yang bersifat menghina agama Negara tidak dapat diambil tindakan.
Negara perlu mempunyai sebuah Majlis Negara atau Suruhanjaya di bawah naugan MRR dan YDPA bagi memastikan ikrar dan sumpah YDPA atas nama Allah untuk memelihara agama Negara Islam benar-benar dilaksanakan. Islam tidak sewajarnya dijadikan bahan pertimbangan politik (political bargain). Pendakwaan seharusnya boleh dilakukan bagi mengenakan tuduhan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Dalam isu penyalahgunaan nama suci Allah, lafaz Allah telah diisytiharkan sekadar terjemahan kepada God dalam bahasa Melayu dan pihak yang menuntut berhak untuk menggunakannya. Sedangkan terjemahan sebenar dalam bahasa melayu adalah tuhan. Dalam kes ini, perhatian kepada kewajipan untuk memelihara agama Islam sebagai mana yang disumpah oleh YDPA langsung tidak diberikan perhatian. Sebaiknya prinsip HAM yang dijunjung tinggi.
Majlis atau Suruhanjaya ini bertanggungjawab terus kepada Majlis Raja-Raja melalui Yang Di Pertuan Agong dan bebas dari pengaruh politik. Justeru, ia berhak memberikan teguran dan nasihat berasaskan prinsip Islam kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi nya sama ada secara terus atau melalui laporan tahunan kepada MRR. Ia juga bertanggungjawab mendengar aduan dari mana-mana pihak mengenai apa-apaperkara yang menyentuh prinsip agama Islam secara langsung atau tidak langsung.
Antara objektif yang dapat dikenal pasti bagi penubuhan majlis sebegini adalah seperti yang berikut –
- menjadikan kewajipan kepada semua pihak sama ada kerajaan atau rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa untuk menghormati kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan
- meletakkan kewajipan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri untuk mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan Agama Negeri-negeri dalam merangka dasar dan polisi Kerajaan bagi mengelakkan sebarang bentuk percanggahan dan penghinaan kepada agama Islam.
- Memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara dan sistem hidup yang sempurna yang perlu dilaksanakan dalam semua urusan kehidupan dan bukan sekadar agama rasmi atau agama ritual sahaja.
- Memelihara keluhuran dan kesucian agama Islam selama-lamanya dari sebarang bentuk penyelewengan, fahaman moden yang tersasar atau ajaran sesat yang boleh mengelirukan umat Islam.
- Mengembalikan keutuhan Islam sebagai agama bagi Negeri-negeri Melayu yang tidak pernah dijajah atau dicemari oleh nasihat-nasihat penjajah dan prinsip-prinsip moden Barat
- Menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan kedaulatan Islam dari berbagai-bagai aspek termasuk ekonomi, politik, perundangan, pendidikan budaya dan lain-lain lagi.
Semoga Allah merahmati usaha kecil umat Islam untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara. DAULATKAN ISLAM – AGAMA NEGARA!
[i] PROF. M. KAMAL HASSAN, PENGKAEDAHAN PENDIDIKAN MELAYU ISLAM
[ii] Menurut Suruhanjaya Reid (Report of the Federation of Malaya Constitutional Comission, London, Her Majesty’s Statitonery Office, 1957 No. 330 or the Reid Commission Report) mengenai agama Islam:
’…The observation of this principle shall not impose any liability on non-Muslim natives professing and practising their religions and shall not imply that the State is not a secular State…’
Begitu juga dengan kenyataan daripada Hakim Abdul Hamid, salah seorang ahli Suruhanjaya Reid mengenai ‘Islam as a State Religion’, di mana kata beliau, pada perenggan 11:
‘It has been recommended by the Alliance that the Commission should contain a provision declaring Islam to be the religion of the State. It was also recommended that it should be made clear in that provision that a declaration to the above effect… will not prevent the State from being a secular State…’
[iii] saranan Kertas Putih (White Paper) iaitu:
‘There has been included in the Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the Federation. This will not in no way affect the present position of the Federation as a secular state…’
[iv] FREEDOM OF RELIGION UNDER FEDERAL CONSTITUTION OFMALAYSIA – A REAPPRAISAL, Mohammed Imam ; [1994] 2 CLJ lvii (June)
[v] Colonial Secretary to Residents, May 17, 1878; E.Sadka, The Malay States 1874-1895, p.102.
[vi] PERLEMBAGAAN SEBAGAI SEBUAH PERNYATAAN SEJARAH DAN TRADISI NEGARA, Dr. ABDUL AZIZ BARI Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Usah politikkan isu agama August 12, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Rights of Muslims.1 comment so far
Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
NEGARA kecoh ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke sebuah gereja Kristian di Selangor baru-baru ini. Pelbagai tanggapan negatif dilabelkan kepada JAIS. Sehinggakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pantas memohon maaf dan meminta JAIS mengemukakan kepada beliau laporan penuh berkaitan insiden tersebut.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan PEMBELA (gabungan NGO-NGO Islam di Malaysia) memantau situasi ini dengan penuh teliti.
PPMM memandang berat terhadap kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin politik sebagai reaksi susulan terhadap penyiasatan Pasukan Penguatkuasaan (JAIS) ke atas Dream Centre, yang didakwa dimiliki Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos 2011 tersebut.
PPMM juga agak musykil dengan kenyataan-kenyataan yang menggunakan istilah mengelirukan seperti telah berlaku storm, raid dan barge serta tindakan seumpamanya. Sedangkan pada hakikatnya, JAIS dan polis telah terlebih dahulu berunding dengan penganjur lebih sejam sebelum melaksanakan tujuan pemeriksaan. Ia untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam di kalangan hadirin majlis tersebut.
Kenyataan ramai termasuk Menteri Besar boleh disifatkan sebagai campur tangan politik dalam hal ehwal agama Islam yang dipayungi kuasa Sultan.
Kenyataan Menteri Besar yang bersifat apologetic amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan.
Kenyataan dibuat oleh Menteri Besar tanpa mendapat maklumat penuh berkaitan dengan perkara sebenar yang berlaku. Perkara sebegini amat memalukan, apatah lagi apabila pemimpin negeri yang mengutarakannya.
Melihat pada respons sebahagian besar daripada pemimpin politik yang mempertikai peranan dan tugas JAIS, PPMM berasa terpanggil untuk menzahirkan rasa kesal atas kejahilan (ignorance) berkenaan hakikat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah sepanjang sejarah negara, hatta sebelum kemerdekaan sekalipun, urusan berkaitan Islam tidak pernah diletakkan di luar naungan Sultan-Sultan dan diambilalih pemimpin politik. Hakikat ini mestilah dihormati dalam pemimpin memberikan sebarang komen demi memberikan keadilan terhadap semua pihak dalam menilai isu ini.
Objektif utama hal ehwal Islam diletakkan terus di bawah payung baginda adalah bagi menghindari hal ehwal Islam dijadikan bahan politik pihak yang berkepentingan. Tetapi objektif ini langsung tidak dihormati oleh Menteri Besar Selangor.
Susulan hakikat ini, PPMM membuat penegasan bahawa tindakan JAIS dilakukan di bawah ruang lingkup peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
Pemeriksaan tersebut adalah jelas berdasarkan pada aduan yang harus diselidiki pihak JAIS sebagai pihak yang diberikan kuasa dan bertindak mengikut lunas dan peruntukan undang-undang. Ternyata kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berdasarkan fakta-fakta serta tidak bertanggungjawab serta bermotif jahat untuk merendahkan kedudukan Islam di negara ini.
PPMM sekali lagi menegaskan bahawa dalam hal dan urusan melibatkan pentadbiran Islam, tiada sesiapapun yang sepatutnya campur tangan, khususnya mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mengelirukan dan membawa pada penghinaan terhadap Islam dan institusi Islam.
PPMM menggesa semua pihak, terutamanya pemimpin politik tanpa mengira parti agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan komen terhadap isu ini.
PPMM juga menggesa agar pihak JAIS diberikan ruang seadilnya untuk menyelesaikan siasatan dengan lengkap dan sekiranya terdapat kes yang boleh dibawa ke ruang pengadilan maka proses undang undang hendaklah mengambil tempat sewajarnya (due process of law).
Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang sering berbeza pandangan dengan Exco Agama Selangor juga amat mendukacitakan. Tanpa apa-apa pengetahuan, Ahli Parlimen Shah Alam tersebut telahpun membuat keputusannya walaupun siasatan JAIS masih lagi belum selesai.
Adalah amat tidak adil menghentam JAIS di dalam tindakan di dalam bidangkuasa mereka. Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 apabila mendapat aduan melalui Borang 5 tentang wujudnya suatu perlakuan kesalahan jenayah syariah, pegawai penguatkuasa agama mempunyai hak untuk mengadakan siasatan.
Isu Kristianisasi : Antara Perlembagaan Persekutuan, JAIS, Hasan Ali, Khalid Samad Dan PAS. August 8, 2011
Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Hina Islam, Rights of Muslims.add a comment
sumber: http://suarajagat.wordpress.com/
Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa. SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor.
Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)
Ingin saya tegaskan, tindakan JAIS tersebut bukanlah menidakkan kebebasan beragama di negara kita sebagaimana kandungan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan :
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.
Tetapi JAIS bertindak sebagaimana jelas di dalam Artikel 11(1) di atas yang menyebutkan ‘tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Apakah kandungan Fasal (4) berkenaan? Untuk pengetahuan pembaca, yang dimaksudkan dengan Fasal (4) tersebut ialah Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan :
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Di sini, kita dapati bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga mendapati, sekalipun hukum hudud belumterlaksana di negara ini, namun peruntukkan Perlembagaan telah menetapkan ruang perundangan untuk pihak berkuasa hal ehwal agama Islam mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keutuhan akidah ummah. SJ melihat peruntukkan Artikel 11(4) ini mempunyai hikmah yang significant dengan pelaksanaan dakwah islamiyyah, serta hukuman qisas dan takzir di mana ulama berpendapat seseorang yang terlibat dengan gejala murtad tidak terus dijatuhi hukuman hudud tetapi hendaklah didakwahkan dan diperbetulkan akidahnya agar kembali kepada agama Islam yang suci. Maka yakinilah bahawa Datuk Hasan Ali dan JAIS telah melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan ajaran Islam.
Anehnya, ada sebilangan umat Islam sendiri yang mengherdik dan menghentam tindakan JAIS, malah lebih parah lagi turut mengutuk Datuk Hasan Ali dengan pelbagai lemparan fitnah serta tomahan.

Antaranya ialah Dato’ Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam yang sebelum ini pernah menyokong tuntutan gereja Kristian menggunakan kalimah ALLAH dan mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengedaran kitab Bible berbahasa Melayu di negara ini. Laporan Malaysia Insider bertarikh 5 Ogos 2011 (sila rujuk di sini dan di sini ) melaporkan Khalid sebagai berkata kenyataan Datuk Hasan Ali hanya pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.
Dari kenyataan rasmi Datuk Hasan Ali, dan kata-kata Dato’ Khalid Samad itu, kita dapat menilai bahawa Datuk Hasan Ali berpendirian menyelamatkan akidah ummah manakala Dato’ Khalid Samad yang lebih membawa pendirian PAS bermaksud PAS berpendirian untuk mempertahankan gejala kristianisasi di Malaysia khususnya di negeri Selangor.
Sebenarnya saudara, perbandingan yang dibuat oleh Dato’ Khalid Samad yang menyebut hadis Rasulullah s.a.w semasa peperangan agar tidak menyerbu tempat ibadah berada di luar konteks. Jika diteliti kembali, Rasulullah s.a.w berpesan agar tidak merosakkan tempat ibadah bukan Islam dan tidak bertindak ke atas golongan bukan Islam yang berada dalam rumah ibadah mereka.
Ternyata bahawa tindakan JAIS memasuki serta membuat pemeriksaan di Dream Center tempoh hari setelah berbincang dengan pihak penganjur yang mana dikatakan pihak penganjur tersebut adalah orang Islam juga (klik di sini )! Tahukah anda, pihak penganjur dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kerap berdalih, sekejap mengatakan bahawa itu adalah gereja dan kemudiannya mengatakan ia hanya satu pusat komuniti sahaja. Tambahan pula, setelah semakan dibuat dengan MPPJ, didapati TIADA GEREJA di seksyen itu!! Ini bermaksud DUMC boleh dikatakan sebagai ‘gereja hantu’.
Maka terbuktilah JAIS tidak merosakkan gereja dan tidak mengapa-apakan orang bukan Islam, tetapi sebaliknya bertindak ke atas orang Islam yang berada di dalam premis berkenaan. Ini membuktikan JAIS tidak menyalahi hadis Rasulullah s.a.w dan terbukti juga bahawa Khalid Samad telah memperguna, mempermain, dan memperkotak-katikkan hadis Nabi Muhammad s.a.w untuk tujuan bersekongkol bersama pihak gereja!
Kisah Perdana Menteri Malaysia bertemu Pope Benedict di Vatican City seperti yang dinyatakan Khalid juga berada di luar konteks kerana Perdana Menteri bertemu Pope Benedict dalam usaha membincangkan isu keamanan sejagat dan bukannya menghadiri suatu majlis yang bertujuan memesongkan akidah ummat seperti mana yang dihadiri oleh orang Islam di Dream Center terbabit.

Perlakuan memperolok ayat al-Quran dan hadissecara literal dan di luar konteks sememangnya menjadi mainan golongan liberal dalam rangkamemesongkan umat Islam… Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin juga nampaknya lebih pro kepada misi kritianisasi dan menyalahkan pihak berkuasa (sila baca di sini). Dr.MAZA seringkali menghentam orang dengan cara menangguk di air keruh. Apa yang dinyatakan oleh MAZA juga berada di luar konteks, kerana JAIS dan Datuk Hasan Ali bercakap tentang masalah pemurtadan, tetapi beliau bercakap tentang halal haram bantuan dan pengagihan zakat.
Lupakah kita bahawa pengagihan zakat perlu melihat kepada asnaf dan perkara ini mesti diteliti serta dilakukan secara terperinci, bukan ‘semua minta semua dapat’.
Apakah selama beliau menjadi mufti Perlis dahulu telah menjadikan umat Islam Perlis makmur dengan agihan zakat sehingga tiada rakyat miskin sepertimana ketika zaman Umar ibnu Aziz? Mungkinkah MAZA bersuara atas faktor dendam terhadap penangkapan beliau oleh JAIS di Ampang dahulu? Dan mengapa MAZA tidak pula mahu menilai sama ada perlakuan orang Islam menganjurkan program di ‘gereja’ dan makan malam bersama dalam majlis pemesongan akidah sebagai suatu sunnah ataupun bidaah?(sebagaimana yang sering beliau lakukan ke atas pelbagai perkara).
Adapun kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada, juga menjauhi individu-individu sedemikian. Sebagai umat Islam, marilah kita merapatkan saf dan memberi sepenuh sokongan kepada JAIS dan Datuk Hasan Ali yang tetap teguh menyelamatkan akidah umat biarpun dihina oleh ‘kawan’ sendiri.
Salah satu kaedah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan ‘tangan’, sebagaimana terdapat di dalam hadis soheh, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abu Said al-Khudri r.a, berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman.” – [Diriwayatkan oleh Imam Muslim #49]
Datuk Hasan Ali dan JAIS telah bertindak selaras dengan hadis di atas. Wallahualam.







