Yoga secara sistematik haram – Majlis Fatwa November 22, 2008
Posted by membelaislam in Uncategorized.Tags: Fatwa, haram, Hindu, JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, pesong akidah, yoga
add a comment
dari:Harakahdaily – Sat | Nov 22, 08 | 2:23:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Dato’ Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. – mks._
Yoga pesong akidah October 30, 2008
Posted by membelaislam in Uncategorized.Tags: Fatwa, haram, Hindu, JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, pesong akidah, yoga
2 comments
dipetik dari Berita Harian
GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.
“Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan,” katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.
“Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.
“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” katanya.
Usaha Mengarakkan dewa Murugan ke kawasan Masjid India August 1, 2008
Posted by membelaislam in Uncategorized.Tags: Hindu, Islam, Masjid India, Murugan, Thaipusam
1 comment so far
Satu demi satu umat kita diasak. Satu asakan terbaru yang diusahakan oleh pihak agama Hindu ialah untuk mengubah perarakan patung dewa Murugan mereka untuk sambutan hari Thaipusam tahun hadapan, supaya dapat memasuki kawasan sesak di dalam bandar yang majoritinya di situ adalah umat Islam.
Satu permohonan telah dibuat dengan sokongan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengusulkan agar patung dewa mereka ini dapat melalui kawasan kependudukan padat Muslim seperti Masjid India. Usaha seperti ini MESTI dibantah oleh umat Islam.
Beberapa persatuan peniaga dan persatuan penduduk di kawasan tersebut dikatakan telah menyuarakan bantahan mereka. Namun suara mereka yang kecil ini belum dapat didengari oleh pihak atasan. Mereka amat memerlukan sokongan kita untuk menyatakan bantahan agar permohonan untuk membenarkan laluan baru untuk perarakan patung Murugan yang hanya sekitar beberapa bulan lagi.
Bukan sahaja ianya sengaja dilakukan untuk “provoke” umat Islam di bandaraya Kuala Lumpur tetapi juga bakal menyusahkan peniaga serta penduduk sekitar dengan penutupan jalan dan kesesakan yang bakal berlaku di kawasan yang sedia sempit.
Sayugia NGO-NGO Islam bergabung menyatakan bantahan permohonan ini. Segerakanlah bantahan samada secara berpersatuan mahupun sevcara individu.