jump to navigation

JAIS pantau dua lagi kumpulan Syiah December 19, 2010

Posted by membelaislam in ajaran sesat.
Tags: , , , , ,
add a comment

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Selepas menyerbu kegiatan satu ajaran sesat Syiah tegar di Batu Caves kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau dua lagi kumpulan ajaran berkenaan di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

“Kita percaya ada lagi kumpulan ajaran sesat itu khususnya di Selangor. JAIS juga menyiasat di negeri-negeri lain seperti Kedah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kumpulan ajaran sesat Syiah yang ditumpaskan itu, menurutnya, JAIS sedang mengesan pengikutnya di negeri-negeri lain.

“Situasi itu amat membimbangkan kita memandangkan kegiatan ajaran sesat tersebut turut berlaku di beberapa negeri lain.

“Pelbagai tindakan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan ajaran sesat tersebut daripada terus berkembang,” katanya.

Katanya, kumpulan yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu merupakan kumpulan pertama ditahan oleh JAIS.

“Bagaimanapun dikhuatiri masih ramai lagi pengikutnya bergiat aktif menyebarkan ajaran itu. Ada juga daripada mereka merupakan warga asing iaitu Myanmar dan Indonesia.

“Mereka pada mulanya terdiri daripada jumlah pengikut yang kecil dan berkembang sehingga membentuk pelbagai kumpulan dari pelbagai negeri,” ujarnya lagi.

Muhammed Khusrin memberitahu, kumpulan itu juga mempunyai kaitan dengan ajaran sesat dari luar negara.

“Ini berdasarkan penahanan seorang lelaki warga Iran yang menyampaikan khutbah kepada kumpulan tersebut,” katanya lagi.

Mengulas perkembangan siasatan kes itu, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik premis yang dijadikan lokasi bagi kegiatan kumpulan tersebut.

“Semakan akan dibuat di pejabat tanah dan Majlis Perbandaran Selayang bagi menyiasat status tanah dan bangunan tersebut,” ujarnya lagi.

Tambahnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan polis sekiranya terdapat kes jenayah yang membabitkan kumpulan tersebut.

Kelmarin, kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara ditumpaskan berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu, dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

‘SIS hina Islam’, JAIS tak berganjak March 17, 2010

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , ,
add a comment

Khutbah yang disampaikan setiap Jumaat di masjid seluruh Selangor adalah berdasarkan fakta dan berkisar isu yang berbangkit dalam masyarakat Islam termasuk isu sebatan syarie ke atas tiga wanita Islam yang dibidas oleh Sisters in Islam (SIS), kata seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, khutbah Jumaat juga turut memfokuskan isu berkaitan masyarakat Islam yang timbul untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam.

“Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.

“(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam,” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor.

Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu “menghina Islam”.

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan “prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri.”

Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari “pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam”.

Pada khutbah Jumaat yang bertajuk “Isu Menghina Sebatan Syarie” yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi: (teks penuh di sini)

“Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

“Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut”.

sumber: Malaysiakini

Komen dari ‘Rasul Melayu’ September 16, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , ,
add a comment

Di awal pagi tadi blog ini menerima komen dari seorang yang mengaku Kahar ‘Rasul Melayu’.  Dengan komen yang panjang lebar serta menyesatkan kami tidak dapat siarkan. Turut serta diberi alamat blognya.

Alhamdulillah, sepertimana yang telah dilaporkan dalam posting di bawah, kini dia ditahan di Penjara Kajang sehingga tarikh pembicaraan.

Syabas di atas tindakan pantas JAIS.

Rasul Melayu Bakal Beraya Dalam Penjara September 16, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , ,
1 comment so far

SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) — Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini , Rabu memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.

Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

“Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin,” katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

“Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

“Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan,” katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai “rasul orang Melayu di zaman ini” sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: “Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan” dan “Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi”.

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

– BERNAMA

‘Malay Prophet’ nabbed for deviant teachings September 16, 2009

Posted by membelaislam in ajaran sesat.
Tags: , , ,
add a comment

dari The Star

SHAH ALAM: The Syariah High Court issued a detention order against self-proclaimed “Rasul Melayu” (Malay Prophet) Abdul Kahar Ahmad for alleged deviant teachings pending a hearing on Oct 7.

Syariah Judge Abu Zaky Mohammad made his ruling on Wednesday after finding Abdul Kahar guilty of failing to appear in court after being first charged at the Syariah High Court here in 2005 for five charges under the Selangor Syariah Criminal Enactment.

The detention order is only valid for eight days, so the judge fixed Sept 24 for mention to enable the prosecution to apply for an extension of his detention, The Star’s Malay portal mStar reported.

Abdul Kahar, 59, was detained by the Selangor Religious Affairs Department at his house near Sungai Long, Kajang at about 9.45am Wednesday.

He is now being held at the Sungai Buloh Prison.

During Wednesday’s proceedings, Abdul Kahar — who was not represented by any counsel — pleaded for the court to allow him out on bail so that he can celebrate Hari Raya with his family until the hearing date.

The judge did not allow bail.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers