Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam dan Membantah Bible Bahasa Melayu April 14, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Hina Islam, Rights of Muslims.Tags: bantahan, Bible Melayu, kedaulatan Islam, Kristian, Masjid Negara, Pembela
add a comment
Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam
dan Membantah Bible Bahasa Melayu
Anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Masa:
Selepas Solat Jumaat 15 April 2011
Tempat:
Perkarangan Masjid Negara
Nyatakan sokongan anda
“Bersama Pertahankan Kedaulatan Islam – Perkasakan Suara Umat Islam”
Apakah Benar Umat Kristian Sudah Muak? March 28, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Hina Islam, Kes Kalimah Allah, Rights of Muslims.Tags: Bible Melayu, Dang Wangi, Kristian, laporan polis, muak
1 comment so far
Apakah umat Kristian benar-benar sudah muak atau mereka sudah melampau dan sengaja menghasut?
Apakah mereka sengaja menumpang gelombang pilihanraya di Sarawak dengan kaedah mendesak untuk masing-masing parti yang ingin meraih undi terpaksa mengorbankan serta menghakis hak umat Islam?
Tonton video rakaman ulasan Sdr. Dr. Yusri Mohamed berhubung isu ini selepas membuat laporan di Balai Polis IPD Dang Wangi pada petang 28hb Mac 2011.
Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS July 31, 2008
Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Rights of Muslims.Tags: Article 11 (4), Artikel 11, bantahan, Idris Jala, Kristian, laporan polis, Memurtadkan, Pramugari MAS
33 comments
Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.
Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.
Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada
Dato Idris Jala Pengarah Urusan Malaysia Airlines 1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport 47200 Subang, Selangor DE Fax: 03-78439400 Tel: 03-78404801Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Article 11 (4)
State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.
Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.


