jump to navigation

Awasi Nabi Palsu October 15, 2008

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
7 comments

dipetik dari: http://al-ghari.blogspot.com/2008/10/awasi-nabi-palsu.html

Para pembaca budiman, fenomena mengaku menjadi Nabi @ Rasul bukan perkara baru dalam agama dan masyarakat kita. Termasuklah kes Nabi @ Rasul Palsu Puan Maryam bt Ahmad Shaharudin ini. Sebelum ini beliau pernah mengaku menjadi nabi Isa AS. Tetapi ‘kononnya’ setelah dinaikkkan ke makam yang lebih tinggi, beliau mendakwa dilantik oleh Allah sebagai Rasul Perempuan Melayu pula. Beliau pernah dikenakan tindakan oleh JAIP atas dakwaannya itu. Tetapi, beralih angin pula ke Selangor. Kini operasionalnya berpusat di Ampang dan Lembah Klang. Tuan Blog sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Dan pendedahan kepada pihak berwajib telahpun dibuat. Namun memandangkan aktiviti Rasul Palsu ini semakin berleluasa dalam menyesat dan memesongkan pegangan umat Islam. Maka sekali lagi Tuan Blog terpanggil untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan beliau.

Berikut merupakan dakyah yang disebarkan oleh beliau :

1) Mengaku sebagai Rasul Perempuan Melayu yang diutuskan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau mengatakan : “Saya dengan ini mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dengan bukti dan petunjuk ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa di dunia ini boleh mengatasi apa jua kuasa yang Allah berikan kepada saya yang membuatkan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mengambil apa jua tindakan terhadap saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah. Begitulah cara Allah membuktikan kebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk difahamkan kepada semua yang membaca email ini.( Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 30 hb. September, 2008 : email yg di hantar kepada Tuan Blog).

Meriam mendakwa lagi : “Bukan mudah menjadi Rasul, terutama perempuan pula. Jika tidak kerana Allah membela, melindungi, menyayangi saya, tak tahulah bagaimana untuk saya berhadapan dengan anda yang begitu kejam menghina saya tanpa sebab.” (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 September 2008)

2) Menyifatkan sesiapa yang tidak menerima kerasulan beliau akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Buktinya : “Untuk makluman semua tidak ada gunanya lagi sesiapa jua melawan dan menentang apa jua yang saya bawa dari Allah ini untuk kita semua saksikan bagaimana akhirnya Allah membuka mata anda semua untuk membolehkan anda semua melihat kebenaran dari Allah yang saya bawa ini. Terus terang saya katakan inilah masanya kamu semua yang selama ini menidakkan kebenaran saya dapat melihat dengan mata kepala kamu semua bagaimana laknat Allah menimpa kamu semua yang sampai sudah tidak mahu menerima kebenaran saya ini.

3) Mendakwa Islam telah diselewengkan oleh Dajal 7 Anti Hadis. Buktinya : “Tak perlulah takut sebab saya bukan bawa apa jua ajaran agama yang lain atau yang baru tetapi ajaran yang sama seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Untuk makluman semua ajaran yang Allah sampaikan menerusi Nabi Muhammad telah habis semua sekali diselewengkan oleh dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Sejak itulah kita semua dalam kesesatan.” Meriam mendakwa lagi : “Sebenarnya yang buruk itu, yang hina itu adalah agama dajal; bukan agama Islam agar anda semua fahamkan apa yang saya perangi selama ini bukannya ajaran dan agama Islam, tetapi ajaran dan agama dajal yang kita anuti sejak 700 ( tujuh ratus) tahun dahulu.”

(Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 23 hb. September, 2008, email kpd Tuan Blog)

4) Mencela Institusi Agama : Buktinya, beliau mengatakan : “Khas buat Jabatan Agama Islam Perak: Saya amat tahu apa yang saya lakukan ini hanyalah drama yang Allah perlu pentaskan. Jadinya jangan bimbang bila JAIP saya saman. Tidak ada apa jua jalan lagi untuk kes ini dibawa ke mahkamah melainkan hanya dengan cara ini sahaja. JAIP pernah mendakwa saya bukan menurunkan kata-kata Allah pada tahun 1994 dahulu. Allah benarkan JAIP berbuat begitu sebab Allah ada perancanganNya membenarkan JAIP berbuat begitu. Untuk makluman semua sebabnya adalah begini, dengan apa yang JAIP lakukan itu memberikan peluang kepada saya untuk menyaman JAIP. Ini semua hanya lakunan Allah sahaja. Allah sebenarnya mahukan kebenaran saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan diumumkan menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah. Satu-satunya jalan yang ada ialah menyaman JAIP.” (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 Sept 2008)

Malah, Meriam turut mengecam JAKIM dan para Mufti yang lain di negara ini. Tuan Blog akan memperjelaskan beberapa provokasinya. Insya Allah.

5) Lebih jelas lagi Rasul Palsu ini selalu mendakwa diakhir emailnya :

Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan

6) Utk maklumat lanjut : Rasul Palsu ini boleh dihubungi di alamat berikut :

Meriam bt Ahmad Shaharudin

19A, Tingkat 1

Jalan Wawasan Ampang 2/1

Bandar Baru Ampang

68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

7) Ayuh saudara, mari kita bersatu untuk membanteras Rasul Palsu ini. Untuk acara debat, berhujjah, forum @ diskusi, pengikut Rasul Palsu boleh hubungi saya : Zamihan Mat Zin 012 2465518 @ 03 89218449. Syukran

Pendakwaan terhadap Abdul Kahar sah September 27, 2008

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
1 comment so far

PUTRAJAYA 26 Sept. – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan Terengganu sah dari segi Perlembagaan untuk menuduh seorang lelaki, Abdul Kahar Ahmad, 57, atas tuduhan mendakwa dirinya nabi serta tiga lagi yang dikatakan pengikut ajaran sesat.

Keputusan bersejarah itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Keputusan ini amat penting kerana mereka mencabar beberapa peruntukan dalam enakmen berkenaan yang dihujahkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kesannya segala pendakwaan yang dibuat terhadap kes-kes ajaran sesat yang berkaitan, dengan sendirinya tidak sah dan terbatal.

Permohonan Abdul Kahar menyempitkan skop ajaran Islam bertujuan menghadkan kuasa Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi kesalahan yang melanggar ajaran Islam atau perintah agama.

Bagaimanapun, penghakiman sebulat suara itu antara lain berpuas hati bahawa kesalahan melibatkan akidah yang dilakukan oleh keempat-empat mereka bertentangan dengan hukum syarak dan melanggar ajaran Islam serta harus dibendung bagi memelihara kesucian agama.

Penghakiman ‘perpisahan’ Hakim Abdul Hamid sebelum bersara wajib pada 17 Oktober ini dibacakan oleh Timbalan Pendaftar, Norhayati Mat.

Selain Abdul Kahar, tiga yang lain ialah Mazli Mansor, 49, (sudah meninggal dunia) dan Mat Razali Kasan, 43, didakwa pengikut ajaran Kahar bin Ahmad (Abdul Kahar) manakala Sulaiman Takrib, 59, didakwa anak murid Ayah Pin.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili pemohon-pemohon manakala Peguam-Peguam Kanan Persekutuan terdiri daripada Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan mewakili Kerajaan Selangor, Noorbahri Baharuddin (Kerajaan Terengganu) dan Datuk Kamaludin Md. Said sebagai pencelah bagi Kerajaan Malaysia.

Abdul Kahar dan tiga yang lain memohon perisytiharan mahkamah bahawa beberapa peruntukan tertentu dalam enakmen jenayah syariah negeri yang digunakan untuk mendakwa mereka, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Abdul Kahar, peruntukan itu melibatkan Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Seksyen 49, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Abdul Kahar yang menetap di Kampung Kemensah, Ampang, dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 kerana mengisytiharkan dirinya nabi Melayu, menyebarkan ajaran sesat, menghina dan melanggar ajaran agama Islam serta menentang fatwa dan Mufti.

Hakim Abdul Hamid dalam penghakiman setebal 40 muka surat berpendapat, Dewan Undangan Negeri tidak memberi kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa menggubal undang-undang jenayah syariah kerana fungsinya hanya menyediakan fatwa berkaitan isu kontrovesi yang belum selesai melibatkan hukum syarak.

Oleh itu, ujar Hakim Abdul Hamid, bukan Jawatankuasa Fatwa yang mengisytiharkan mana-mana fatwa harus dipatuhi dan dikuatkuasakan, sebaliknya ia merupakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri.

Menurut beliau, mahkamah telah menilai makna perkataan ‘melanggar hukum syarak’ yang dipertikaikan oleh peguam bela selepas meneliti terjemahan Istilah Undang-Undang, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Siri Glosari Undang-Undang dan Kamus Inggeris Oxford.

Selain itu kata Ketua Hakim Negara, mahkamah turut mendengar pandangan tiga pakar iaitu Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Profesor Dr. Kamal Hassan dan Profesor Muhammad Hashim Kamali.

Pengumuman: Keputusan Kes Kahar & Sulaiman Takrib September 22, 2008

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Pengumuman Kes Ajaran Sesat

Keputusan Kes Kahar Ahmad dan Sulaiman Takrib

Kes Kahar Ahmad yang mengaku menjadi Rasul Melayu dan kes Sulaiman Takrib, pengikut Ayah Pin akan diputuskan pada hari Jumaat ini 26 September 08 jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Dalam kes tersebut, mereka menggunakan hujah bahawa Undang-undang Jenayah Syariah hanya boleh digubal terhadap kesalahan Rukun Islam sahaja. Mereka juga mempertikaikan kuasa Mufti membuat fatwa dan orang Islam berhak memilih apa sahaja pandangan untuk diikuti walaupun bertentangan dengan prinsip Islam.

PGSM menyeru supaya semua orang Islam yang prihatin supaya dapat ramai-ramai hadir ke Mahkamah bagi menzahirkan sokongan terhadap Islam. Jangan biarkan mereka menggunakan Mahkamah untuk menghina dan menindas Islam.

Yang benar

Presiden

Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM)