jump to navigation

Muslim youth group seeks court order against Sisters in Islam March 22, 2010

Posted by membelaislam in Rights of Muslims.
Tags: ,
add a comment

TAHNIAH DEWAN PEMUDA MASJID!!!

**************************************

KUALA LUMPUR: The Malaysian Assembly of Mosque Youth (MAMY) is applying to get an order from the High Court to prevent SIS Forum (Malaysia) from using Sisters In Islam as the name and identity of the organisation.

The non-governmental organisation filed a civil action against SIS Forum (Malaysia) through their lawyer Sahlan Saruddin on Monday.

In their originating summons filed Monday morning, MAMY stated that it wanted to seek a declaration that the valid name for the organisation under the law is not Sisters In Islam.

It is also applying for an order to prevent the respondent from using Sisters In Islam as their name and identity in all pamphlets, correspondence (letters), publications and/or statements whether on the Internet, in print or electronic media.

It is also seeking to get an order to force the respondent from removing the name from its website, printed materials and publications.

Apart from asking for costs and further relief deemed fit by the court, it also wants to prevent the respondent from circulating printed materials in such a manner.

In an affidavit filed in support of the application, its executive director Mohd Taqiuddin Abdullah said a check with the Companies Commission of Malaysia (SSM) revealed that the respondent was registered under the name of “SIS Forum (Malaysia)” and not “Sisters in Islam”.

Besides that, he said the “Memorandum of Association” of the respondent did not state that the purpose of the setting up of the organisation was for the Muslim women but as a secular-feminist movement supporting equal rights between man and women.

Furthermore, he said, the use of the word “Islam” was controlled and limited by the Registrar of Companies and could only be used after getting permission from the SSM and related government agencies.

He claimed that the respondent had often issued statements that contradicted with the teachings of Islamic.

He contended that the actions of respondent in using the name and identity had confused people locally and aboard.

Among others, he said MAMY was a non-governmental organisation with the aims of protecting the Islamic teachings and correcting any violation of law over the matter.

He said the use of the name freely had violated the Company Act 1965.

MAMY de facto leader Dr Muhammad Nawar Ariffin also told media that the organisation, that has 5,000 members in the country, was concerned over the use of the name and would also write a letter to the relevant minister and the registrar of companies to take appropriate action over the offence and “misrepresentation”.

From the Star – By M. MAGESWARI

posting berkaitan sebelum ini:

‘SIS hina Islam’, JAIS tak berganjak

Usul mengharamkan Sisters-in-Islam

‘SIS hina Islam’, JAIS tak berganjak March 17, 2010

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , , ,
add a comment

Khutbah yang disampaikan setiap Jumaat di masjid seluruh Selangor adalah berdasarkan fakta dan berkisar isu yang berbangkit dalam masyarakat Islam termasuk isu sebatan syarie ke atas tiga wanita Islam yang dibidas oleh Sisters in Islam (SIS), kata seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, khutbah Jumaat juga turut memfokuskan isu berkaitan masyarakat Islam yang timbul untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam.

“Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.

“(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam,” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor.

Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu “menghina Islam”.

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan “prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri.”

Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari “pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam”.

Pada khutbah Jumaat yang bertajuk “Isu Menghina Sebatan Syarie” yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi: (teks penuh di sini)

“Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

“Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut”.

sumber: Malaysiakini

Khutbah Jumaat: Isu Menghina Sebatan Syar’ie March 15, 2010

Posted by membelaislam in Constitution, Rights of Muslims.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Khutbah Jumaat 12 Mac 2010 :Isu Menghina Sebatan Syarie
Jabatan Agama Islam Selangor

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya.

Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul s.a.w., marilah kita bermuhasabah diri sejauh mana kita melaksanakan dan menghidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan harian bagi memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kelahiran Rasulullah s.a.w. membawa rahmat melalui agama Islam.

Agama suci ciptaan Allah ini mengandungi peraturan dan undang-undang yang sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia bagi menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaan Undang-undang Islam atau Hukum Syarak ini adalah bertujuan bagi memelihara agama, akal, harta, keturunan dan nyawa semua makhluk agar selamat sepanjang masa. Oleh itu, kelahiran Rasulullah s.a.w. dan Undang-undang Islam ini membawa rahmat kepada seluruh alam.

Namun sejak kebelakangan ini, ada manusia yang tidak selesa dengan Pelaksanaan Undang-undang Islam malah menghina dan mempertikaikannya. Penghinaan ini sudah pasti akan membawa kepada keburukan dan akan dihukum dengan seadilnya oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Haj ayat 8, 9 dan 10:- Bermaksud:-

“Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran; “Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak”; (Dengan dikatakan kepadanya): “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.”

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Baru-baru ini, masyarakat Islam didedahkan melalui media massa bahawa tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang. Hukuman ini dijalankan setelah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) atas kesalahan melakukan hubungan seks haram.

Dalam pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan. Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat
mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Berikutan Hukuman Sebatan Syarie tersebut, maka pada 17 Februari 2010 yang lalu, satu kenyataan media iaitu Akhbar The Star yang ditulis oleh P Gunasegaran mengundang rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak kerana mempunyai unsur-unsur menghina agama lain. Antara lain, beliau menyatakan dalam akhbar tersebut yang membawa maksud seperti berikut:-

  1. Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan yang menghalang hukuman sebatan dikenakan ke atas wanita;
  2. Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia dan mendiskriminasikan wanita;
  3. Bahawa Undang-undang Syariah sudah lapuk dan perlu dipinda;
  4. Bahawa kesalahan yang dibuat oleh tiga orang pesalah wanita tersebut bersifat peribadi.
  5. Bahawa terdapat kelompangan dalam Undang-undang Syariah dan menyentuh sensitiviti kebanyakan warga Malaysia;
  6. Bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terutamanya wanita berhijrah meninggalkan Malaysia kerana kebebasan peribadi mereka sebagai seorang Muslim amat terhad;
  7. Bahawa agama adalah satu pilihan, bukan paksaan dan inilah cara yang perlu kita kekalkan;
  8. Bahawa kami telah menyaksikan apa yang berlaku apabila agama, tak kisahlah agama apa, dibawa oleh orang yang ekstrim dan disalahguna oleh puak pelampau. Kami tidak mahu sebatan awam, tangan kami dipotong, orang direjam sampai mati dan dibakar hidup-hidup; dan
  9. Bahawa kita telah melepasi saat itu. Jangan benarkan sebilangan kecil puak pelampau membawa kita kembali ke era kegelapan. Dan untuk itu, kita perlu berdiri dan bersuara apabila hak-hak individu kita dicabar!

Demikianlah kata-kata penghinaan kepada kesucian Islam yang mana bebas dan aman kita amalkan di negara ini. Sikap merendah-rendahkan hukum Islam ini yang dibuat oleh seseorang warganegara sendiri memang tidak sepatutnya dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan Hukum Sebatan Syarie ini. Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh ‘Sisters in Islam’ telah diterbitkan di dalam Laman web ‘Sisters in Islam’ antara lain, ‘Sisters in Islam’ membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita.

Pengarah Eksekutif ‘Sisters in Islam’, Dr Hamidah Marican berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah. ‘Sisters in Islam’ turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat tiga wanita Islam tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya kesan daripada kenyataan-kenyataan yang mempersoalkan hukum Allah ini sudah tentulah membawa kepada keadaan-keadaan yang tidak harmoni seperti:-

  1. Menghina kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri serta Perundangan Syariah yang termaktub dalam
  2. Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu;
  3. Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri dan bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan;
  4. Menghina undang-undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa; dan
  5. Mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam serta tidak ada sikap menghormati amalan agama Islam yang diamalkan oleh orang Islam di negara ini.

Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang menghina Islam ini, umat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah berikut bagi menjaga kesucian dan kemuliaan Islam serta maruah umat Islam iaitu:

  1. Mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan pendirian kita berhubung isu ini iaitu bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam daripada dicabar, dihina dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah;
  2. Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menghina Islam dan bersifat menghasut;
  3. Menyokong pihak berkuasa membuat siasatan terhadap P Gunasegaran di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan/atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan;
  4. Masjid dan agensi-agensi agama perlulah menganjurkan program kefahaman dan penjelasan serta kelas-kelas pengajian kepada orang awam mengenai Hukum Jenayah Syariah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita hidup di negara ini dengan hormat-menghormati antara satu sama lain. Budaya ini akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan. Jika ada pihak lain yang tidak mahu hidup hormat-menghormati, sudah pasti akan berlaku kemungkinan permusuhan, pergaduhan dan pembunuhan yang pastinya kesemua sekali akan rugi negara akan musnah. Hentikanlah menghina Islam, kerana Islam adalah ciptaan Allah. Allah adalah Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang Lagi Maha Adil. Oleh itu, Islam menjamin kehidupan yang harmoni, berkasih sayang dan adil kepada semua.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak ta’at kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Al-Ahzab: 36)

Mufti mahu SIS disiasat June 14, 2009

Posted by membelaislam in Uncategorized.
Tags: , , ,
1 comment so far

dipetik dari Sinar Harian

SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan digesa melakukan siasatan segera terhadap pertubuhan Sister in Islam (SIS) yang banyak mencetuskan pendirian kontroversi terhadap sesuatu isu yang berkaitan ajaran Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pandangan dan pemikiran Islam liberal SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat perlu disekat kerana boleh membahayakan akidah umat Islam.

“Terdapat beberapa tafsiran SIS antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada. Keadaan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana boleh membawa seseorang ke arah murtad.

“Saya setuju dibuat siasatan terhadap SIS. Pertubuhan ini perlu disiasat dengan teliti supaya dapat menyelesaikan kekalutan yang ada secepat mungkin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Harussani, pemikiran yang dibawa SIS juga didakwa mudah diresapi golongan muda dan golongan berpendidikan sekular yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap sesuatu isu.

“Pemikiran Islam liberal perlu ditolak kerana ianya boleh membahayakan akidah umat Islam dan siasatan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, penceramah bebas, Dr Ridwan Tee Abdullah berkata, tindakan menyiasat SIS adalah wajar dan cadangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohammad Khir Toyo supaya menggugurkan perkataan Islam pada nama pertubuhan itu juga tepat.

“Secara peribadi, saya menyokong SIS disiasat kerana sebagai pertubuhan Islam, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga kemurnian dan kesucian agama supaya tidak dicemari dengan unsur-unsur yang tidak baik.

“Saya pernah berforum dengan ahli Jawatankuasa SIS dan mendapati pandangan yang dilontarkan kebanyakannya menyeleweng dari landasan agama, banyak hadis yang digunakan tidak pernah didengari dan tindakan itu seolah-olah memperlekehkan agama,” katanya.

Katanya lagi, Islam mempunyai cabang ilmu yang luas termasuklah syariah, tauhid dan usuluddin yang memastikan perjuangan berlandaskan Islam tepat dan tidak menyimpang.

“Penting bagi mendapatkan pandangan pakar dalam sesuatu bidang agama untuk menjawab segala persoalan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam membuat kenyataan berhubung isu agama.

“Kalau kita bodoh jangan berlagak pandai sedangkan kita jahil bab-bab agama sehingga berani membuat tafsiran sendiri tetapi menyimpang keluar daripada agama,” katanya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers