Zaid Ibrahim Sudah Mula Memainkan Peranannya

Oleh Ibrahim Baba (dari blog http://ibrahimbaba.wordpress.com)

Sepertimana yang telah IB sebutkan sebelum ini, bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang “Pendokong Kuat IFC dan Article 11″ dan kini beliau telah dilantik menJadi Menteri.

Tidak sampai sebulan dilantik menjadi menteri, Zaid dilaporkan telah mengarah Jabatan Peguam Negara untuk mengubal undang-undang untuk membolehkan orang-orang Islam murtad.

Penjelmaan Zaid dalam kabinet bukan melalui restu rakyat. Rakyat telahpun menolak Zaid. Ahli-ahli UMNO pun tidak lagi mahu menerima Zaid. Namun, Pak Lah telah memberi laluan mudah dari pintu belakang untuk Zaid melaksanakan agenda memusnahkan aqidah umat dan kemurnian Islam.

Zaid adalah di antara segelintir nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Zaid antara panel yang mempertikaikan kewujudan Artikel 121 (1A)

Sebaik pengumuman dibuat oleh Pak Lah, suara-suara yang memusuhi Islam mula kedengaran menyokong perlantikan Zaid. Senarai mereka yang memberi sokongan itu dibarisi oleh mereka yang sudah terkenal menentang serta kerap menghina Islam.

Di kalangan frateniti perundangan, mereka amat kenal dan faham siapa Zaid, personalitinya, kehidupan sosialnya, pesta arak yang mencurah-curah di pejabat guamannya, dan banyak lagi. Syarikat guaman Zaid dikatakan yang terbesar di Malaysia, tetapi cuba lihat senarai peguamnya. Berapa keratkah anak-ank bangsa Melayu yang diambilnya.

Jika dari pengalaman lepas, Zaid tidak mampu kita taruh harapan untuk mempertahankan Islam malah Islam akan lebih terancam dengan kehadiran Zaid dalam kabinet – dan lebih-lebih lagi bila dia diamanahkan untuk melakukan reformasi perundangan.

Amat ditakuti nanti, apabila usulnya dibawa ke Parlimen, walaupun dalam keadaan BN tidak mempunyai majoriti 2/3 pun, usulnya akan dapat sokongan untuk diluluskan. Ini kerana di kalangan MP dari Pakatan Rakyat sendiri ada yang berfikiran sama dengan Zaid dalam hal-hal seperti ini.

Moga-moga ada MP UMNO yang sayangkan anak bangsanya dari murtad akan membangkang usul yang dibawa oleh Zaid. Tetapi, apakah boleh kita harapkan mereka dari UMNO ini apabila bertembung dengan masalah menjaga periuk nasi mereka?

Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.

(Petikan dari: http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/04/16/zaid-ibrahim-sudah-mula-memainkan-peranannya/)

2 thoughts on “Zaid Ibrahim Sudah Mula Memainkan Peranannya

  1. membela islam…info yang baik. dedah juga siapa dibelakang firma guaman zaid… yahudi ke?

    berapa dana zaid dapat? kata zaid dapat projek di dubai berjuta2 katanya atas sokongan anuar ibrahim? hmmmm sama2 anak ibrahim nampaknya yang buat onar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s