Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS

Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.

Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.

Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada

Dato Idris Jala
Pengarah Urusan Malaysia Airlines
1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport
47200 Subang, Selangor DE
Fax: 03-78439400 Tel: 03-78404801

Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Article 11 (4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.

Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.

About these ads

33 thoughts on “Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS

  1. Itulah pentingnya kita sbg Umat Islam memahami ajaran Islam itu sebenarnya ada sebab dan alasan kenapa kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengadap ka’abah ketika solat,cerita ini ada didalam al-quran,ramai umat islam yg tidak tahu kenapa kita mengadap Kiblat/Ka’abah,jadi mudah dikelirukan oleh kaum yg dicap oleh Allah sbg kaum yg sesat(Nasara) dan yg dimurkai(yahudi),salah satu sebabnya ialah supaya kita semua umat islam bersatu padu dan bersatu hati,krn kita mengarah ke tempat yg sama ketika solat,dan ada satu lg sbb yg lebih besar,jika rakan muslim ingin mengetahuinya boleh bertanya dgn org2 alim yg berilmu,krn mereka lebih layak menceritakan perkara ini….

  2. perkara mcm ni jgn dianggap biasa, walaupun ianya biasa berlaku (bak kata aliff la..), tetapi kita sbg umat islam tak boleh anggap ianya biasa..
    yg dah tahu tu ada tanggungjawab untuk membanteras.. kalo x boleh ambil tindakan at least bagi komen yg mencerminkan kita ni umat islam yg sayang pada islam..
    so pandangan saya, MAS kene ader penasihat syariahnya supaya keuntungan syarikatnya terjamin berkat dan halal.. di samping itu boleh mengukuhkan amalan budaya kerja keislaman, secara tak langsung boleh menghalang usaha memurtadkan pramugari2 MAS.. kalo prkampungan org asli yg kurang ilmu pengetahuan boleh mengekalkan keislamannya walaupun baru mengenal islam, inikan pula kita yg lahir sbg islam.. di sg siput Perak sekumpulan sami buddha dari thailand dtg dgn 10 biji 4WD, tawarkan setiap rumah RM 3k kalo diorang menganut agama buddha, tapi kene halau dgn tok batin, siap anak2 kecil baling batu kat diorang..
    mungkin kita dikelirukan dgn hujah mereka yg sekali fikir ‘macam logik’ la.. tapi kalo islam tu tebal dlm hati, mcmana punya keliru pun kita takkan murtad tapi mencari jawapan kpd kekeliruan tersebut..
    ingat, islam tu agama Allah, islam tak perlukan kita untuk bertahan, tapi kita perlukan islam untuk mendapat keredhaan dan keberkatan hidup.. it’s true life is like a chocolate, it it before it melt.. and islam is the way of life, so learn it (the right way) before u die..

  3. Betul ke Dato’ Idris Jala tu Kristian. Sape yang tahu tolong confirmkan, jangan salah tuduh isu agama ini kes berat

  4. Idris Jala sememangnya beragama Kristian. Beliau aktif dengan Bible Study Group semenjak menuntut dulu di USM lagi.

    (membelaislam)

  5. Yang murtad tu dalam Islam sebenarnya tak berkualiti, dan jaminan Allah akan menggantikan dengan lebih berkualiti.
    Aku cakap ni riso juga pasai tak kena keluarga aku, kalo kena keluarga aku, simpang malaikat 44.

  6. Salam…
    isu murtad mmg dh berleluasa…bukan setakat dlm MAS tp kat ipt2 sendiri dh ramai x kenal agama sendiri n terpedaya ngan agama lain coz jahil ngan agama sendiri…pelajar2 agama di ipta didiskriminasi, kena halang bila wat prgrm agama…mcm mana mahasiswa harapan negara nak tadbir negara klu benda baik pun org halang..x kesian ke dekat org2 yg jahil ttg islam sedangkan agama ni adalah yg terbaik..cuba tnya masyrkat malaysia yg beragama islam ni, diorang semua berpegang ngan mazhab pe?..klu x tau mmg diorg cuma islam atas nama je…

  7. Idris Jala tu sebenarnya dari kaun Kadazan, Sabah dan memang beragama Kristian. Sebenarnya masa mula-mula lagi lantik jadi Pengerusi MAS, Pak Lah dah tersalah pilih. Dia ingat Idris Jala orang Islam.

  8. Sebelum Idris Jala, MAS telah memperolehi kerugian besar yang berbillion semasa Tajuddin Ramli masih CEOnye. Jikalau hang tengok report bisnes MAS, MAS sudah sekarang memperolehi keuntungan berbillion disebabkan visi dan kepimpinan Idris Jala. Soalannye, adakah Pak Lah tersalah pilih hanya disebabkan Idris Jala bukan seorang penganut islam?

  9. islam bukan datang dari pendengaran,penglihatan dan perasaan yg zahir! wahai saudaraku , walaupun ribut sunami yg dtang, xkan tergugat iman sekiranya kita asah dan amati dari awal dan terkini akan kehendak Illahi. Islam bkan utk menyalahi org len, sebalik dikaji, mahasabah diri! ukur amalan dan tanam benih iman dlm diri . Bapak Idris jala pun tidak mampu untuk pengaruhi org yg memiliki iman yg tebal dan tegap! dalami ilmu islam dan iman! Sentiasa lidah dibasahi dgn kalimah illahi dan pujian nama illahi(asma usna).
    Lukman al Hakim , menasihatkan anaknya, sesungguhnya hidup ini umpama pelayaran di lautan , ……………………………….. rujuk alquran dan terjemahan dan makluman dari ustaz yg ariff! Hendak seribu daya, takdak komen dan kutuklah ulasan saya di atas. say terima kritikan dan mengharap balasan pahala keran telah menyampaikan hak pada org yg tak arif ! wallahu aklam.

  10. Umat islam jangan memusuhi mereka yang beragama lain. Umat Islam perlu memperkukuhkan Iman dan belajar agama supaya segala serangan dan hujah yang di kemukakan oleh agama lain dapat di tangkis. Supaya mereka semua akan sedar bahawa Islam adalah agama yang betul dan mereka akan peluk islam dan mengamalkan ajaran islam.

  11. Pada pendapat dan pandangan saya umat islam di Malaysia pada hari ini ramai amat sibuk bekerja daripada waktu pagi sampai ke malam dan tiada masa untuk mempelajari agama islam dan mengikuti kelas-kelas agama. Masa untuk bersama keluarga hanya pada hari cuti jumaat & sabtu bagi negeri Trg,Kelantan dan Kedah serta Sabtu, Ahad bagi negeri-negeri lain.Bagi yang bekerja dengan kerajaan bila dah pencen baru nak belajar agama. Kerajaan pada hari ini mesti melaksanakan sistem waktu bekerja berdasarkan acuan sndiri dan jangan sesekali mniru sistem negara lain. Negara lain khususnya negara bukan islam hanya mementingkan duniawi dan sistem waktu bekerja mreka amat padat sperti negara jepun. Negara memang maju tapi kalau kita laksanakan sistem macam mereka bila kita nak belajar agama. Kerajaan mesti memberikan peluang dan banyak masa kepada kakitangan kerajaan.

  12. salam, cuma nak berkongsi pengalaman yang sedang dihadapi pada saat ini…berkenaan isteri saya yang telah berubah sikapnya akibat hasutan seorang lelaki teman sekerja yang beragama kristian…..pada saat ini kami dalam proses penceraian akibat dari hasutan itu……saya tak rasa ada peruntukan di dalam undang2 negara ini baik sivil mahupun syarie yang melindungi sesebuah institusi keluarga islam dari hasutan dan penyebaran agama kristian…….amat menyedihkan kerana kecelakaan ini telah menimpa keluarga saya sendiri…..dan bakal runtuh lah sebuah mesjid tak lama lagi akibat kecuaian perundangan negara ini yang jelas gagal melindungi kepentingan sebuah keluarga islam.

  13. Salahlah, Idris Jala tu orang Sarawak. Bukan orang Sabah. Memang dia Kristianlah. Tapi check dululah, fakta. Sampai tak tau beza antara orang Sabah dengan orang Sarawak.

  14. selepas lantik idris jala sebagai CEO MAS, paklah penah ajak dia pergi solat jumaat. baru dia bgtau dia kristian. so kita boleh cakap mmg paklah dah tersilap pilih sebab ASSUME idris Islam. Org kristian sangat bangga bila dah mula ada dari kalangan diorg mula jadi CEO GLC. tak dinafikan performance dia mmg bagus. tp kalo nak buat perlantikan berdasarkan merit sahaja (tak kira agama), tak sampai 5tahun, boleh tinggal 5-6orang je melayu jadi CEO. tu pun buat syarat. http://en.wikipedia.org/wiki/Idris_Jala

  15. salam..
    refer to msg zul (may 29, 2009)..pendapat sy, kita bukan xcukup ms nk bljr islam. tp kita sendiri yg xnk bljr.so byk la alasan yg kita bg. jgn la kita ‘murtadkan diri kita sendiri’ dengan menafikan janjiNYA..dlm QURAN sendiri ada surah ttg masa..’demi ms ssguhnya mnsia itu dlm krugian….(dan strusnya.)’..ALLAH dh nyatakan dh kita sendiri yg rugi kalo xhrgai masa yg ada utk bljr.

  16. wahai saudara seIslam baik kita jaga diri kita & family kita je…jangan sampai murtad.bila dah selamat baru kita tengok & tegur orang lain.apa yang penting agama kita akan selamat di dunia & akhirat

    • islam akan dipandang mulia jika pemimpin yang meneraju itu cintakan islam tetapi jika sebaliknya dengan cara hidup pemimpin islam yang hipokrit entahlah. Hanya Allah yang melindungi islam di hati hamba-hambanya disamping usaha segelintir pemimpin yang benar-benar jujur

  17. mmm…pasal murtad2 ni, sbnrnya x perlula kita heboh2 kn..klu dia nak msk islam @ kristian, biarkan jak la…itu adalah pilihan dia..urusan dia..klu kmu rasa agama yg di anuti skrg ni, betul, so, kekalkan jak la..lg pun, mana2 agama d dunia ni pun, xda yg mengajar pengnutnya buat yg x baik kn..semua agama minta pengnutnya buat yg baik2…perkara yg x baik 2 timbul, disebabkan diri org tu sndiri, kerana pengangangan agamanya 2 kurang..cuba dia betul2 percaya apa yg diajar oleh agamnya,..x akan berlaku perkara2 berkenaan dengan keagaamaan ni…so, jgn la kita bertekak pasal agama ni..malaysia kn negara yg bebas beragama..mana perginya konsep ni?????

  18. klu kmu mengaku kmu islam ke, kristian ke, buddha ke??…tp x mengamalkan @ mengikuti ajaran agama kmu 2, sama jg, kmu 2 murtad…klu seseorg 2 btul2 rasa agama yg dianutinya 2 betul,..xkan terjadi murtad2 nie,..walau mcm mana pun km dipengaruhi olh agama lain @ dipaksa murtad ke?? klu hti kmu tetap kepada agama yg dianuti skrg, xkn berlaku perkara mutad ni…so, jgn salahkan org yg cuba mempngaruhi kmu 2…tgk kpd diri sndiri dulu..ye…

  19. salam…

    betul semua agama xda yg mengajar pengnutnya buat yg x baik kn..semua agama minta pengnutnya buat yg baik2…cuma beza nya agama islam dengan agama lain adalah “kebebasan”.. contoh nya arak atau zina atau sex bebas..islam melarang penganut nya minum arak,zina atau sex bebas..tp agama lain memberi kebebasan atau juga melarang tetapi jika dilakukan tiada tindakkan undang2 dari segi agama itu sendiri atau negara..pernahkah kita kaji kenapa islam larang arak,zina sekeras-kerasnya..?fikir2kan demi agama,keluarga dan bangsa..wallahu’alamm

  20. Ya mmg btul serangan pihak kafir mmg banyak sementelah lagi kita sdg menuju ke penghujung zaman , dan bila dah hampir2 kiamat mcm2 berlaku sebagai usaha utk menjatuhkan maruah agama Allah. semua ni mmg dah tercatat dalam peristiwa menjelang kiamat. Semua umat Islam perlu berhati2, tegakkan iman dan ilmu, sentiasa ingat2 Allah, mintalah bantuan dariNya, jgn berharap drp makhluk – biarlah depa nak bagik sejuta skalipon, tapi kalo dia cakap mu masok agama ku dulu, baik tak PAYAH!!!Umat islam dulu2 sanggup menggadai nyawa demi islam, kita pun patut gitulah. Biar susah mcmmn pun kalo kita sanggup berkorban demiNya, pasti akan datang Rahmatnya nanti. cuma kita kena bersabar. jangan ikut telunjuk duniawi shj semata2.

  21. Mcm mana perkembangan Islam nak jdi mantap? Pejuang Islam pun x ajar jlan murni kpda Islam. Katanya memperjuangkan Islam, namun sudahnya dia sja yang layak dipanggil Islam. Misionari Kristian makin senang dlam tugas mereka sebab orang Islam sendiri mula mjadi keliru untk mencari arah kepada islam. Puncanya adalah dari mulut manusia yang hebat memperjuangkan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s