Pengumuman Kes Ajaran Sesat
Keputusan Kes Kahar Ahmad dan Sulaiman Takrib
Kes Kahar Ahmad yang mengaku menjadi Rasul Melayu dan kes Sulaiman Takrib, pengikut Ayah Pin akan diputuskan pada hari Jumaat ini 26 September 08 jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Dalam kes tersebut, mereka menggunakan hujah bahawa Undang-undang Jenayah Syariah hanya boleh digubal terhadap kesalahan Rukun Islam sahaja. Mereka juga mempertikaikan kuasa Mufti membuat fatwa dan orang Islam berhak memilih apa sahaja pandangan untuk diikuti walaupun bertentangan dengan prinsip Islam.
PGSM menyeru supaya semua orang Islam yang prihatin supaya dapat ramai-ramai hadir ke Mahkamah bagi menzahirkan sokongan terhadap Islam. Jangan biarkan mereka menggunakan Mahkamah untuk menghina dan menindas Islam.
Yang benar
Presiden
Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM)
sye setuju untuk org ramai untuk hadir2 beramai2 ke mahkhamah..
kerana ini bukan isu kecil dan melibatkan akhidah umat islam..
tindakan keras patut di ambil kepada meraka yg mengasaskan ajaran sesat..
kesian kt individu yg kene tipu dan baru nk belajar mencari erti agama islam yg sebenar..
Allah huakbar….