Tindakan undang-undang, hina agama jika ingkar

dipetik dari: http://peguamsyarie.org/?p=341

KUALA LUMPUR: Pengamal dan pengusaha pusat senaman yoga beragama Islam yang ingkar dan melanggar fatwa pengharamannya selepas diwartakan boleh dikenakan tindakan undang-undang, manakala individu yang mempertikaikan kredibiliti keputusan itu secara terbuka boleh dituduh menghina agama Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata umat Islam tiada pilihan melainkan mengikut fatwa yang diputuskan kerana institusi fatwa sah di sisi Perlembagaan seperti diputuskan melalui penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Katanya, dengan mewartakan fatwa itu, penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan supaya pengamal yoga beragama Islam yang masih ingkar boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 mengikut Seksyen 11 Akta Jenayah Syariah 1995, kesalahan melanggar fatwa.

Beliau berkata, manakala bagi pengusaha studio atau penganjur senaman yoga yang beragama Islam boleh dituduh bersubahat melakukan kesalahan melanggar fatwa mengikut akta yang sama dan menerima hukuman sama seperti pengamal senaman itu.“Umat Islam dan bukan Islam diminta jangan cuba pertikaikan keputusan itu secara terbuka kerana boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina agama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun.

“Siapa kita untuk pertikaikan keputusan itu berbanding ulama dan mufti, tindakan mempertikaikan fatwa itu seperti menghina Islam yang meletakkan fatwa pada martabat yang tinggi dalam agama sedangkan mufti mempunyai kuasa yang sah dalam Perlembagaan untuk membuat fatwa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Zainul Rijal berkata, bagaimanapun ia masih boleh diminta kaji semula hanya dengan mengemukakan kertas kerja kajian dan bukti tambahan bagi membantu mufti membuat rujukan dan menyerahkan kepada kepada majlis fatwa untuk membuat penetapan terhadap fatwa baru itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s