Latar Belakang Kontroversi Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2005)

Sebagaimana yang sedia maklum, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-176 pada 01 Ogos 1997 telah memperkenan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam di seluruh Malaysia.  Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-188 pada 22 Mac 2001 telah perkenan dan meluluskan penyeragaman undang-undang Islam berdasarkan model rang undang-undang yang berikut, iaitu:-

1. Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam;

2. Rang Undang-Undang Keluarga Islam;

3. Rang Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah;

4. Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah;  dan

5. Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.

Sehingga 22 Disember 2005, sebanyak sembilan (9) buah negeri, iaitu, Sarawak, Sabah, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang telah melulus dan menguatkuasakan kelima-lima Enakmen Undang-Undang Islam selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-188 tersebut.  Pahang dan Perlis telah meluluskan kesemua Rang Undang-Undang berkenaan tetapi masih belum menguatkuasakannya.  Terengganu dan Kedah belum lagi menyeragamkan undang-undang Islam mereka mengikut model yang diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-188 tersebut.

Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan pula, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2005 telah bersetuju supaya empat (4) Rang Undang-Undang, iaitu Rang Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005, Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005, Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 dan Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 dibentangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kesebelas.  Pada 26 September 2005 keempat-empat Rang undang-Undang tersebut telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.  Pada 22 Disember 2005, tiga daripada empat Rang Undang-Undang tersebut telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negara.

Pada 21 Disember 2005 JAG telah mengemukakan satu Memorandum kepada ahli-ahli Dewan Negara untuk mengkaji semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam (RUUKI) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 .Semasa Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan di Dewan Negara pada 22 Disember 2005, beberapa orang senator wanita, dengan menggunakan hujah-hujah yang terkandung dalam Memorandum tersebut telah mempertikaikan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang tersebut atas alasan bahawa peruntukan-peruntukan tersebut mendiskriminasikan wanita.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah JAG, serta NGO-NGO sekutu mereka termasuk dan terutamanya Sisters-in-Islam, tidak memahami sepenuhnya RUUKI itu dan enggan memahami serta berusaha dengan bersungguh untuk memesongkan fakta dan menyelewengkan fahaman orang ramai supaya menolak Rang Undang-undang tersebut. Ini terbukti apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga mendedahkan komplot NGO-NGO ini dalam satu sidang akhbarnya bersama Peguam Negara pada 9 Februari 2006.

Di antara Peruntukan-Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang dipertikaikan atas alasan mendiskriminasikan wanita adalah:

  1. Subseksyen 23(9): Hak kepada mana-mana pihak dalam perkahwinan untuk menuntut harta sepencarian apabila suami berpoligami.

  2. Subseksyen 23(9)(a)(b): Memilih nafkah ATAU pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami

  3. Subseksyen 23(4): Kelonggaran berpoligami

  4. Subseksyen 52(1): Melanjutkan hak fasakh seorang isteri kepada suaminya

  5. Subseksyen 107(A): Permohonan kepada Mahkamah untuk menahan/menegah isteri/suami daripada melupuskan harta masing-masing semasa dalam prosiding.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s