Institusi Keluarga Islam Makin Rapuh, Titah Sultan Kelantan

dipetik dari: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=380632

KOTA BAHARU, 27 Dis (Bernama) — Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan mutakhir institusi keluarga yang dianggap baginda longgar dan rapuh ketika ini.

Baginda bertitah keadaan itu menuntut kepada wujudnya ketahanan identiti diri, kerana ia adalah tunjang utama kepada penilaian kualiti bangsa serta masyarakat.

“Selain aspek institusi keluarga Islam, usaha dakwah perlu diberi perhatian serius, dan penilaian serta semakan methodologi dakwah juga perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya perubahan budaya dan pemikiran masyarakat cemerlang dapat direalisasikan,” titah baginda pada majlis Sambutan Maal Hijrah di sini.

Menurut baginda usaha penambahbaikan perlu dilakukan, manakala badan-badan dakwah mesti bergabung dalam satu tenaga supaya setiap program yang dirancang dapat dilaksana secara bersepadu.

Baginda juga bertitah ketika dunia mengalami krisis dan kegawatan ekonomi, negara tidak lari daripada menerima tempiasnya, dan yang paling terasa kesannya adalah negara dan masyarakat.

“Islam dan kedudukan umatnya dicelah masyarakat dunia kini sangat memerlukan usaha untuk memacu perjalanan masa depan lebih teratur dengan meletak diri dalam persaingan global yang sangat sukar, supaya boleh sampai ke tahap penjanaan umat yang gemilang,” titah baginda.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s