Hina Islam Perbuatan Kurang Ajar – Harussani

dipetik dari: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=380789

PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) — Perbuatan menghina agama Islam adalah satu perbuatan ‘kurang ajar’, tidak beradab dan keji, kata Tokoh Ma’al Hijrah 1430H Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini.

Beliau berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar.

“Kami menghormati agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama kami (Islam). Misalnya apabila perbuatan mengeji agama Islam, mencaci Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tak akan berbuat perkara yang sama (kepada agama lain),” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2008 di sini, Isnin.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau berkata untuk keharmonian dalam negara ini sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Islam di negara ini tidak pernah menghina agama lain yang dianut rakyat negara ini.

Terdahulu Harussani dan cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah Al-Zuhaili diumum tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah/2008.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s