Istilah Allah: Hormati Perlembagaan Serta Peraturan dan Arahan Yang Dikenakan KDN

dipetik dari Bernama:

Elaun Guru Kafa Wilayah Persekutuan Naik 100 Peratus

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dinaikkan seratus peratus iaitu daripada RM500 kepada RM1,000 berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata berkata keputusan menaikkan elaun guru Kafa itu dibuat pada mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pagi ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MAIWP, berkata pertimbangan itu juga dibuat ekoran peningkatan jumlah pungutan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu sebanyak RM211 juta tahun lepas berbanding RM169 juta pada tahun 2007.

“Pada hemat kami, itu pun masih rendah. Walau bagaimanapun, kami berpendapat itu adalah usaha kecil yang dapat dilakukan untuk menghargai jasa guru-guru Kafa yang banyak melakukan pengorbanan.

“Walaupun ia hanya berbentuk elaun dan bukan gaji, itu adalah usaha dan langkah pertama yang akan terus kita lakukan untuk meningkatkan elaun guru Kafa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijarh Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah di sini, Sabtu.

Sementara itu, berhubung rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan Allah dalam edisi terbitan bahasa Malaysia Herald Catholic, Ahmad Zahid meminta pihak berkenaan supaya menghormati Perlembagaan serta peraturan dan arahan yang telah dikenakan mengikut syarat-syarat pemberian permit oleh KDN.

Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain.

“Jangan tunggu hingga mahkamah memutuskannya sebab kita menghormati agama mereka, mereka juga harus menghormati agama kita. Kita berada dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama. Jadi jangan cari masalah dengan orang Islam kerana orang Islam tidak pernah memusuhi agama lain di negara ini ,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kader Talip dan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s