Haramkan segera lesen Herald Catholic

dipetik dari: http://peguamsyarie.org/?p=501
KOTA KINABALU 3 Feb. – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah mendesak kerajaan segera menarik lesen akhbar Herald Catholic.

Pengerusinya, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad berkata, tindakan akhbar berkenaan jelas membelakang atau menghina keputusan mahkamah yang belum menetapkan secara rasmi perkara tersebut.

Jelasnya, penggunaan perkataan itu boleh mengelirukan umat Islam dan amat ‘berbahaya’ kepada kira-kira 1.5 juta umat Islam di Sabah.

“Saya minta kerajaan jangan teragak-agak menarik lesen penerbitan atau mengharamkan Herald Catholic kerana ia sangat berbahaya bagi sebuah penerbitan seperti ini di Sabah,” katanya.

Pekida Sabah katanya, memberi amaran kepada pihak yang membangkitkan perkara tersebut supaya tidak lagi meneruskan hasrat itu kerana ia hanya akan mencetuskan lagi situasi tegang.

Beliau percaya, pihak yang membangkitkan perkara berkenaan menjadi alat kepada pihak tertentu yang berada di luar negara dan perbuatan tersebut jelas mempunyai agenda tersembunyi.

Tambahnya, Pekida atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sedia berdialog atau berdebat dengan Herald Chatholic atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tentang perkara itu.

“Dialog ini bertujuan menghapuskan pertikaian tentang siapa yang lebih berhak menggunakan nama Allah. Mengapa sebelum ini pihak Herald Catholic tidak membangkitkan perkara ini,” soalnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hairan dengan Kementerian Dalam Negeri yang masih belum bertindak ke atas akhbar tersebut yang tetap berdegil menggunakan perkataan Allah di dalam terbitan bahasa Melayunya.

“Kenapa kerajaan lambat bertindak kerana isu ini menghina kesucian agama Islam dan turut menguji tahap kesabaran orang Melayu.

“Kedegilan itu menunjukkan mereka bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara malah menyembunyikan agenda tertentu yang hanya mereka mengetahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Ali berkata, Perkara 3.1 Perlembagaan Malaysia jelas termaktub bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi kerajaan Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Serentak itu, Syed Ali mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengkaji daripada aspek perundangan bagi membolehkan tindakan dikenakan ke atas penerbitan akhbar tersebut.

Dalam perkembangan lain, Majlis Gereja Sabah (SCC) meminta kerajaan tidak mengharamkan Herald Catholic kerana akhbar mingguan itu diterbitkan untuk penganut Kristian sahaja.

Pengerusi SCC, Pastor Kanan Jerry Dusing berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan kerajaan supaya semua masalah yang berbangkit dapat diselesai secara baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, baru-baru ini merayu Kementerian Dalam Negeri memberi kelonggaran kepada Herald Catholic menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Berikutan tindakan tersebut, ia telah mencetuskan polemik baru mengenai isu itu dan pelbagai pihak mendesak supaya akhbar mingguan berkenaan ditarik balik lesen atau diharamkan terus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s