Majlis perundingan agama mesti jaga status Islam


Dipetik dari Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan mana-mana pihak yang bercadang menubuhkan majlis perundingan antara agama supaya memastikan kedudukan dan status Islam dijaga sebagai agama rasmi negara.

Perdana Menteri berkata, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu diiktiraf dan dijaga statusnya.

“Itulah yang hendak saya tegaskan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di Bangunan Parlimen di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah mengulas laporan sebuah akhbar semalam berhubung penubuhan majlis perundingan antara agama oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dilapor meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain.

Akhbar itu memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain menghina Islam dan mesti dihentikan.

Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat laporan terperinci, kecuali melalui laporan akhbar.“Saya ada baca surat khabar mengenai perkara ini, tapi belum dapat gambaran lebih jelas. Kalau laporan (akhbar) itu tidak tepat, ia mungkin mencetuskan satu masalah baru yang sepatutnya tidak timbul. Saya sudah minta pegawai mendapatkan kertas cadangan atau dokumen mengenai penubuhan majlis itu,” katanya.

Di BUKIT MERTAJAM, Umno Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri membubarkan majlis perundingan yang dikatakan ditubuhkan tahun lalu kerana tindakan itu mengguris perasaan umat Islam.

Setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim, berkata tindakan kerajaan Pakatan Rakyat itu satu penghinaan terhadap masyarakat Islam kerana cuba meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain.

“Sepatutnya seluruh umat Islam perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu. Ia ternyata tidak menghormati sensitiviti kaum Islam,” katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri itu secara tidak langsung menunjukkan penindasan DAP terhadap orang Melayu Pulau Pinang tetapi paling dikesalkan ia disokong pemimpin Melayu.

Selain itu, Azhar berkata, Pas yang dikatakan parti memperjuangkan agama Islam hanya pandai berkokok memperkatakan perjuangan Islam tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Sementara itu, Shabudin menjelaskan kenyataannya berhubung penubuhan majlis perundingan berkenaan adalah berdasarkan fakta selepas meneliti cadangan penubuhan seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tahun lalu.

“Saya mempunyai bukti kukuh berdasarkan keratan akhbar. Saya tidak kata ia sudah ditubuhkan tetapi mereka memang cenderung untuk menubuhkannya,” katanya mengulas penafian dibuat Guan Eng mengenai kenyataannya, kelmarin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s