Isu babitkan Islam perlu diteliti

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak berharap setiap perintah yang hendak diwartakan pada masa depan membabitkan isu sensitif terutama berkaitan umat Islam diteliti dan diperhalusi kerana ia akan memberi impak besar kepada mereka.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal, berkata pihaknya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.
Zainul berkata, perintah seperti itu seharusnya diperhalusi sebelum diwartakan kerana memberi impak yang besar pada umat Islam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahaya, berkata Maipp menyambut baik keputusan KDN itu tetapi pada masa sama berharap isu sensitif berkaitan Islam diberi perhatian serius.

“Maipp berharap KDN tidak buat kesilapan lagi pada masa depan jika membabitkan isu berkaitan Islam dan umatnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s