“Why Islam” Pada Bas Di San Francisco

whyislam2Pada awal tahun 2009, satu kempen untuk berdakwah kepada orang-orang bukan Islam di Amerika Syarikat (terutamanya di San Francisco) telah dilancarkan. Kempen berbentuk iklan pada bas dan kereta kabel di bandaraya yang berpenduduk 1.4 juta dan terkenal dengan budaya gay dan sekular. Dari iklan tersebut ianya telah berjaya menarik perhatian serta minat orang-orang bukan Islam untuk memanggil nombor telefon yang tertera.

whyislam3

Kempen ini diterajui oleh Islamic Circle of the Bay Area [http://www.icnabay.us] dengan kerjasama Council on American-Islamic Relations (CAIR – https://www.cair.com/) dan www.whyislam.org di bawah Pertubuhan ICNA (Islamic Circle of North America).

Selain untuk menyeru orang-orang bukan Islam untuk bertanya dan pelajari tentang Islam ianya juga bertujuan untuk cuba mengubah “stereotyping” dengan tanggapan salah kebanyakan orang-orang Amerika terhadap Islam.

whyislam1Namun setiap yang baik tetap ada bangkangan. Terdapat juga di beberapa laman blog yang tidak senang dengan kempen yang dijalankan. Namun hasilnya dalam empat minggu kempen dijalankan, mereka telah mendapat lebih 600 panggilan telefon dan seramai 6 orang telah mengucap dua kalimah shahadah. Kempen itu kini telah dilanjutkan lagi.

Iklan-iklan ini terpampang pada sekitar 170 buah bas 10 kereta kabel.

Sama-sama kita mengucap syabas terhadap bersungguh mereka dan kita sama-sama doakan kejayaan mereka untuk mengubah persepsi salah orang ramai di Amerika Syarikat semoga lebih ramai yang memeluk Islam.

whyislam4

whyislam5Malah berita terbaru melaporkan kini sudah banyak bandaraya lain di Amerika Syarikat [seperti Fort Lauderdale, Seattle, New York] turut serta dalam kempen yang sebigini -malah ada juga yang dalam bentuk “billboard”. Gambar ini dikatakan di lebuhraya Interstate 76 di Pennsylvannia.

7 thoughts on ““Why Islam” Pada Bas Di San Francisco

  1. Bagus nye disana? sepatutnya di Malaysia lagi wajib melakukan seperti tu, di negara bukan Islam tiada halangan untuk buat. negara kita negara Islam. tiada maslah utk buat kempen ini.

  2. Mungkin (mesti!) kita patut cuba kempen ini dan collaborate dengan pihak sana untuk menjayakan kempen ini di Malaysia kerana disini rata-ratanya (kebanyakannya) hanya Islam pada nama, sudah kehilangan roh Islam itu sendiri. Mungkin dengan cara ini, mereka yang ingin mencari kembali nilai diri tetapi segan untuk bersemuka boleh dibantu. Siapa tahu, ia akan kembalikan cahaya Islam di Malaysia.

    p/s: boleh saya syorkan pada kebanyakan pemimpin Malaysia untuk menelefon talian tersebut? anda setuju?

  3. kalau benda ni dibuat di malaysia, pihak pertama yg tak senang mungkin jabatan2 yang mempunyai huruf ‘J’ dan ‘I’…jabatan2 ni takut nnt org tgk mereka tiada kerja..haha

  4. Ada sebahagian ulama’ mentafsirkan dalil ” Matahari akan terbit dari barat dan tenggalam ke timur” adalah merujuk kepada agama Islam itu sendiri. Ia adalah kiasan. Bukan betul-betul terjadi. Matahari di sini merujuk kepada agama Islam. Barat adalah negara-negara barat dan timur adalah negara-negara yang dari sebelah timur. Lihatlah, semenjak peristiwa 11 september, Islam tiba-tiba bangkit dari barat sehingga sekarang. Filem pendek yang bertajuk Fitna tempoh hari adalah salah satu bukti Islam mendapat perhatian yang serius dari barat. Jadi, Kristian terus-menerus mengambil jalan untuk melihat Islam terus dibenci, bukan diikuti. Oh ya, matahari di sebelah timur akan tenggelam. Ia, memang rakyat negara timur dah terumbang-ambing. Mengejar stail lapuk budaya barat dan berbalah sama sendiri. Wahabi dengan dakyah mereka kononnya mereka adalah puak salafi. Mereka buat-buat tidak tahu, yang berpegang kepada hak yang benar adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi atas dasar totok dengan dakyah yang dipegang tanpa menggunakan dalil al-Quran dan Hadis dengan baik, mereka terabai. Inilah negara timur seperti Malaysia sendiri. Artis tak boleh dijadikan role model. Dedah sana sini. Murtad semakin ramai. Anak terbiar. Anak zina pun ramai juga. Yang betul-betul berjuang untuk Islam ( Artis ), alhamdulillah. Syabas diucapkan.

    Oh ya, bumi berputar dengan kelajuan yang amat pantas dalam masa setahun ( saya lupa berapa ribu kilometer sejam ). Sekiranya Allah Ta’ala menghentikan sedetik sahaja, pasti bumi ini akan hancur. Fikirkanlah. ( Saya ulangi lagi seperti di atas, ia adalah sebahagian pendapat dari Ulama’. Bukan kesemuanya ).

    Wassalam. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

    Teruskan kempen sebegini! Malaysia pun kena buat juga. Mungkin Kelantan yang mulakan dulu?

  5. “Sesungguhnya HIDAYAH Allah SWT, tidak memilih siapa? Kaum? Warna kulit? Bangsa?. Syukur Alhamdullilah didalam kemerosotan identiti Islam di mata dunia pada masa kini. Perkembangan seperti ini amat memberangsangkan. Diharap bukan sekadar Iklan dan memeluk Islam. Tetapi terus menjadi umat yang baik dengan didikan dan ajaran yang sempurna dari warga Islam di sana. Bagi saudara yang seagama disini, ini merupakan hijab yang selama ini ditutup, telah dibuka Ooeh Allah SWT untuk kita menyedari dan menginsafi segala kedajalan yang telah kita lakukan,Kembali lah ke pangkal Jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s