Keputusan Kabinet Tidak Ada “Legal Force” Malah Mengelirukan

Di kalangan frateniti peguam dan pengamal undang-undang amat arif bahawa apa yang diumumkan Dato Seri Nazri Aziz berhubung keputusan kabinet dalam isu hak penjagaan anak-anak kepada ibu bapa yang memeluk agama Islam tersebut tidak mempunyai “legal force”.

Ianya hanya sekadar keputusan bidangkuasa eksekutif walhal yang akan mengimplimentasikannya adalah pada bidang kehakiman. Dari segi perundangan, keputusan kabinet tersebut banyak bercanggah dan melanggar peruntukan yang sedia ada. Malah keputusan kabinet tersebut teramat mengelirukan orang awam.

Bagi orang awam, bagaimana mungkin orang-orang bukan Islam membuat keputusan berhubung hukum-hakam agama Islam. Dalam hal ini, keputusan datang dari 5 orang panel yang terdiri dari 2 orang bukan Islam.Apakah kabinet bertindak atas desakan yang dilakukan oleh pihak bukan Islam? Desakan ini nampak jelas apabila dikhabarkan Perdana Menteri baru telahpun memberi ruang untuk mendengar pihak yang mengadu walhal Najib tidak pula memberi ruang untuk mendengar pihak yang satu lagi.

Ada yang bertanya bahawa bukankah bidang dan hal ehwal agama adalah dalam bidangkuasa Majlis Raja-raja? Tidakkah ianya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja sebelum kabinet memandai dalam hal agama?

Keputusan kabinet juga dikatakan “subjudice” kerana kes ini masih sedang dalam perbicaraan di mahkamah. Macammana boleh kabinet mendahului mahkamah?

Dan kalau mengikut kaedah duluan (precedence), sudah jelas dan nyata dalam kes-kes yang sebelum ini bahawa mahkamah telah membuat keputusan mereka dan sepatutnya digunapakai oleh para hakim untuk membuat penghakiman. Kes Subashini sebelum adalah jelas dan nyata.

Peruntukan Persekutuan 121 (1A) jelas memberi kuasa kepada mahkamah syariah. Kenapa pula kabinet boleh mengatasi dalam kes ini?

Amat diharapkan agar kes terbaru ini tidak dipolitikkan. Pihak DAP dan MIC telah sejak dari awal terkedepan mengambil kes ini dan membuat beberapa kenyataan akhbar sebelum ini. DAP dan MIC turut memperalat anak-anak kecil untuk dibawa ke hulu dan ke hilir dalam sidang media mereka. Seperti disebut dalam kenyataan NGO-NGO Islam bahawa kes ini bermula dari krisis rumah tangga dan boleh diselesaikan secara terasing – kenapa dibebankan masyarakat seluruhnya dan yang akan datang dari kes terpencil seperti ini. Kenapa kes ini perlu dijadikan kayu pengukur untuk menghukum orang lain?

Jika anak-anak mesti kekal dalam agama asal ibu bapa mereka – apa jadi pula jika kedua-dua ibubapa memeluk Islam?

Yang paling penting ialah, dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga dan memelihara kemurnian agama Islam dan perlu juga dilihat selari dengan Peruntukan 12.4

“Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan” Persekutuan.

One thought on “Keputusan Kabinet Tidak Ada “Legal Force” Malah Mengelirukan

  1. Pingback: Nak masuk Islam dah ada syarat BARU? Kafankan segere UMNO.. « Pinkturtle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s