Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentingan, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpama ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukaran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pandangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, adalah dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpama ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Ulasan-ulasan lanjut akan disusuli di blog ini nanti. InshaAllah.

di antara wakil media yang hadirdi antara wakil media yang hadir

**********************************************

Lihat juga:

5 thoughts on “Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

  1. Pingback: Keputusan Kabinet Tidak Ada “Legal Force” Malah Mengelirukan « Demi Membela Al-Islam

  2. Pingback: Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet « Ibrahimbaba’s Weblog

  3. Pingback: Nak masuk Islam dah ada syarat BARU? Kafankan segere UMNO.. « Pinkturtle

  4. Pingback: Muafakat Bantah Keputusan Kabinet dan Pengumuman Nazri « MUAFAKAT

  5. Pingback: Muafakat Bantah Keputusan Kabinet dan Pengumuman Nazri | MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s