Menyebar Kristian di kalangan pelajar Islam di universiti

dipetik dari Harian Metro 23 Julai 2009

5 pelajar ditahan

PUTRAJAYA: Lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan empat warga Hong Kong ditahan malam kelmarin, berhubung dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam di universiti itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahidi Ayub, berkata semua mereka ditahan pengawal keselamatan universiti itu di kafeteria Kolej Ke-10, UPM, pada kira-kira jam 9 malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

“Empat warga Hong Kong iaitu tiga wanita dan seorang lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan universiti, manakala lima pelajar itu diambil keterangan.

“Semua mereka dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai sama ada penangkapan itu berkaitan usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam universiti itu, Zahidi enggan mengulas lanjut.

“Kita sedang siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata kerajaan mesti menyekat penyebaran agama Kristian di kalangan pelajar Islam di institusi pengajian tinggi berikutan ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“Penangkapan sembilan penganut Kristian termasuk lima pelajar UPM, semalam, (jika bertujuan menyebarkan agama Krisitian), menunjukkan terdapat usaha menjalankan dakyah secara teratur di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Menjadi kewajipan kerajaan memelihara akidah umat Islam di negara ini dan penangkapan ini menunjukkan usaha ini memang berlaku dan pihak berkuasa mesti segera menyekatnya,” katanya, semalam.

Dr Juanda berkata, selain menyekat penyebaran agama Kristian di negara ini, kerajaan juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ditahan itu.

“Peruntukan perundangan dalam perkara ini amat jelas dan dalam perkara ini, tidak timbul soal kebebasan beragama kerana peraturan Islam dan perundangan negara bagi menjaga keharmonian amat jelas berjaya sejak merdeka,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, perbuatan menyebarkan agama selain agama Islam di negara ini melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s