Kenyataan Menteri – YB Senator Mej Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir

Ruj. Kami : MJPM/JKB05/2
Tarikh : 2 Januari 2010

KENYATAAN MEDIA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Penggunaan Kalimah Allah
Saya ingin merujuk berhubung isu keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.

1. Pihak saya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membawa perkara ini kepada Mahkamah Rayuan untuk tindakan dan pembelaan yang sewajarnya bagi memastikan kesucian agama Islam di Malaysia terpelihara.

2. Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan umat Islam di Negara ini agar dapat bertenang berhubung perkara ini dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan.

3. Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya.

4. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah mencapai keputusan seperti berikut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

5. Sehubungan itu, sukacita dipohon pihak media dapat memaklumkan perkara ini kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL
DATO’ JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s