Kalimah: KAMI Persembah Memorandum Kepada Sultan Perak

IPOH, 4 Jan (Bernama) — Kesatuan Anak-anak Muda Islam Perak (KAMI) akan mempersembahkan satu memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Perak berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” oleh agama lain.

Timbalan Yang Dipertua KAMI Azhari Abu berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis yang membenarkan perkataan “Allah” digunakan dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, seharusnya tidak dipandang ringan.

“Isu penggunaan kalimah “Allah” ini sebenarnya telah mencabar hak mutlak agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu, perkara berkaitannya tidak boleh dipandang ringan.

“KAMI yang mewakili lebih 20,000 anggota di seluruh negeri ini juga meminta mana-mana pihak agar tidak menjadikan isu ini untuk kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata KAMI yang turut bekerjasama dengan 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mendesak supaya kerajaan bertegas dan satu dasar perundangan berkaitan perlu diadakan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s