PKPIM lancar kempen implikasi isu ‘Allah’

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melancarkan gerakan kempen kesedaran secara besar-besaran di setiap peringkat masyarakat, khususnya generasi pelajar dan mahasiswa, mengenai implikasi kes kalimah Allah terhadap Islam di Malaysia.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tujuan utama gerakan itu – yang dikenali sebagai GKK-PKPIM – ialah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan kefahaman Islam sebenar serta merungkaikan kekeliruan ekoran implikasi kes tersebut.

Menerusi platform ini, katanya, PKPIM akan menggerakkan beberapa siri program kesedaran seperti forum dan wacana ilmiyah, diskusi umum, pengedaran risalah, penerbitan makalah dan poster kesedaran, serta munajat perdana.

“Gerakan ini akan digerakkan ke seluruh negara dengan mensasarkan para pelajar dan mahasiswa secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad berkata, gerakan mendapat dokongan lebih 20 persatuan pelajar yang turut disertai 13 badan gabungan negeri PKPIM dan kelab-kelab mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“PKPIM berharap agar gerakan kempen kesedaran ini dapat menanam kesedaran generasi muda terhadap kes ini, seraya merungkaikan kekeliruan dan salah tanggap yang melingkari persoalan aqidah dan teras kepercayaan umat Islam.

“Atas rasa tanggungjawab, PKPIM menyeru lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan untuk menjayakan gerakan ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, PKPIM mendesak semua pemimpin Melayu Islam dalam semua parti politik – Umno, PAS dan PKR – duduk semeja bersepakat dan menyatakan pendirian bersama untuk mempertahankan Kalimah Allah.

“PKPIM bersedia menjadi NGO yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk menghubungkan ketiga-tiga parti politik,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan “Allah” digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah “Allah” dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.

Perkataan “Allah” digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

http://malaysiakini.com/news/121189

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s