Keputusan benar guna kalimah Allah bertentangan Enakmen Ugama Bukan Islam: Mais

SHAH ALAM: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata, keputusan itu akan meletakkan pihak pemohon iaitu gereja Katolik sebagai pihak yang melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 9 enakmen berkenaan.

Katanya, ini berikutan tindakannya menggunakan kalimah Allah iaitu yang menjadi satu perkataan dan perbahasan tertentu bersumberkan Islam yang disenaraikan dalam bahagian I jadual enakmen berkenaan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam.

Terdapat 10 negeri yang memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

“Penghakiman ini juga bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata majlis itu dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mais berkata, bagi memastikan masyarakat Islam jelas berkaitan isu berkenaan, majlis itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memberi penerangan secara berperingkat.

Pada peringkat awal, katanya, imam di masjid negeri dan masjid di sembilan daerah di negeri ini akan membacakan khutbah Jumaat berkaitan isu itu esok (Jumaat).

Selain bacaan khutbah, bantahan secara aman dengan menggantung kain rentang sebagai tanda penentangan penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam akan diadakan di semua masjid berkenaan pada hari sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s