Pemimpin Gereja Ambil Pendekatan Gugur Penggunaan Kalimah Allah

PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’.

Jamil Khir berkata pendekatan sedemikian boleh memberikan ruang bagi meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul berikutan tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Gereja Roman Katolik dalam penerbitan mingguannya, Herald.

“Saya amat mengalu-alukan supaya pihak-pihak ini mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan keamanan di Malaysia.

“Saya rasa gereja lain juga sewajarnya memahami keadaan dan sejarah (mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ di negara ini) secara mendalam,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, di sini Isnin.

Akhbar hari ini melaporkan seorang tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan agar Herald menarik balik tuntutan itu demi keharmonian dan keselamatan negara.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia itu, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berkata penganut Kristian di Malaysia tidak wajar mencontohi masyarakat Kristian di Indonesia yang menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam urusan agama mereka, sebaliknya harus mematuhi Perlembagaan Malaysia.

Ditanya mengenai insiden membakar gereja di beberapa tempat di negara sejak dua hari lepas, Jamil Khir berkata sesiapa pun tidak wajar melakukan perbuatan ini.

“Kita masih tak tahu siapa yang bertanggungjawab tapi sebenarnya kita tak boleh menyakiti antara satu sama lain dan ini adalah ajaran dan tegasan agama Islam,” katanya.

Beliau berkata dialog-dialog antara agama juga akan diteruskan dan diperhebatkan dari semasa ke semasa supaya rakyat di negara ini akan lebih memahami agama kaum lain.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s