Isu ‘Allah’: NGO gesa Majlis Raja-Raja bersidang

Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.

“Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).

“Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.

TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.

“Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.

“Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.

Bagaimanapun, katanya, resolusi tersebut tidak boleh didedahkan buat masa ini, sebelum ianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga berkata muzakarah itu menyatakan kebimbangan atas ketegangan yang kini timbul di kalangan masyarakat berikutan perkembangan isu tersebut yang semakin berlarutan.

“Kita bimbang bukan sahaja tentang keputusan mahkamah, tapi juga sentimen masyarakat, ianya sangat-sangat rapuh.

“Jika dibiarkan lebih lama, keadaan akan menjadi bertambah panas, ada orang akan ambil peluang untuk berbuat sesuka hati mereka,” tambahnya.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah presiden MACMA Datuk Mustafa Ma, yang menyuarakan seruannya kepada masyarakat Katholik.

“Kita merayu, khususnya kepada saudara Katholik kita, supaya menggunakan pengaruh mereka bagi meminta (penerbit mingguan Katholik, Herald ) untuk menggunakan perkataan Tuhan (bagi menggantikan kalimah Allah yang kontroversi),” katanya.

http://malaysiakini.com/news/121858

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s