Hasil Muzakarah Tarekat Ismailiyyah Diserahkan Kepada Jakim

SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) — Jabatan Mufti Selangor akan menyerahkan hasil muzakarah mengenai Tarekat Ismailiyyah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung ajaran tarekat itu yang menyimpang daripada agama Islam.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata muzakarah yang diadakan Selasa mendapati pengasas dan ketua tarekat berkenaan, Mahmud Abdul Rahman masih keliru dan gagal menerangkan kesahihan ajaran yang disebarkan.

“Antara perkara yang masih samar mengenai tarekat ini termasuklah persoalan amalan kebatinan atau kuasa ghaib yang gagal dijelaskan oleh ketuanya serta kekeliruan dalam konsep syariah yang diamalkan,” katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor telah mewarta dan memfatwakan tarekat itu bahawa ia menyimpang daripada ajaran Islam sejak Oktober 1995.

Katanya Tarekat Ismailiyyah mempunyai lapan pusat pengajian yang dinamakan Madrasah Nurul Ain di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Johor dan Perak selain 11 di India, Thailand, Singapura, Pakistan dan Indonesia.

Mohd Tamyes berkata Mahmud turut mendakwa mempunyai pengikut di kalangan ilmuwan agama, golongan profesional malah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin tertinggi negara dan dunia.

Selain itu, katanya ketua ajaran berkenaan turut mendakwa mendapat wahyu dari langit dan sering bertemu dengan wali dan nabi.

Beliau berkata Mahmud yang berumur 70-an dan berasal dari Kedah mendakwa mendapat pendidikan di peringkat sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dari sebuah kolej di India selain pernah bertapa selama tujuh tahun dalam hutan serta berkawan dengan binatang seperti ular, singa dan harimau.

Ditanya mengapa tiada tindakan diambil terhadap tarekat itu yang masih aktif sehingga kini walaupun telah difatwa dan diwartakan sebagai ajaran yang menyimpang daripada agama Islam, katanya beberapa halangan berlaku dalam usaha berkenaan kerana hal membabitkan akidah adalah sesuatu yang sukar dibuktikan.

“Bila menyebut mengenai penyelewengan akidah ia kadangkala tidak jelas namun perkara membabitkan akidah ini sangat serius kerana walaupun hanya satu amalan bertentangan dengan agama ia tetap salah, seperti nila setitik rosak susu sebelanga,” tambahnya.

Beliau berkata tindakan mewarta dan memfatwa tarekat itu juga tidak seragam di semua negeri, di mana hanya Selangor sahaja yang mendapati ia menyeleweng daripada ajaran agama Islam sebenarnya.

“Bila kita sahaja yang warta dan fatwakan maka ia menjadi halangan di Selangor tetapi tidak di negeri-negeri lain menyebabkan tindakan undang-undang sukar dijalankan.

“Atas alasan itu kita memanggil muzakarah pada hari ini dan hasilnya akan dimajukan kepada Jakim bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Sehingga kini, 23 tarekat telah difatwa dan diwartakan menyeleweng daripada ajaran Islam di Selangor.

— BERNAMA

2 thoughts on “Hasil Muzakarah Tarekat Ismailiyyah Diserahkan Kepada Jakim

  1. Pingback: Edisi Petang : Kisah Syeikh Mahmud Al Majzub ( Tariqat Ismailiyyah ) yang pernah sertai PAS !!! | Story-Story Malaysia

  2. saya adalah salah seorang yang mengenali tariqat ni. memang saya sendiri banyak melihat perkara dalam bentuk kepercayaan mereka dari apa yang dibawa oleh ketua mereka yang bergelar al-majzub. apakah erti majzub sebanarnya? kenapa dia meletakkan gelaran nama al-majzub?

    mereka ada sekolah, ada surau sendiri, ada pusat sendiri.. pengikut mereka akan solat berjemaah hanya sesama ahli tariqat mereka, dan mereka membina surau utk jemaah mereka dan sanggup solat di surau yg mereka bina walaupun ada kalangan mereka masjid hanya di sebelah rumah. manakah lebih afdhal masjid disebelah rumah dengan ke surau yang agak jauh dengan rumah ?

    saya sendiri pernah dibawa bertemu dengan al-majzub kami bertemu dan bersembang-sembang. kata-katanya dalam perbualan kami ada yang agak rasa tak boleh sesuai bagi saya jika dia betul-betul seorag pemimpin satu jemaah tariqat yng memperjuangkan kesufian. ada kata-katanya menuduh guru-guru lain tidak brilmu, mengata tok guru-tok guru lain jahil. inikah yang dikatakan orang sufi?

    dari perbualan saya dengan dia, saya dapat rasakan al-majzub bukanlah orang yang berilmu tinggi sangat. pendidikan ilmu agamanya pun tidaklah tahap tinggi..

    kalau kita baca dalam latar belakang didikannya pun agak mencurigakan.. kenapa perlu duduk seorang diri dalam tanah dan dalam hutan? adakah itu diajar dalam islam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s