Kopitiam enggan mohon sijil halal

Kita wajib jauhkan dari terus menyumbang kepada kopitiam-kopitiam yang angkuh seperti ini.

Oleh SHOLINA OSMAN

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mac – Jumlah pemilik kopitiam yang berusaha mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) begitu mengecewakan apabila hanya satu permohonan baru diterima setakat ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, permohonan tersebut diterima daripada kopitiam Old Town White Coffee yang mempunyai lebih 100 rangkaian di seluruh negara.

Katanya, sebelum ini hanya dua kopitiam memperoleh sijil halal Jakim iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

”Kita sedang memproses permohonan syarikat pemilik kopitiam tersebut (Old Town White Coffee) yang dijangka dapat diketahui keputusannya tidak lama lagi.

”Bagi pengusaha kopitiam yang lain, mereka harus ingat bahawa umat Islam adalah pengguna terbesar di negara ini dan oleh itu, jangan cuba meremehkan kepentingan sijil halal Jakim,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebahagian besar kopitiam di seluruh negara ini yang masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim.

Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012 manakala Jonker Walk Kopitiam pula sehingga 15 Februari 2013.

Sementara itu, pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, umat Islam perlu berhati-hati dengan memilih kopitiam yang mempunyai sijil halal Jakim sahaja untuk menjamu selera.

”Makanan yang halal itu penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap amal ibadat dan juga dalam kehidupan seharian kita.

”Jangan sesuka hati menjamu selera di kopitiam jika merasa tidak yakin dengan makanan yang dihidangkan adalah halal,” tegasnya.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kedua belah pihak iaitu kerajaan dan umat Islam harus menangani isu kopitiam secara serius.

”Kalau kerajaan sahaja menguatkuasakan undang-undang sedangkan segelintir umat Islam masih tidak kisah menjamu selera di kopitiam yang tiada sijil halal, maka matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya,” kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, kedua-dua pihak perlu tegas dan bekerjasama supaya isu makanan halal termasuk di kopitiam tidak akan berlaku lagi.

One thought on “Kopitiam enggan mohon sijil halal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s