Amaran kepada pelancong asing jangan sebar risalah keagamaan

dari Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 9 Mei – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada pelancong asing yang mengunjungi negeri ini agar tidak mengambil kesempatan menyebarkan agama Kristian dengan mengedar risalah berbentuk keagamaan terutamanya di tempat awam.

Katanya, mereka perlu tahu bahawa agama Islam merupakan agama rasmi bagi rakyat di Malaysia dan jika ini berlaku akan menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam.

“Perkara tersebut adalah serius memandangkan ia berkaitan dengan isu sensitif umat Islam dan saya akan arahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memantau tentang dakwaan dua kakitangan keselamatan Lembaga Muzium Negeri yang menerima risalah berbentuk keagamaan Kristian.

“Bagaimanapun, dua kakitangan yang terlibat itu perlu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berwajib bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sepakat Bestari Karnival Satu Malaysia Seni Budaya Terengganu di Kampung Atas Tol di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan sebuah akhbar tempatan berkenaan tindakan dua pelancong wanita dari Jepun berusia 40-an yang menyebarkan risalah yang turut mengandungi terjemahan kitab Bible dalam bahasa Melayu kepada orang awam di Muzium Negeri dekat sini pada Selasa lalu.

Dua wanita tersebut dipercayai mengedarkan risalah berkenan ketika melawat Galeri Muzium dan secara kebetulan telah mengedarkannya kepada dua kakitangan keselamatan muzium itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau akan mengarahkan JHEAT menyiasat perkara berkenaan dan jika benar ia berlaku JHEAT perlu memberi peringatan dan amaran kepada pelancong-pelancong berkenaan.

Ini kerana jelasnya, ada kemungkinan pelancong-pelancong berkenaan tidak mengetahui tentang undang-undang di negara yang tidak membenarkan penyebaran agama Kristian terutamanya di tempat awam.

“Bagaimanapun kita akan siasat tentang perkara ini terlebih dahulu dan jika benar barulah kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s