Sultan Selangor Mahu Ajaran Sesat Dibendung

sumber: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=506995

SEPANG, 18 Jun (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan peraturan dan garis panduan penceramah dipatuhi supaya tidak wujud penularan sebarang ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Menurut baginda, penceramah dan tenaga pengajar seharusnya mempunyai tauliah yang diiktiraf untuk mengajar dan berceramah di masjid atau surau, dan JAIS perlu sentiasa peka dan mengawasi aktiviti di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dengan teliti sekaligus membolehkan tindakan segera diambil.

“Beta mengingatkan perkara ini kerana sekiranya masyarakat tidak peka dan memandang ringan kegiatan ajaran sesat serta tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran yang tidak betul ini kepada JAIS atau pihak bertanggungjawab yang lain, dikhuatiri pengaruh ajaran sesat yang pada mulanya bergerak secara kecil-kecilan akan berkembang dan sukar dibendung,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Sungai Merab di sini pada Jumaat.

Baginda melahirkan rasa bimbang tentang perkembangan ajaran sesat kerana ia boleh mengelirukan serta memesong akidah umat Islam sekaligus menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Kepada masyarakat Islam, beta menyeru supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan perkara ini kepada ahli jawatankuasa masjid, imam atau terus kepada JAIS supaya sama-sama kita dapat mengatasi perkara negatif yang boleh merosak dan memecah-belahkan umat Islam negeri Selangor ini.

“Dengan kerjasama antara orang ramai dan pihak masjid, surau serta JAIS, maka kita dapat meninggikan lagi syiar Islam di negeri Selangor ini dan membentuk masyarakat Islam yang bersatu padu dan dihormati,” titah baginda.

— BERNAMA

One thought on “Sultan Selangor Mahu Ajaran Sesat Dibendung

  1. Islam bukanlah suatu yang radikal, namun Islam merupakan cinta dan kasih sayang secara damai.
    Dengan adanya sosial control dari masyarakat mengenai hal tersebut, maka kita bisa dapat hidup damai dan menikmati kedamaian Islam yang sebenarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s