Hentikan projek gereja di Taman Sri Perkasa, Kuching

sumber: Utusan Malaysia

KUCHING 14 Nov. Kerajaan negeri diminta campur tangan sekali gus menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan pelaksanaan projek pembinaan sebuah Gereja Methodist di Lot 87 dan Lot 88, Taman Sri Perkasa yang bermula sejak hujung September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Protem Penduduk Islam, Taman Sri Perkasa/Lee Ling, Matang, Alen Ling berkata, desakan tersebut dilakukan sebulat suara oleh penduduk Islam di tiga taman perumahan iaitu Taman Sri Perkasa, Taman Lee Ling dan Taman Yen-Yen di Jalan Matang di sini.

Menurutnya, pelaksanaan projek bangunan gereja dua tingkat yang dianggarkan lebih RM2 juta itu disifatkan membelakangkan sensitiviti penduduk Islam kerana kediaman masing-masing di sini hanya terletak beberapa meter dari tapak bangunan itu.

“Setelah meneliti beberapa perkara berkaitan dengan projek itu, kami dapati projek berkenaan tidak mematuhi garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri.

“Mengikut Perkara 2.1.1 dalam garis panduan itu, sekiranya mereka (orang-orang bukan Islam) hendak mendirikan rumah ibadat mereka di atas tanah yang mereka miliki boleh dibenarkan dengan syarat tapak itu terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikut keperluan penganut agama mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alen memberitahu, penduduk Islam mahu kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek itu dan menghentikan segera kerja pembinaannya.

Katanya, pemberhentian itu perlu dilakukan berikutan bantahan oleh penduduk Islam yang tinggal berhampiran dengan projek itu serta berdasarkan garisan panduan yang ada, bukannya membina bangunan berkenaan mengikut keputusan sebelah pihak sahaja.

Katanya, lokasi tapak projek itu terletak di tengah Taman Sri Perkasa, Taman Lee Ling dan Taman Yen Yen dan ia amat tidak sesuai untuk diteruskan.

Justeru tambahnya, penduduk Islam yang memiliki dan tinggal di taman ini, Fasa 9,10,11,12 dan Lee Ling Villa mahu kerajaan mengkaji semula pelaksanaan projek itu dengan mengubah lokasinya ke tempat lain yang lebih sesuai.

“Kami (penduduk) Islam berasa tertipu kerana sebelum kami membeli rumah di tiga taman ini kami dimaklumkan bahawa mengikut ‘Pelan Penempatan Pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT), tanah Lot 88 (Lot Survey 11628) yang kini dijadikan tapak gereja itu, adalah tanah rezab kerajaan.

“Sementara Lot 87 yang terletak bersebelahan telah diperuntukkan untuk pembinaan dewan masyarakat bagi kegunaan penduduk pelbagai kaum yang tinggal di taman ini.

“Kami dimaklumkan juga bahawa Lot 86 di sebelahnya adalah untuk pembinaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) manakala di atas Lot 89 pula untuk tapak bangunan sekolah rendah,” tegasnya.

Alen juga memberitahu, jika penduduk dimaklumkan dan mengetahui mengenai perkara ini lebih awal, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu, pasti mereka membatalkan pembelian rumah kediaman atau hartanah di taman tersebut.

Tegasnya, penduduk Islam di sini bukan menafikan hak penduduk beragama lain membina rumah ibadat, namun apa yang penting ialah pihak berkaitan termasuk PBT perlu mematuhi garisan panduan yang ditetapkan.

“Sekali pandang, perkara ini memang nampak remeh dan tidak penting bagi pihak tertentu namun kerajaan negeri perlu sedar, isu berkenaan boleh menjadi besar dan sukar ditangani sekiranya diputarbelitkan oleh pihak yang berkepentingan.

“Jika ia berlaku, pasti akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum di taman ini dan kawasan berhampiran,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s