Kerajaan pantau ajaran Syiah

sumber: utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.

Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.

“Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.

“Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu markas ajaran Syiah tegar yang dikesan bergerak aktif dalam negara sejak akhir-akhir ini.

Dalam serbuan itu, JAIS telah menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran Syiah itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor semalam.

Tambah Jamil Khir, buat masa ini kerajaan masih belum dapat memastikan betapa seriusnya penyebaran ajaran Syiah di negara ini tetapi satu langkah pemantauan telah diambil untuk memastikan ajaran itu tidak terus disebarkan.

“Kita masih tidak dapat pastikan tahap seriusnya ajaran itu tetapi kita akan menghentikan secepat mungkin sebelum ia menjadi semakin menular di kalangan umat Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, orang ramai perlu mengelakkan diri daripada mengikuti ajaran Syiah kerana ia bertentangan dengan ajaran mazhab yang dipegang oleh majoriti umat Islam di Malaysia.

“Dari dahulu negara kita berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah dan sesetengah ajaran yang diamalkan oleh pengikut Syiah sangat bertentangan dengan kita.

“Contohnya setiap 10 Muharam pengikut Syiah akan meraikannya dengan mencederakan diri sendiri sampai ada yang mati semata-mata untuk mendapat mati syahid dan jelas ini bertentangan dengan syariat Islam,” jelasnya

******

Rakaman serbuan pihak JAIS ke atas pusat Syiah di Batu Caves (sumber: Harian Metro):

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s