Fahaman pluralisme perlu disekat

sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Fahaman pluralisme agama yang bercanggah dengan al-Quran, sunah dan ijmak perlu disekat kerana boleh menjejas dan membahayakan akidah umat Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mohd. Tahir berkata, pluralisme di Malaysia hanya dibenarkan dalam konteks hidup bermasyarakat untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan bukannya dalam soal agama.

“Sehubungan itu, Yadim akan sentiasa melaksanakan aktiviti yang boleh memberi dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pluralisme agama.

“Aktiviti itu dizahirkan menerusi beberapa program kemasyarakatan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan disalurkan menerusi media rasmi iaitu majalah Dakwah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Aziz menambah, pelajar Malaysia yang baru pulang dari luar negara juga perlu dipantau kerana dikhuatiri membawa fahaman Syiah dan fahaman lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Bagaimanapun, usaha mengekang penyebaran fahaman pluralisme dan Syiah memerlukan komitmen semua pihak kerana ia berupaya berkembang dalam pelbagai bentuk dan kaedah,” katanya.

Menurut Aziz, Yadim sebagai sebuah yayasan dakwah akan bertindak aktif termasuk menterjemah dan menerbitkan buku-buku asing yang terpilih ke bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan syiar dakwah Islam di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s