Jangan arah pekerja Islam berpakaian Santa Claus

sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pengusaha pusat beli-belah diminta berhenti menyuruh jurujual beragama Islam memakai pakaian Santa Claus untuk sebarang tujuan termasuk mempromosikan produk semasa musim perayaan Krismas kerana ia haram di sisi Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu jelas menyalahi ajaran Islam kerana boleh menjurus ke arah perlakuan dosa besar.

Katanya, umat Islam diharamkan memakai pakaian menyerupai penganut agama lain seperti pakaian Santa Claus kerana ia boleh dianggap sebagai suatu perbuatan berunsur syirik.

Beliau mengingatkan semua pihak terutama bukan Islam supaya menghormati sensitiviti dan perasaan umat Islam berhubung perkara itu.

“Perbuatan memakai sebarang jenis simbol atau pakaian agama lain jelas haram di sisi Islam dan boleh membawa kepada syirik besar.

“Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan perlu menghayati sensitiviti itu,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menegur sikap tidak sensitif peniaga bukan Islam yang menyuruh pekerja-pekerja mereka memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai Santa Claus sepanjang musim perayaan Krismas ini.

Perkara itu jelas melanggar ajaran agama Islam apabila Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam muzakarah pada 1 dan 2 Oktober 1970 secara khusus menyentuh mengenai tindakan itu.

Dalam keputusan itu, majlis berkenaan telah membuat garis panduan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memakai pakaian berwarna merah seperti Santa Claus atau pakaian lain yang melambangkan agama adalah berdosa.

Sehubungan itu, Harussani meminta pihak berwajib dan jabatan-jabatan agama Islam memantau serta mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung perkara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s