Balu pendaki Everest gagal dapat kebenaran merayu

sumber: Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 25 Jan. – Balu pendaki Everest, Sarjan M. Moorthy gagal segala usaha untuk mendapat perisytiharan bahawa suaminya masih penganut Hindu sewaktu kematiannya, lima tahun lalu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara menolak permohonan S. Kaliammal, 35, bagi mendapat kebenaran merayu.

Berikutan itu, wanita tersebut turut gagal dalam tuntutannya agar jenazah Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005, disempurnakan mengikut adat istiadat Hindu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakannya bukan isu baharu yang melayakkannya mendapat kebenaran merayu.

Keputusan sebulat suara tersebut turut dicapai oleh Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Dengan itu, keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kaliammal agar semakan kehakimannya untuk mencabar bidang kuasa mahkamah sivil dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kekal.

Pada 20 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan berpendapat, pertikaian mengenai status agama seseorang yang diisytiharkan telah memeluk Islam hanya boleh ditentukan secara eksklusif di mahkamah syariah, bukan mahkamah sivil.

Ini kerana undang-undang sudah mengiktiraf bahawa perselisihan berhubung status agama seseorang Islam merupakan bidang kuasa tunggal mahkamah syariah tanpa mengira isu yang dipertikaikan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa menyemak dan membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang mengisytiharkan Moorthy seorang Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s