Isu Kawalan Pencegahan Maksiat Hari Valentine

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
PER: KAWALAN PENCEGAHAN MAKSIAT PADA HARI VALENTINE

PPMM amat kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikaikan inisiatif umat Islam dan Jabatan Agama Islam  melaksanakan perintah Allah berdasarkan konsep amar ma’aruf nahi mungkar khususnya berhubung dengan isu sambutan Hari Valentine pada 14 Febuari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah haram di sisi agama Islam. Oleh yang demikian umat Islam tidak dibenarkan menyambut Hari Valentine tersebut. Walaupun telah terdapat keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak tahun 2005, sebahagian umat Islam masih lagi merayakan sambutan Hari Valentine ini. PPMM menyeru Jabatan Mufti negeri-negeri agar mewartakan fatwa pengharaman menyambut Hari Valentine ini bagi umat Islam agar tindakan lebih tegas dapat diambil oleh Pihak Berkuasa Agama.

Sambutan Hari Valentine sebenarnya berakar umbi dari agama Kristian yang  mengingati hari St Valentine dihukum bunuh. St Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. St Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan  serta dipuja pada tarikh kematiannya. Ia dikatakan sebagai lambang kasih sayang antara manusia dan Tuhan serta antara manusia sesama manusia.

Orang Islam dilarang menyambut Hari Kekasih itu kerana sambutan Hari Valentine tidak berpaksi kepada ajaran agama Islam. Malah dalam Islam kasih sayang adalah sepanjang hayat dan tidak dihadkan pada hari-hari tertentu sahaja. Berkasih-kasihan di dalam Islam juga mempunyai batasan yang dikawal oleh Hukum Syarak.  Selagi seseorang itu tidak diikat dengan pernikahan adalah haram seorang lelaki dan perempuan terkinja-kinja berpelukan antara satu sama lain.

Sambutan  Hari Valentine ini juga langsung tidak akan mendekatkan diri umat Islam kepada Allah malah mereka juga mungkin akan menanggung risiko aqidah mereka akan terjejas apabila mereka menyambut Hari Valentine tersebut.

Islam adalah agama yang sempurna dan jika umat Islam mengambil perkara yang berdasarkan agama lain dan tidak diiktiraf oleh Islam, seolah-olah seseorang itu mengatakan Islam masih belum sempurna dan bertentangan dengan ajaran di dalam Al Quran. Malah sambutan Hari Valentine ini seringkali dicemari dengan pelakuan maksiat dan kebejatan moral.

Tidak ada salahnya pihak yang diberikuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam. Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini  seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

PPMM menyeru Pihak Berkuasa Agama Islam tegas melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini terutamanya pada Hari Valentine tersebut. Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini.

Sekian

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

11 Febuari 2011

2 thoughts on “Isu Kawalan Pencegahan Maksiat Hari Valentine

  1. sesiapa yg menyambut HARI VALENTINE maka org itu tlh mnjadi kafir dn sesiapa juga yg trut ikut2x serta-merta akan brdosa bsar ….!!!! astaghfirullahalazim….taubat lah ke jln Allah s.t.w ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s