Perbandingan Kerajaan Islam Sepanyol (711M – 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara)

Sekadar perbandingan ringkas di antara Kerajaan Islam Sepanyol (711M – 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara) untuk dijadikan pengajaran.

Tempoh bertapak Islam di Sepanyol selama 780 tahun. Ianya runtuh bukan dalam satu hari tetapi satu demi satu daerah jatuh ke tangan musuh dan Kristian.

Tempoh masa Islam jatuh di bumi Sepanyol bermula dari Toledo (1085) adalah hampir 400 tahun sebelum yang terakhir.

Walaupun mulanya ianya satu kerajaan berpusat, namun akhirnya ia berpecah dengan pelbagai pemerintahan yang berbeza.  Hingga tapak pemerintahan yang terakhir ialah di Granada.

Senario di Nusantara pula, sebelum penjajahan, pelbagai kerajaan Islam kita adalah bersatu di bawah Khalifah di Baghdad. Namun, pelbagai kerajaan Islam itu tumpas satu demi satu oleh penjajah.

Melaka antara yang terawal tumpas. Filipina yang satu ketika kerajaan Melayu Islam kini menjadi negara Kristian selepas keganasan dilakukan oleh tentera Kristian Sepanyol dan Amerika yang membunuh ratusan ribu umat Islam. Negara Patani Darul Salam jatuh kepada keganasan Kerajaan Siam. Begitu juga di wilayah IndoChina. Begitu juga nasib menimpa orang Islam Burma.

Singapura adalah dulu sebuah tanah air Melayu kini sudah menjadi negara asing bagi orang Islam. Satu demi satu pemerintahan Islam di Nusantara jatuh ke tangan musuh Kristian dan penjajah.

Jika melihat Islam di Sepanyol sebagai pengajaran, Islam di Nusantara sudah pun lebih 700 tahun (jika kita ambil tarikh Batu Bersurat di Trengganu) – mungkin lebih awal jika dikira dari bertapaknya Islam di Sumatera dll.

Apakah kita sudah memasuki fasa terakhir untuk kita mempertahankan Islam di Tanah Air kita ini?

Apakah Allah telah mentakdirkan untuk kita sebagai umat untuk menyelamatkan Islam di Tanah Air ini?

Hanya tinggal Indonesia, Brunei dan Malaysia sahaja lagi!

Kita tahu masalah di Indonesia. Dengan Liberalisme, Pluralisme dan kepelbagaian masalah lagi … fenomena itu turut kini menyusupi ke Tanah Air kita.

Kitalah pertahanan terakhir untuk menyelamatkan Umat Islam dan anak cucu kita agar terpelihara aqidah mereka.

Sedarlah wahai Umat Islam Nusantara.

4 thoughts on “Perbandingan Kerajaan Islam Sepanyol (711M – 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara)

  1. AsSalamualaykum dan syabas pembela… cuma ana kurang faham kenapa ia ditujukan pada idris jala. sepatutnya perkara ini dibawa pada pucuk pimpinan kerajaan. sesungguhnya idris jala tidak akan mengeluarkan kenyataan tersebut melainkan mendapar restu dari ketuanya. Diharap agar pembela akan berdemonstrasi dan bersuara pada tempatnya, iaitu di Putrajaya. Janganlah kita menjadi orang suruhan kerajaan.

  2. smoga pembela dlm rahmatNya. membentengi agama ini dgn diri kerdil mghdapi hentaman musuh. kita pastinya d bantu dgn kehmbaan kgagahn dlm kerndhn & pgharapn penuh hanya pdNya. sambungan prjuangan para kekasih & pencintaNYa. Siiru ‘ala barokatillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s