Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?

Dari komen-komen yang diterima seminggu dua ini nampaknya ramai yang tidak faham isu, cabaran dan implikasinya. Maka kami siarkan kembali posting lalu yang mungkin dapat memberi gambaran yang jelas berhubung tindakan kami MEMBELA ISLAM.

Kami turut hairan ada mereka yang atas platform pertubuhan Islam juga yang bersekongkol dengan puak Kristian, grup sosialis dan pejuang kebebasan wanita (women’s lib) dalam membantah usaha murni kami mempertahan kedaulatan Islam di tanah air ini yang dicabar.

Apakah ini gejala dari pemikiran liberal yang telah memasuki ruang berfikir mereka yang sebelum ini gemar mencabar tradisi keilmuan Islam dan ulama-ulama yang diwarisi semenjak dahulu?

Semoga Allah memelihara kita semua.

posting asal bertarikh 11 Feb 2011:

Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?

Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia.

Kenapa begitu?

Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu.

Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang “skeptics” serta mudah menerima “face-value” helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian.

Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, “cover story” mereka adalah bertajuk Muslims and the “Son of God”, membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ“, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan.

Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).

This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?]

Artikel tersebut juga memetik seorang “missiologist” (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks“. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).

Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus“.

Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture“.

Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk strategically changed particularly challenging phrases“.

Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively“.

Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka.

Untuk baca keseluruhan artikel tersebut sila klik di sini.

4 thoughts on “Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?

  1. Pingback: Kenapa Kita Mesti Bantah IFC? « Demi Membela Al-Islam

  2. Negara yang dimaksudkan dalam artikel ini kalau dari apa yg telah berlaku ialah negara yg mempunyai penduduk Islam terbesar di Asia Tenggara iaitu Indonesia. WALlahu’alam.. semoga ALlah SWT memelihara keimanan kita.

  3. niat mereka secara halus utk menyasak kan umat islam yg lemah akidah nya. Mereka boleh sama kan kristian dan islam guna kalimah allah jadi apa beza nya. Itu tujuan mereka, Mereka tahu umat islam saja yg dapat hancur kan islam.kerana kuasa ramai umat islam lupa yg mereka islam.ada perpatah berkata: Kita boleh makan di rumah yahudi tapi kita tak boleh tidor rumah mereka.kita tak boleh makan di rumah kristian tapi kita boleh tidor di mereka.Kerana kuasa kita jangan gadai kan ugama islam. Ya allah ya tuhan ku hancur kan lah mereka yang berniat untuk hancur ISLAM.

  4. Perhaps we should do the same? Using ‘Bible’ names to indoctrinate Islam? As instance, use Gabriel instead of Jibrail, Abraham instead of Ibrahim, if we’re doing dakwah to the Christians.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s