Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?

Menjelang Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia pada 7hb Mei 2011 (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam, blog ini akan menyiarkan kembali beberapa artikel berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC) sedikit masa dahulu, yang mana usaha-usaha tersebut tidak padam begitu sahaja, malah mereka telah menukar serta mempelbagaikan strategi mereka dalam mencabar kedaulatan Islam di Tanah Air kita ini.

Artikel-artikel ini dipetik dari laman sesawang Bantah IFC. Ikutilah siri terbitan semulanya di blog ini.

… demi membela Al-Islam

************

Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) – adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.

IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s