Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

Menjelang Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia pada 7hb Mei 2011 (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam, blog ini akan menyiarkan kembali beberapa artikel berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC) sedikit masa dahulu, yang mana usaha-usaha tersebut tidak padam begitu sahaja, malah mereka telah menukar serta mempelbagaikan strategi mereka dalam mencabar kedaulatan Islam di Tanah Air kita ini.

Artikel-artikel ini dipetik dari laman sesawang Bantah IFC. Ikutilah siri terbitan semulanya di blog ini.

… demi membela Al-Islam

**********

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.

Kronologinya seperti berikut:

  • Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
  • Pada 8 Disember 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
  • Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.
  • Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
  • Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
  • Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s