Alkitab: Idris Jala didakwa bias, tak peduli umat Islam

GOMBAK, 4 Mei — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bersikap “berat sebelah” dalam isu kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi pertikaian sekian lama.

Jurucakap Pembela Dr Yusry Mohamad menegaskan, tindakan Idris mengumumkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil — awal bulan lalu — dilihat memihak kepada penganut Kristian walaupun menteri itu berkata tidak akan memihak sesiapa.

“Cara beliau (Idris) bertindak seperti itu… cara beliau tonjolkan itu dilihat beliau mengamalkan sikap memihak, sebelum ini beliau kata beliau tidak terlibat dalam politik tapi dalam isu kitab Injil ini beliau bersikap memihak.

“Kita tidak kata… tapi cara beliau keluarkan kenyataan seolah-olah menunjukkan beliau seseorang yang memihak, beliau seperti bertindak macam menteri Kristian,” katanya pada sidang media di sini.

Justeru kata Yusry, sepatutnya pertikaian dalam isu kitab Injil atau Alkitab ditentukan oleh Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama dan bukannya Idris.

“Ia sepatutnya dibincangkan dalam Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Agama, dan kita juga ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam (Datuk Seri Jamil Khir Baharon) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut berada dalam jawatankuasa ini.

“Jadi biarlah ia diputuskan jawatankuasa ini, kenapa perlu diputuskan di Kabinet dan Idris Jala,” katanya.

Pembela sebelum ini membantah langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu Alkitab dan bertegas akan mencabar tindakan itu di mahkamah.

Idris ketika mengumumkan langkah itu berkata 10 formula itu bertujuan untuk menyelesaikan masalah kitab Injil atau Alkitab yang masih berlarutan sehingga kini – antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Yusry, keputusan yang diumumkan Putrajaya itu langsung tidak mengambil kira pandangan kumpulan yang dibuat masyarakat Islam di negara ini.

“Kita tidak bantah secara muktamad kitab Injil ini tapi apa yang menjadi masalah adalah penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu.

“Kita mungkin akan cabar di mahkamah formula ini tapi disebabkan ia masih belum muktamad kita akan tunggu dan lihat perkembangan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s